"Nasib kau bawa dia jumpa aku, kalau dengan orang lain, dah lama kau kena repot tau!" Bentak Wahid. Stetoskop yang tersarung di leher terus ditarik lalu dihentakkan di atas meja dengan geram. Nasib tak pecah benda alah tu.
Meluat pula tengok wajah pucat teman baiknya ini. Eh, pembetulan, bukan teman baik, hanya kawan biasa sahaja. Bapanya dan Mukhriz, merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah. Dari situlah dia kenal dengan insan bernama Arshad Harizal yang angkuh ini.
Ikutkan hati, nak saja dia buat laporan polis terhadap lelaki tak guna di hadapannya sekarang. Terkebil-kebil macam tidak tahu apa-apa!
Kali ini, terpaksa Wahid lepaskan demi Azimah. Tadi, dia ada berjumpa Azimah untuk memberitahu mengenai keadaan Ayuni yang sedang menerima rawatan di kliniknya.
Waktu itu, dia memaksa Azimah untuk melakukan laporan polis di balai berdekatan demi menuntut keadilan daripada si pelaku. Namun, Azimah nampaknya teragak-agak dalam mengikut nasihatnya. Apabila Wahid berkeras ingin membuat laporan demi Ayuni, Azimah menghalang dan meminta sedikit masa daripada Wahid.
"Jangan dulu encik. Biar cucu saya sedarkan diri dulu. Saya kena tanya keputusan dia...sebab hal ni, kalau saya tersalah langkah, akan beri kesan pada masa depan cucu saya." Azimah memandang sayu wajah kelat Wahid. Serba salah pula Wahid ketika itu.
"Tapi nek...cucu nenek tu kena rogol tau. Lepastu, tubuh dia bengkak dan lebam-lebam. Nenek tak perlu risau, biar pihak kami yang buat repot..." Belum sempat dia menghabiskan kata, Azimah mencelah.
"Kami ni orang susah encik. Takde ahli keluarga lain yang kami boleh bergantung harap. Nak upah peguam pun kami tak mampu. Kalau saya buat repot, mesti hal ini akan tersebar sampai orang lain tahu mengenai cucu saya. Saya kenal pelaku tu, biar saya bincang dulu dengan dia. Saya buat macam ni, bukan sebab takut atau sokong perbuatan pelaku tu pada cucu saya, cuma, saya rasa ada baiknya kalau saya tunggu sampai Ayuni sedarkan diri dulu. Buat masa ni, biar hal ni kekal rahsia antara kita." Rayu Azimah. Kali ini, Wahid tidak mampu mengeluarkan hujahnya lagi. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh nenek ini. Dan, tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana semua bukti sudah dia sediakan sewaktu merawat Ayuni sebentar tadi. Kini, dia hanya perlu tunggu kata putus daripada pihak Ayuni sahaja sebelum mengambil tindakan.
"Aku...aku mabuk waktu tu. Aku..." Malu apabila dirinya menjadi perhatian Wahid sejak tadi. Lelaki itu seakan sedang mencemuhnya dalam hati.
"Mabuk kepala otak kau! Mabuk sampai tak sedar kau tengah rosakkan hidup orang lain? Kau jangan cakap banyak! Streslah aku dengar alasan kau." Sembur Wahid entah buat kali keberapa.
Arshad hanya mampu menadah telinga walaupun sudah panas hati diherdik sebegitu oleh Wahid. Sedari tadi, dia tertunduk menatap lantai jubin bilik Wahid dengan pandangan kosong.
"Kau ingat ek Arshad, aku hanya mampu tutup mulut sehingga pihak mangsa berdiam diri. Kalau diaorang sudah mahu mengambil tindakan, as a doctor, I need to play my role. Aku terpaksa serahkan semua bukti-bukti tu." Kena lagi! Arshad mengangguk faham.
"Dalam ni ada bubur dengan nasi campur. Nanti, nenek makanlah. Bubur tu, bagi dekat cucu nenek. Saya tunggu kat luar." Sebuah plastik berisi dua buah bekas polisterin diserahkan kepada Azimah.
Sempat dia mengerling sekilas ke arah Ayuni yang masih belum sedarkan diri. Kesan lebam di lehernya juga kelihatan semakin pudar. Azimah tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk sebelum menyambut huluran Arshad.
Beg plastik itu kemudiannya diletakkan di atas meja. Belum ada selera untuk menjamah makanan, di saat cucunya sedang terlantar sakit begini.
"Saya keluar dulu." Seusai berpesan, Arshad terus keluar dari bilik berkenaan. Punggung dihenyakkan di atas kerusi pelawat di luar. Satu keluhan dilepaskannya.
Saat dia ingin menoleh ke arah seorang pesakit berkerusi roda di sebelahnya, pandangan Arshad terlekat pada sebuah poster yang tertampal pada dinding klinik berkenaan.
Di situ, tertera mengenai usia kandungan dan gambar janin dari usia satu minggu sehingga ke-9 bulan. Melopong mulut Arshad ketika membaca satu persatu ayat yang dinyatakan dalam poster tersebut.
Macam mana kalau dia mengandung? Kini, jantungnya mula berdetak hebat. Hmm, nanti kalau dia mengandung, anak aku pun duduk macam tu ke dalam perut dia? Tap! Tepuk dahi sendiri. Merepek apa kau ni Arshad! Merapu je kerja kau ni kan...Pesakit berkerusi roda itu merenungnya atas bawah. Ada masalah mental ke budak ni? Lain macam je aku tengok.
"Hah, buat apa kat sini?!" Kus semangat. Arshad menjeling sebal ke arah Wahid. Begitu juga dengan pesakit di sebelahnya. Tiba je bentak-bentak orang. Terkejutlah b*b*!
"Tunggu malaikat..." Jawab Arshad dengan sinis.
"Malaikat maut ke? Rasanya dia tak datang kot hari ni... Sebab mengikut perkiraan aku, Ayuni masih ada harapan untuk hidup lagi 40 tahun di muka bumi ni, dengan izin Allah Ta'ala. Sebelum ni pun, dia sihat walafiat je, tapi tulah, dah nasib dia kena gigit dengan binatang liar, tu yang sampai terlantar kat dalam tu..." Sengaja dia menjuihkan bibir ke arah bilik rawatan Ayuni. Saja, nak panaskan lagi enjin. Pesakit di sebelah Arshad hanya memerhati walaupun tidak faham dengan isi bicara dua orang itu. Mereka berdua ni, kawan ke? Cakap macam dah lama kenal...tapi, macam dingin aje.
"Kau datang sini nak buat apa?!" Sakit kepala Arshad setiap kali Si Wahid ni munculkan diri. Dari zaman sekolah lagi, Si Wahid ni terkenal dengan kebolehan menyakitkan hati dan perasaan orang lain sehingga cikgu-cikgu pun takut nak menegur dia.
Entah bagaimana dia boleh jadi seorang doktor...siap ada klinik sendiri pulak tu! Bertambah kasihan bila memikirkan nasib pesakit-pesakitnya. Datang demi merawat penyakit fizikal, namun terpaksa pulang bersama penyakit mental.
"Suka hati akulah, klinik aku! Bukan takat sini je aku boleh pergi, atas bumbung ni pun aku boleh panjat kalau aku nak...no one can ask me!" Bukan main riak lagi...
"Menyampahlah cakap dengan kau ni!" Sembur Arshad. Namun, Wahid tidak terasa langsung dengan kata-kata Arshad. Sebaliknya, dia menambahkan lagi bara dalam api.
"Mestilah, sebab aku lagi hot dan bergetah daripada kau." Selesai menyakitkan hati Arshad, Wahid memutuskan untuk beredar dari situ. Ikutkan, dia mahu bertikam lidah lagi bersama Arshad, namun bila memikirkan ada pesakit yang perlu dia periksa, dia terpaksa hentikan perang mulut antara mereka berdua buat sementara waktu. Nanti aku datang balik... Eh, tapi, kejap! Macam ada yang tak kena...
"Eh, awak buat apa kat sini?" Soalnya dengan hairan.
"Saya...tadi nurse...suruh ambik darah." Jawabnya tergagap-gagap. Bimbang jadi mangsa semburan Wahid yang seterusnya. Menitik-nitik peluh dingin di atas dahi yang sedia berbalut plaster putih itu.
"Sini tempat ambik air kencing untuk wanita mengandung. Ambik darah kat hujung sana." Berubah pucat muka pesakit lelaki itu. Alamak, salah tempat ke...
"Oh...hehehe, saya salah tempat ke?" Sempat dia menggaru kepala sebelum memusingkan kerusi rodanya ke arah koridor yang dikatakan oleh Wahid tadi.
Tanpa dipinta, Wahid membantu menolak kerusi roda pesakit itu. Ni kalau takde yang tolong tolakkan, esok baru sampai ke kaunter darah. Kutuk Wahid dalam hati.
"Terima kasih doktor..."
"Sama-sama."
"Err, doktor dah kahwin ke?"
"Belum."
"Betullah tekaan saya..."
"Tekaan apa?"
"Yang doktor ni masih single."
"Kenapa pulak?"
"Sebab cara doktor bercakap dengan encik tadi tu, saya dah boleh agak yang, doktor ni masih belum berpunya."
"Kenapa awak fikir macam tu?"
"Sebab, mengikut experience saya, takde perempuan yang nak dekat lelaki bermulut lancang macam doktor ni. Normally, diaorang suka lelaki yang soft spoken..."
"Awak nak buat ujian darah ke atau nak masuk darah?"
"Hah...??"
"Sebelah kiri kita kaunter ujian darah, sebelah kanan pulak, ada tangga kecemasan. Awak pilih nak pergi arah mana..."
"Eh, maaf...maaflah doktor. Saya gurau je tadi tu..."
selamat membaca. Maaf jika ada kekurangan...so, ada siapa2 suka lelaki mcm Wahid tak? hihihi
Share this novel