"Eh, Encik Arshad! Buat apa dekat sini?" Ayuni berlari mendapatkan Arshad yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe pastri dan manisan itu. Arshad buat-buat terkejut.
"Eh, kamu kerja di sini ke?" Ayuni lantas mengangguk laju sambil tersenyum manis. Boleh cair dia lama-lama di situ. Cepat-cepat Arshad melarikan pandangan. Dia pergi ke arah rak kayu yang menempatkan belasan pastri dan manisan. Hiasan di dalam kafe itu juga agak estetik dan elegan.
"Ambilkan saya, donut blueberry satu, muffin with chocolate chips, yang ni nak dua, lepas tu, croissant dengan inti vanilla dan butter, yang tu pun nak satu juga." Pesannya. Ayuni mendapatkan sebuah dulang sebelum menghidangkan kesemua pesanan Arshad di atasnya.
"Air? Encik Arshad nak air apa?" Arshad berfikir sejenak. Sejujurnya, dia bukanlah peminat makanan manis. Dia datang ke sini pun kerana ingin melihat Ayuni.
"Err, just a coffee should be fine." Ayuni tertawa kecil sebelum membawa Arshad ke arah sebuah meja kosong di sudut kedai. Dulang berisi pesanan Arshad diletakkan di situ. Arshad melabuhkan punggung di kerusi sambil memerhatikan Ayuni yang sedang lincah membancuh air di kaunter penyediaan minuman. Dia tersenyum kecil.
"Nah, coffee for you." Katanya dengan mesra. Wajah tampan lelaki itu ditatap lama. Arshad yang perasan dengan tatapan itu, hanya buat-buat tidak tahu sahaja walaupun pipinya mula merona merah. Malunyaaaaaa! Donut blueberry digigit lalu dikunyah perlahan. Sedap juga! Puji hati kecilnya.
"Err, sedap ke?" Soal Ayuni tiba-tiba.
"Sedap." Balas Arshad. Makin melebar senyuman Ayuni.
"Saya yang buat!" Arshad tersedak mendengar jawapan itu. Cepat-cepat dia mencapai kopinya lalu air yang masih hangat itu diteguk tanpa berkelip. Panas!
"Panas tu Encik Arshad. Kejap, saya bawakan air sejuk." Dia berlari ke arah kaunter minuman sebelum muncul semula bersama segelas air sejuk.
"Terima kasih." Air di dalam gelas diteguk sedikit rakus sehingga titisan air meleleh ke atas dagunya. Ayuni menyerahkan sehelai tisu kepada Arshad.
"Err, terima kasih." Ucapnya dengan kekok sebelum menyambut tisu itu lalu mengelap mulut serta dagunya yang basah.
"Encik Arshad okay ke?" Jatuh kasihan pula melihat wajah Arshad yang sudah kemerahan itu.
"Sa...saya okay." Dia mencapai semula lebihan donut tadi lalu menyambung makan.
"How much?" Soal Arshad sebaik sahaja tiba di kaunter pembayaran. Ayuni lantas menggelengkan kepala.
"Saya belanja." Ujarnya dengan ceria. Arshad termangu seketika. Hujung bibir ternaik sedikit. Merasa bahagia kala Ayuni melayan baik dirinya.
"Terima kasih. Next time, saya belanja awak." Ucapnya sebelum berpusing, hendak keluar dari situ.
"Encik Arshad!" Panggil Ayuni. Arshad menoleh semula ke arahnya dengan hairan.
"Maaf. Saya tahu saya tak patut buat semua ni. Cuma, boleh tak kalau Encik bagi ni dekat Adwa?" Luahnya sambil menghulurkan sebuah beg kertas yang mengandungi beberapa ketul donut bersalut coklat.
Arshad menyambut pemberian itu dengan senyuman tipis.
"Boleh. Nanti saya beri pada dia." Ayuni membalas senyuman lelaki itu. Tubir matanya mula panas. Arshad meminta diri untuk pulang sementara Ayuni kembali menyambung tugasnya di kafe.
"Pandai ibu teka Adwa suka donut coklat." Adwa tergelak kecil sambil menepuk tangan. Tidak sabar ingin merasa donut kegemarannya itu.
"Nah. Only two for now. Esok, babah bagi lagi dua." Kanak-kanak itu lantas menganggukkan kepala. Tangan kecil itu lantas mencapai seketul donut dari atas piring lalu menggigitnya dengan perlahan. Arshad tertawa geli hati melihat mulut Adwa yang comot dengan kesan coklat.
"Encik Arshad?!" Terkejut melihat kehadiran lelaki itu lagi ke kafe.
"Awak lunch pukul berapa?" Soalnya.
"Erm, dalam pukul 12." Jawab Ayuni dengan polos. Dia menjadi tertanya-tanya motif Arshad menyoal tentang waktu rehatnya.
"Oh, lagi 5 minit. I will wait for you in my car. Get ready, kita pergi lunch." Arahnya. Ayuni tergamam tidak percaya.
"Hah?"
"Kan saya dah janji nak belanja awak hari tu." Balasnya dengan nada yang tenang. Namun, gelora di hati hanya dia saja yang tahu.
"Eh, takpelah Encik Arshad. Susah-susah je." Tolak Ayuni walaupun dia sebenarnya mahu keluar dengan lelaki itu. Saja jual mahal.
"3 minutes. I will wait in car." Arshad terus keluar dari situ, meninggalkan Ayuni terkebil-kebil keseorangan di kaunter. Baru dia hendak masuk ke dalam dapur, Dania sudah muncul bersama beg galasnya.
"Nah! Tak payah buang masa. Orang tu dah tunggu dalam kereta. Pergi cepat!" Tubuh Ayuni ditolak keluar dari kafe. Ayuni tertawa lucu sebelum menanggalkan apron pada tubuhnya. Dania merampas kain apron itu lalu membukakan pintu kafe.
"Terima kasih Dania." Gadis itu membongkokkan sedikit tubuhnya pada Ayuni.
"Jangan lupa masuk kerja nanti!" Laung Jayden dengan kuat. Dania tersengih nakal mendengarnya. Ini kali pertama, seorang lelaki mengajak Ayuni keluar makan bersama. Sebentar lagi, akan dia korek rahsia tentang Arshad daripada Ayuni.
"Nak makan dekat mana? Any idea?" Soal Arshad setelah lama menyepi. Ayuni menggeleng tidak tahu. Dia sebenarnya segan berada di dalam kereta, berdua-duaan dengan Arshad. Ditambah pula dengan wangian lelaki itu yang agak maskulin, tidak tenang duduknya di situ.
"Mana-mana je. Saya tak kisah." Arshad mengetuk-getuk stereng dengan jari telunjuk.
"How about, chicken feet?" Ujinya. Bibir menyungging senyuman nakal.
"Ee, taknaklah!" Tolak Ayuni. Dia memang tidak suka makan kaki ayam. Geli.
"Hah, tadi kata tak kisah. Sekarang geli pulak." Ejek Arshad. Ayuni ketawa kecil lalu menampar lembut lengan lelaki itu.
"Ish, saja je kan tadi!" Marahnya dengan nada manja. Arshad terpegun melihat sisi lain Ayuni. Sabar Arshad, sabar!
"Okay, kalau macam tu, kita makan steak jelah." Cadang Arshad. Ayuni berfikir sejenak, sebelum mengangguk setuju.
Share this novel
semua kanak2 ucap terima kasih. Best mcm ni. cepat nikah kan dua ketul tu author