Bab 6: Paksaan

Short Story Series 116383

Ruang fikiran Arshad kini sudah dicemari dengan rasa ego yang kian memuncak setiap kali kata-kata sindiran teman-temannya terngiang-ngiang pada pendengaran. Dia rasa cukup terhina saat diperlekehkan oleh Syam.

Dia ingin membuktikan kepada rakan-rakannya, bahawa Arshad Harizal masih tidak hilang taringnya walau sudah pulang ke tanah air.

Tetapi, dia menjadi tertanya-tanya. Bagaimana cara untuk mendekati Ayuni yang semestinya seorang yang dingin dan kurang berbual dengannya kecuali atas urusan kerja?

Argh, persetankan semua itu. Dia akan menggunakan cara lembut, dan sekiranya Ayuni melawan, dia tidak mempunyai cara lain selain mengasari dan mendapatkan apa yang dihendakinya, walaupun ianya melalui paksaan.

Setelah itu, dia akan membayar harga yang sepatutnya kepada Ayuni. Wang ringgit tidak menjadi masalah kepada seseorang sekaya dirinya.

Berapapun harga yang diminta, akan aku bayar. Setakat hilang dara, tidak akan menjejaskan apa-apa. Tapi, persoalannya, masih sucikah gadis itu?

Senyuman sinis terpamer. Perempuan zaman sekarang, sanggup melakukan apa sahaja demi wang ringgit, walaupun terpaksa menjual tubuh sekalipun, mereka tidak kisah. Begitulah pandangan seorang Arshad Harizal terhadap kaum wanita.

Rata-rata yang pernah ditemuinya terlalu mengagungkan kemewahan sehingga sanggup mengadaikan maruah diri. Jadi, dia mengandaikan, Ayuni juga mungkin tergolong dalam kalangan itu.

Tepat jam 12 tengah malam, kereta yang dipandu Arshad tiba di ruangan porch. Brek tangan ditarik lalu enjin kereta dimatikan. Namun, dia tidak keluar dahulu dari kereta, malah tubuhnya disandarkan pada kerusi pemandu. Mata dipejam rapat, keluhan dilepaskan.

Entah mengapa, dia berasa sedikit gementar untuk masuk ke dalam rumah. Bagaimana reaksi Mukhriz jika melihat dia dalam keadaan mabuk seperti ini? Pasti dia bakal dileteri.

Dia menoleh sekilas ke arah porch di sebelah. Kosong! Kereta milik bapanya tiada di situ? Lapisan kulit pada dahinya mulai berkerut. Hairan sekali.

Jarang lelaki itu pulang lewat malam sekiranya tidak mempunyai urusan kerja. Malah, Mukhriz juga tidak memesan apa-apa kepada Arshad, bahawa dia akan pulang lewat atau bermalam di tempat lain pada malam itu.

Lantaklah. Malas mahu mengerah akal menebak keberadaan bapanya. Arshad terus menapak keluar dari kereta lalu melangkah perlahan ke arah pintu masuk utama dalam keadaan terhuyung-hayang.

Kepalanya terasa pening, mungkin efek daripada minuman keras yang diteguknya semasa berada di kelab tadi.

Daun pintu diketuk sebanyak dua kali sebelum ia terkuak dari dalam. Dalam cahaya malap, Arshad mengagahkan diri untuk masuk ke dalam rumah sambil berpaut pada pemegang pintu.

“Tuan nak apa-apa?” Soal Ayuni. Dia sengaja berundur beberapa tapak ke belakang kerana tidak tahan dengan bau alkohol yang menusuk rongga hidungnya.

Lantas Arshad berpusing ke belakang, menghadap Ayuni. Mereka bertatapan seketika, sebelum Ayuni melarikan matanya setelah menyedari cara pandangan Arshad yang sedikit mengelirukan dan pelik dari sebelum-sebelum ini.

Arshad mengimbas penampilan Ayuni atas bawah. Pakaian gadis itu tidak menyerlah mahupun mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya seperti perempuan-perempuan lain di kelab tadi.

Ayuni mengenakan sehelai t-shirt berlengan panjang yang agar besar dan seluar palazzo yang sudah semestinya labuh sehingga menutup setiap lekuk pada tubuhnya. Tiada apa yang menarik pada gadis muda itu selain wajahnya yang Arshad akui, cantik.

“Tuan?” Dia naik rimas apabila diperhatikan begitu dalam oleh Arshad. Mata lelaki itu seakan sedang menelan seluruh tubuhnya.

Ayuni cuba kelihatan berani, walaupun dari dalam, dia berasa takut dan resah kerana terpaksa berhadapan dengan seorang lelaki di malam hari secara berkeseorangan seperti ini.

“Hah?” Arshad kembali semula ke realiti, namun masih memandang tepat ke wajah Ayuni.

“Tuan nak saya buatkan apa-apa ke?” Pertanyaan itu membuatkan Arshad berasa teruja. Jadi, tidak perlulah dia bersusah payah memikirkan cara untuk pancing gadis itu masuk ke dalam bilik tidurnya.

Dia sendiri akan datang kepada aku. Arshad sempat menyungging senyuman tipis sebelum mengangguk perlahan.

“Buatkan teh panas dan hantar ke bilik saya. Saya nak mandi.” Seusai berpesan, Arshad terus mengangkat kaki ke tingkat atas.

Sepanjang perjalanan ke bilik tidurnya, senyuman penuh makna tersungging sempurna pada celahan bibir Arshad. Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, dia terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersedia untuk permainan panas yang bakal berlangsung nanti.

“Tuan, saya masuk ya…” Setelah puas mengetuk daun pintu beberapa kali, akhirnya Ayuni memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam. Takkan nak letak air ni dekat depan pintu pulak…

Pasti Arshad sedang mandi, sebab itu dia tidak mendengar panggilan aku. Suasana bilik yang gelap, menyukarkan Ayuni untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan air minuman itu. Mana meja hari tu ek…Kat sini ke?

Tap!

Hampir tercabut keluar jantung saat keadaan di dalam bilik menjadi terang benderang secara tiba-tiba. Langkah kakinya langsung terhenti.

Klak…

Pantas kepalanya teralih ke arah punca bunyi berkenaan. Arshad! Lelaki itu telah mengunci pintu bilik. Tetapi mengapa?

Dalam kegelisahan, Ayuni masih melakukan tugasnya. Air teh di dalam gelas kaca itu terus diletakkan di atas meja bersebelahan katil, sebelum dia melangkah pantas ke arah pintu.

Kepala menunduk malu saat menyedari keadaan Arshad yang hanya memakai kain tuala sahaja.

Jantungnya berdebar hebat ketika kaki semakin menghampiri daun pintu. Pelbagai senario tidak baik mula bermain dalam fikiran Ayuni.

“Where you wanna go sweetie?” Ayuni terjerit kecil saat pergelangan tangannya disambar oleh Arshad.
Dia benar-benar terkejut. Lemah tempurung lututnya apabila diperlakukan sebegitu. Hampir sahaja dia jatuh menyembah bumi akibat hilang keseimbangan.

Peluh dingin mula menitik ke dahi dan pelipisnya. Rembesan air mata mengalir membasahi pipi. Ayuni gugup. Dia cuba menarik pergelangan tangannya daripada genggaman Arshad, namun usahanya ternyata sia-sia. Tenaga lelaki itu terlalu kuat untuk dia lawan.

Pandangan jelek Arshad semakin menambahkan ketakutan dalam diri Ayuni. Dia yakin bahawa Arshad mempunyai niat yang tidak baik.

“Tu...tuan. Lepaskan saya…tolong lepaskan saya.” Ayuni merayu dalam tangisan. Tersedu sedan meminta belas kasihan agar lelaki itu melepaskannya.

Hampa. Arshad malah menguatkan cengkaman pada bahu Ayuni sehingga tubuhnya terdorong menghempap dada bidang milik lelaki tersebut.

Tubuh mereka berdua melekap sehingga Ayuni dapat merasai hembusan nafas milik Arshad. Bibir Arshad mula meneroka leher jinjang Ayuni dengan rakus.

Ayuni memejamkan kelopak mata, cuba menghalau ketakutan yang mula mencengkam diri. Dia masih berharap agar akan ada sesiapa muncul menyelamatkan dirinya pada saat itu. Nenek, tolong Yuni…

Hanya mampu menjerit dalam hati. Azimah pasti sedang tidur setelah makan ubat sebentar tadi. Mustahil neneknya menyedari kehilangannya. Ya Allah, lindungilah aku dari perkara yang tidak baik…

“Argh! Tuan…jangan! Tolong jangan…” Tubuh Ayuni diheret kasar ke arah katil sebelum dicampakkan ke atasnya. Belum sempat Ayuni bangun, tubuhnya malah ditindih dari atas.

Dada Arshad ditumbuk berkali-kali namun ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada lelaki itu. Arshad seakan hanyut dalam gelora serakahnya. Dada Ayuni diramas kuat tanpa mempedulikan jeritan gadis itu.

“Tuan, tolong. Jangan buat saya macam ni…saya sakit.” Masih menagih simpati yang tidak pasti. Ayuni memalingkan wajah saat Arshad cuba memagut ulas bibirnya.

Dia jijik diperlakukan seperti itu. Baju dan seluar yang menutupi tubuh Ayuni direnggut sehingga mendedahkan pakaian dalamnya. Nafas Arshad mulai naik turun. Keadaan Ayuni yang separuh bogel itu melonjakkan nafsunya untuk meneroka setiap inci tubuh milik gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience