Bab 53: Perpisahan

Short Story Series 116383

"Lepaskan dia Razman!" Tiba-tiba, satu suara menyergahnya dari luar rumah. Pantas, Razman berpaling ke arah suara itu sebelum menarik senyuman sinis. Orang yang dinantikan sudah tiba. Jadi, betul lah sangkaannya selama ini?

"Datang dah scandal kau tu. Rupanya betul lah jangkaan aku selama ni. Kau dengan jantan keparat tu ada hubungan sulit di belakang aku kan?!" Kepala Ayu ditunjal berkali-kali sehingga wanita itu tersembam ke lantai. Mata Ayu terpejam rapat, menahan rasa perit akibat hentakan yang kuat pada dahinya.

Tuduhan Razman dijawab dengan air mata. Hatinya remuk menjadi kepingan yang tidak mampu dicantumkan kembali. Dia diperlakukan seperti binatang yang tiada nilai di khalayak ramai. Maruah dirinya diinjak-injak sesuka hati oleh insan bernama suami.

"Kau jangan nak berlagak suci lah Ayu! Sekarang ni, semua orang dah tahu perangai sundal kau tu! Sanggup berhubungan dengan jantan lain dekat luar demi puaskan nafsu!" Rambut Ayu lantas dicekak kuat lalu tubuh kurus itu diseret ke arah pili air.

Belakang kepalanya ditekan masuk ke dalam baldi yang dipenuhi air sehingga Ayu terkapai-kapai mencari nafas. Tiada lagi sinar pada mata bundarnya. Ayu akhirnya terkulai lemah di atas lantai.

"Jangan jadi jantan dayus Razman! Kalau dah tak suka, dah tawar hati dengan isteri kau, lepaskan dia. Dia berhak untuk hidup bahagia." Wahid yang masih berdiri di luar mula hilang sabar. Ikutkan, dia mahu masuk ke dalam lalu membelasah lelaki itu sehingga lunyai, namun, dia masih perlu berhati-hati. Razman terlalu licik. Tidak mustahil lelaki itu memutarbelitkan kebenaran demi menyelamatkan dirinya. Silap-silap haribulan, Wahid pula yang meringkuk dalam penjara nanti. Oleh itu, dia perlu bertindak bijak walaupun dia sudah tidak tahan melihat Ayu terseksa di tangan Razman.

"Puih! Pergi mampuslah dengan nasihat bodoh kau tu. Dasar perampas! Eh, kau tak malu ke tergilakan barang orang?! Sedap sangat ke bini aku ni sampai kau nak merasa tiap-tiap hari?" Telinga Ayu terasa ngilu mendengar segala carutan yang keluar daripada mulut Razman. Insan yang sepatutnya melindungi serta menjaga maruah dirinya, kini, sedang menconteng arang ke mukanya di khalayak ramai.

Masih dikuasai api cemburu, Razman bertindak mencekik leher isterinya sebelum menampar pipi wanita itu bertalu-talu sehingga dia berpuas hati. Wajah Ayu yang bersih itu kini dihiasi dengan kesan lebam dan bengkak.

"Kau lepaskan dia Razman!Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara seumur hidup kau!" Laung Wahid dengan tegas. Dia sudah bersedia untuk melakukan panggilan ke balai polis sekiranya Razman berterusan mengasari tubuh Ayu.

Tiada rontaan daripada wanita itu. Dia seakan pasrah menjadi mangsa dera suaminya sendiri. Hanya raungan dan air matanya sahaja yang setia mengalir setiap kali tubuhnya diseksa.

"Kau ingat, aku takut ke dengan polis hah?! Eh, masuk hari ni, petang esok aku dah boleh keluarlah bodoh..." Balasnya dengan angkuh. Sekiranya dia ditahan, ibunya ada untuk menjaminnya keluar dari lokap. Tiada apa yang perlu dia risaukan.

"Jangan terlalu mendabik dada Razman. Kadang, kita tak tahu dengan siapa kita sedang berurusan." Air muka Razman berubah mendadak. Cengkaman pada leher Ayu mulai longgar. Tangannya tiba-tiba menggigil. Reaksi tenang Wahid mengelirukannya.

"Kau...kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu?!" Wahid tersenyum nipis. Kalau tidak takut, mengapa perlu gugup? Ketenangan yang dipamerkan Wahid semakin menganggu fikiran Razman.

"Lepaskan dia Razman. Kasihanilah isteri kau. Berapa lama lagi kau nak seksa dia? Apa salah Ayu pada engkau?" Fatihah, jiran mereka, bersuara dari luar. Dia yang baru sahaja pulang dari kedai, bergegas ke rumah Ayu selepas terdengar suara jeritan. Fatihah tahu tentang masalah rumah tangga Ayu dan Razman. Hanya dengan dialah, Ayu sering meluahkan masalahnya.

"Kauorang ni siapa hah, nak masuk campur dalam urusan rumah tangga aku?! Ini bini akulah! Suka hatilah, aku nak buat apa pun!" Bentak Razman sebelum menghentak kuat dahi Ayu di lantai. Wanita itu lantas menjerit, menahan rasa sakit pada kepalanya.

"Kau memang jantan dayus!" Lengan Fatihah disambar Wahid. Menghalangnya dari masuk ke dalam.

"Nanti, awak boleh ditangkap sekali dengan dia sebab ceroboh masuk dalam rumah orang tanpa kebenaran. Saya dah call ke balai, kejap lagi diaorang sampai. Sehingga tu, sabar dulu." Fatihah menggangguk faham walaupun terasa berat hati. Tubir matanya bergenang dengan air mata. Dia takut terjadi perkara yang tidak diingini pada Ayu.

"Lepaskan saya Razman...Kenapa awak buat saya macam ni..." Suara Ayu mula kedengaran.

"Pandai kau bermuka dua di hadapan orang kan Ayu? Apa kurangnya aku ni di mata kau? Dah macam-macam aku buat supaya kau terima aku sebagai suami! Tapi, kau tergamak simpan jantan lain di belakang aku?" Ayu menggelengkan kepala. Entah bagaimana lagi dia perlu jelaskan kepada Razman. Dia terlalu penat dengan semua ini.

"Razman, saya takde orang lain selain awak. Saya baru belajar untuk terima awak, tapi perbuatan awak pada saya, terlalu menyakitkan. Awak seksa tubuh saya, awak dera mental saya. Saya sakit Razman! Saya sakit kerana awak." Razman terkedu. Lelaki itu terdiam. Ayu bersandar pada dinding.

"Aku sayangkan kau Ayu. Tapi, aku tak suka kau rapat dengan orang lain." Luahnya sebelum terduduk di hadapan Ayu. Dia terlalu mencintai wanita itu lebih dari segalanya.

"Awak tipu Razman. Awak penipu! Awak takkan seksa saya macam ni, kalau awak sayangkan saya! Awak penipu!" Bentak Ayu dengan kuat. Rasa cinta dan sayang itu tidak akan mengekalkan satu-satu hubungan jika keyakinan dan sifat percaya dalam diri pasangan sudah lama luntur.

"Tuan..." Wahid menghampiri beberapa orang pegawai polis yang baru sahaja tiba di situ. Dia memberikan laluan kepada mereka untuk masuk ke dalam rumah Razman.

"Razman?" Lelaki itu mendongak perlahan, memandang satu-persatu wajah pegawai-pegawai yang berada di hadapannya sebelum tersenyum sinis.

"Koperal, sila bawa puan ni keluar." Seorang pegawai wanita lantas mengganggukkan kepalanya lalu membantu Ayu untuk berdiri.

"Encik Razman, sila ikut kami ke balai. Pihak kami mendapat aduan bahawa Encik mendera Puan Ayu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal pada beliau. Sila berikan kerjasama." Pergelangan tangannya digari sebelum dibawa ke arah jip polis.

"Maafkan abang Ayu...maafkan abang..." Luahnya dengan sebak. Ayu segera berpaling ke tempat lain, tidak ingin memandang wajah lelaki itu. Dia terlalu membenci Razman. Kalau boleh, seumur hidupnya, dia tidak mahu terserempak dengan lelaki itu di mana-mana.

"Bawa dia ke balai." Tubuh Razman didorong masuk ke dalam jip polis sebelum beredar dari situ. Wahid menghampiri Ayu.

"Kau okay?" Ayu tidak menjawab sebaliknya menjeling tajam ke arah Wahid.

"Ada nampak macam aku okay ke sekarang ni?" Soalnya dengan sinis. Pegawai wanita yang sedang membalut luka pada kepala Ayu lantas tergelak geli hati mendengar respon itu.

"Kau nampak lebih bertenaga sekarang. Itu yang aku hairan." Ayu mengetap giginya sebelum menendang lutut lelaki itu dengan kuat. Orang tengah sakit, dia boleh mengejek pulak!

"Nyah kau dari sini!" Kata Ayu dengan kasar. Pegawai wanita itu sudahpun siap membalut lukanya.

"Puan sila ikut kami ke balai. Puan perlu berikan keterangan. Encik pun sama." Ayu dan Razman mengganggukkan kepala masing-masing.

Sejak hari itu, Wahid tidak lagi berjumpa dengan Ayu, termasuklah Razman. Sebaik sahaja dibebaskan, Razman mula mencari isterinya di merata tempat.

Tiada siapa pun yang tahu tentang keberadaan Ayu sehinggalah wanita itu muncul di mahkamah pada hari penceraian mereka.

Tidak lama kemudian, ibu Razman memaksa lelaki itu untuk mengahwini Tini, anak bekas pekerjanya kerana tidak tahan dengan hinaan orang kampung mereka.

jangan lupa tinggalkan komen :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience