EPISOD 65

Romance Series 8744

Zarif muncul kembali dengan rambut yang basah dan disikat rapi ke belakang setelah beberapa minit dia menghilang seketika tadi.

"Kamu ni dah kenapa tadi...lari macam lipas kudung. Terkejut akak tau...kamu gaduh dengan bos ke?" Soal Kak Mira.

"Ehh.. Takdelah Kak Mira.. Saya ke tandas tadi. Urgent gila tadi tu yang lari macam lipas kudung tu!" Jawab Zarif sambil meraup rambutnya yang basah tu ke belakang.

"Bos tu ha.. Tetiba beremosi plak.. Akak pun tak tau nape?Cuba kamu pegi tengok bos tu.. Tak berani akak nak tegur takut kena sembur nanti." Setelah melihat Aira mengalirkan airmatanya tadi Kak Mira menjadi serba salah.

"Haaa...pulak dah..jap saya masuk tengok..tadi ok je." Zarif masuk dan terus mendapatkan Aira. Kelihatan Aira sedang mengelap air matanya.

"Ehh..sayang..kenapa nangis ni?" Jari Zarif laju mengelap air mata Aira.

"Abang marah sayang ke?" Aira memandang Zarif dengan mata yang berkaca dengan air mata.

"Kenapa nak marah pulak?" Zarif kebingungan.

"Tuh..tadi tu..tetiba lari bila sayang suh abang rasa kuih serimuka tuh." Zarif tersenyum  mendengar kata-kata Aira itu.

"Come on sayang...kenapa tetiba beremosi pulak ni?" Dagu Aira disentuh lembut.

"Entah la abang..sejak menjak ni..rasa sensitif je .." Aira memeluk manja lengan Zarif.

"Tadi kan..sebenarnya abang pergi toilet..dari pagi tadi lagi abang muntah-muntah..kepala ni berdenyut-denyut je..abang nak mintak sayang tolong picitkan sebenarnya." Tangan Aira dicium Zarif kemudian segera di tarik lalu diletakkan di atas kepalanya.

"Abang keracunanan makanan ke? Abang tersalah makan ape?" Soal Aira sambil memikirkan makanan apa yang mereka makan semalam.

"Entahla.. Tapi yang pasti apa yang abang makan... Sayang pun makan juga kan.. Tapi sayang ok je kan? " Zarif merenung Aira menunggu jawapan.

"Iyer.. Ok jer.. Meh kita pegi duk sana sekejap." Aira menarik tangan Zarif dan mengajaknya ke sofa.

Tangan Aira ligat memicit-micit kepala Zarif. Bau minyak angin cap kapak semerbak dibiliknya. Zarif menutup mata kelegaan dengan urutan Aira di kepalanya.

" Abang.. I rasa you pening ni sebab stress study pastu tak cukup tidur plak tu. Dasyat betul studynya sampai muntah-muntah.." Aira tergelak kecil tapi tangannya masih memicit-micit dahi dan kepala Zarif.

"Ermm...maybe la kot..aduss...lagi berapa hari je nak exam tuh..nak hadap tu kena muntah-muntah and pening pulak...alahai...lagi berapa hari je lagi..sabar...sabar..." Mata Zarif masih tertutup dan menikmati urutan dari tangan Aira di kepalanya.

"I know you can do it..I will give full support to you. Ni haa...kalau abang tak larat sangat abang balik jerla..rest kat umah tu lagi selesa..Nanti sayang mintak Pak Hussien tolong hantarkan balik je."

"Really??So Cik Aira benarkan saya balik yer..Saya menurut perintah.Thank you sayang!" Zarif segera bangun dari sofa. Dahi Aira dan diciumnya lalu dia segera keluar dari bilik Aira. Belum sempat Aira tegur dia pantas melangkah keluar dengan keadaan rambut yang huru hara.

Kak Mira yang kusyuk membuat kerjanya terkejut melihat keadaan rambut Zarif yang awal-awal tadi disikat rapi tetapi kini sudah huru hara kelihatannya. Bau minyak angin cap kapak turut semerbak mengikut langkah Zarif.

"Derang ni gaduh tarik rambut plak ke?" Duga Kak Mira. Dia segera masuk ke bilik Aira untuk melihat keadaan bosnya itu.

"Cik Aira...Are you ok?You gaduh tarik-tarik rambut dengan Zarif ke?" Soal Kak Mira.

"What??Gaduh tarik rambut dengan Zarif??I'm ok jer Kak Mira...Ermmm..." Aira cuba berfikir akan kata-kata Kak Mira itu. Baru dia teringat...ni mesti kerana Kak Mira tengok keadaan rambut Zarif tadi. Aira tergelak kecil di dalam hati.

"Yee...I gaduh tarik-tarik rambut dengan dia tadi tapi dah ok dah..i dah buh ubat kat dia dah semula..Kami dah berdamai dah.Akak tak bau minyak angin ke kat bilik I ni?" Aira tipu sunat dan Kak Mira hanya mengangguk tanda percaya kata-kata Aira itu lalu berlalu pergi ke tempatnya semula.

Aira mencapai telefon dan segera menaip mesej kepada Zarif dalam keadaan tersenyum.

Aira : Abang...you better check your hair?Jangan lupa betulkan semula rambut you yang I dah 'kerjakan' tadi tu.

Zarif :  Ya Allah...teruknya rupa abang.Haha..Ok sayang I'm on leave yer today. See you at home.

----------------------------------------------

Zarif berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu. Dia tidak dapat melelapkan matanya pula sebaik sahaja dia sampai di rumah. Semasa di pejabat tadi bukan main pening dan berdenyut-denyut kepalanya.

"Ehh Zarif... Bukan ke tadi kamu ke pejabat?" Tegur Mak Imah sebaik sahaja dia terlihat Zarif sedang menonton televisyen.

"Saya dah balik dah Mak Imah. Aira suh rehat dekat rumah. Tadi saya muntah-muntah dekat office." Jawab Zarif sambil matanya kusyuk mengadap televisyen.

"Ehh..muntah-muntah...kamu tersalah makan apa? Takan makan masakan Mak Imah kot?" Mak Imah mulai tidak senang duduk apabila Zarif berkata begitu. Dia menjadi serba salah.

"Tak rasanya...sebab semua orang dalam rumah ni ok jer kan...saya je yang muntah-muntah. Mungkin saya letih sangat sebab kurang rehat dan tidur." Ujar Zarif sebaik sahaja melihat Mak Imah menjadi serba salah.

"Dah tuh..kenapa tak pergi tidur dan rehat kat bilik aje..lagi selesa dan aman." Soal Mak Imah.

"Masalahnya bila dah sampai kat rumah mata ni tak ngantuk plak. Tak pening pulak. Mak Imah...boleh tak nanti masakkan saya kuih lepat pisang. Teringin pulak saya. Selalu saya minta dekat ibu saya...tapi ibu jauh plak." Tetiba Zarif teringin hendak makan lepat pisang. Dulu apabila dia teringin makan lepat pisang mesti dia akan pulang ke kampung kerana lepat pisang ibunya adalah paling sedap di dunia yang dia pernah rasa.

"Mak Imah tak pandai sangat masak kuih lepat pisang tuh. Takut kang tak kena selera tekak kamu pulak." Awal-awal lagi Mak Imah sudah mengangkat bendera putih. Dia risau nanti tidak menepati kehendak Zarif kerana Zarif ini boleh tahan cerewet juga kalau bab makan ini.

"Aduss...kena balik kampung la nampak gayanya. Nanti saya call ibu la minta dia tolong buatkan. Betul yee Mak Imah tak reti buat..."

"Betull...dah kalau kamu teringin sangat pegi jerla beli kat mana-mana..ada melambak jual .." Laung Mak Imah kemudian segera beredar ke dapur.

Zarif mulai jadi tidak keruan apabila dia teringatkan lepat pisang yang ibunya selalu buat di kampung. Kecur liurnya terbayangkan kuih yang dibungkus dengan daun pisang itu.

"Ishh...tak boleh jadi ni..petang ni jugak aku kena balik jumpa ibu." Zarif mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dah serba tak kena dibuatnya.

Zarif segera ke bilik mengemas beberapa pasang bajunya dan Aira untuk dibawa pulang ke kampung. Mak Imah di dapur hanya menggelengkan kepala melihat kesungguhan Zarif untuk pulang ke kampung demi kuih lepat pisang.

Zarif memaklumkan kepada Pak Hussien yang dia akan menjemput Aira pulang dari kerja dan kemudian terus pulang ke kampungnya.  Sebelum dia ke pejabat menjemput Aira, Zarif singgah sebentar ke pasar Chow Kit untuk membeli pisang, santan dan daun pisang untuk dibawa pulang ke rumah ibunya nanti. 

Zarif memberhentikan kereta agak jauh dari pejabat Prisma Wave Group. Dia menanti di dalam kereta untuk menjemput Aira pulang dari kerja. Memang dia tidak menyatakan kepada Aira yang dia akan menjemput Aira pulang. Sementara menanti jam 5.30 petang Zarif telah terlelap seketika di dalam kereta.

Tepat jam 5.30 petang  Aira sedang mencari-cari kereta yang dipandu oleh Pak Hussien. Dia menanti di lobi  syarikat sambil membelek-belek telefon sementara menunggu Pak Hussien muncul. Tiba-tiba Naim muncul dan memberhentikan keretanya betul-betul di lobi.

"Aira...Aira...kenapa you tak jawab call I?" Naim keluar dari keretanya dan segera mendapatkan Aira.

"Ehh..you ni dah kenapa? Kalau I tak jawab call tu maknanya I memang taknak cakap dengan you la." Aira mendengus kecil.

"At least jawab la call or mesej I...Aira..we need to talk!" Suara Naim yang agak kuat itu telah membuatkan beberapa mata memandang.

Pintu kereta dibuka dan Naim cuba menarik tangan Aira untuk masuk ke dalam keretanya. Aira menepis-nepis tangan Naim itu. Beberapa orang kakitangan lelaki dari Prisma Wave Group yang ada disitu cuba membantu Aira tetapi mereka telah ditumbuk Naim. Zarif yang baru tersedar dari tidurnya itu terkejut apabila ternampak adengan tumbuk menumbuk di hadapan lobi. Pengawal keselamatan pun tidak dapat mengawal tindakan agresif Naim itu.

Zarif segera mengenakan topi, cermin mata hitam dan mask hitam. Kereta segera dipandu ke lobi dan berhenti betul-betul di belakang kereta Naim. Dia keluar dari kereta dan kemudian pantas menarik Naim. Tangannya menghayunkan satu tumbukan kepada Naim. Naim yang sedang menolak  seorang lelaki terkejut apabila dia terasa satu tumbukan hinggap ke wajahnya. Tangannya masih mengenggam kuat pergelangan tangan Aira. Aira sudah tidak daya lagi untuk melawan.

"Ehh...tak guna..kau ni siapa nak sibuk hal aku?" Naim cuba membalas tumbukan itu apabila dia menyedari seorang lelaki berbaju merah, topi hitam, cermin mata hitam dan mask hitam telah menumbuknya.

"Kau jangan nak buat perangai gila dekat sini boleh tak? Berambus cepat sebelum aku panggil polis. Kau ni memang spesis tak paham bahasa ke...cukup-cukup la kacau Aira...kau tak reti letih ke?nama je pilot tapi bebal!" Gertak Zarif dengan nada kuat. 

"Berambus sekarang!" Jerit Zarif dengan lebih kuat sambil mencengkam kolar baju Naim.

Semua mata yang menyaksikan adengan itu terkedu. Mereka terasa seolah-olah seperti menonton filem aksi Tamil. Masing-masing tertanya siapakah lelaki di sebalik kaca mata hitam dan mask itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience