EPISOD 34

Romance Series 4310

"Assalamualaikum Zarif." Kak Mira, setiausaha Aira menghubungi Zarif.

"Waalaikumsalam Kak Mira." Panggilan dijawab sebaik sahaja nama Kak Mira tertera di skrin telefon.

"Boss mana boss? Dah 2 hari akak call boss tapi tak dapat. No answer." Kedengaran suara Kak Mira yang seperti ayam berak kapur.

"Sorry Kak Mira lupa saya nak bagitau hari tu..Cik Aira katanya nak cuti rehat 2 or 3 hari. Telefon dia hilang." Jawap Zarif di talian.

"Ooo telefon dia hilang ke? Akak ni.. Kalau tak dapat apa-apa khabar berita hari ni akak ingat nak pergi terjah je rumah Cik Aira tu je.So macam mana akak nak contact Cik Aira ye?" Soal Kak Mira.

"Tak apa Kak Mira nanti saya tanya dia samada dia nak datang office ke tak esok. Nanti apa-apa saya info akak yer." Ujar Zarif lalu segera menamatkan panggilan telefon Kak Mira.

Sebaik sahaja perbualannya dengan Kak Mira ditamatkan, Zarif segera terjun ke dalam kolam renang di banglo Aira itu. Memandangkan hari ini Aira tidak mahu ke pejabat jadi Zarif memaklumkan kepada Mak Imah yang dia hendak bersihkan kolam renang tersebut.

Air yang berkeladak dan daun-daun kering mula memenuhi kolam renang tersebut. Tidak hairanlah Aira pun sudah lama tidak berenang di kolam itu.

Zarif mengenakan t-shirt putih dan seluar pendek yang pernah ditinggalkan tempoh hari itu untuk melaksanakan kerja-kerja membersihkan kolam renang. Sebelum bersihkan kolam tersebut sempat la juga dia berenang walaupun air berkeladak. Dah lama dia tak berenang. Dulu asal balik kampung je dia mesti pergi ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Tiba-tiba sebuah kereta Proton X50 merah meluncur masuk ke perkarangan banglo tersebut. Zarif yang sedang membersihkan kolam hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Keluar seorang gadis dari kereta tersebut dan dalam keadaan kelam kabut dia meluru masuk ke rumah tersebut. Zarif tidak sempat bertanya siapakah dia yang tiba-tiba masuk rumah orang macam masuk rumah sendiri tu?

"Maybe saudara mara Aira juga ni." Zarif bersuara di dalam hati lalu meneruskan tugasannya.

"Kak Aira...papa cakap you have something to tell me..apa tuh?" Eza yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terus menghampiri Aira yang sedang menonton televisyen.

"Haa..secret?Apa tu?" Aira segera terbangun dari sofa apabila tiba-tiba kedengaran suara Eza. Eza sepupunya yang merupakan anak Tan Sri Omar.

"Entah...papa la beria suruh Eza datang jumpa you sis!"

"Ishh papa you ni Eza ada-ada jer..pandai betul dia antar informer ke sini yer!" Aira mengeleng-geleng kepalanya apabila terkenangkan Pak Longnya.

"Itulah..Eza ni kalau bab secret ni laju la nak korek..hahaha..." Aira dan Eza sama-sama tergelak.

"Nothing la Eza..akak ok jer la..nothing secret to share with you ok...jangan nak jadi makcik bawang sangat." Aira mencuit peha Eza.

"Yerla papa beria suh Eza jumpa you tau sis. Isshhh...papa ni pun nak jadi pakcik bawang juga rupanya." Balas Eza sambil matanya merenung ke luar jendela. 

"Pak Long memang macam tu..suka sangat busy body pasal akak."

"That's mean my papa is concern about you tau sis.Emmm...by the way...who's that guy?Auuwww....bergetar jantung Eza tengok dia walaupun dari jauh.." Eza masih tidak berkelip matanya merenung ke luar jendela.

Mendengar kata-kata Eza itu maka secara automatik juga Aira turut memandang ke luar jendela. Kelihatan Zarif yang sedang basah kuyup. Dada bidangnya jelas kelihatan disebalik t-shirt putih yang basah itu. Rambutnya yang basah itu diraupkan ke belakang dengan tangannya yang penuh dengan timbulan urat. Tiba-tiba jantung Aira turut berdegup kenyang. 

"Aku ni nak kena sakit jantung ke ni?" Ngomel Aira di dalam hati sambil mengurut-ngurut dadanya.

"So sis...siapa tuh? Eza tak pernah tengok pun before this. Your new staff ke new boyfriend?" Eza masih tidak puas hati apabila Aira tidak menjawab soalannya.

"My new driver. " Ringkas jawapan Aira.

"Bukan Pak Hussien ke driver you? Mana dia..dah berhenti ke?" Soal Eza lagi.

"Ishh you ni banyak soal la Eza...dah..dah..pegi balik...kirim salam dekat papa you tu." Aira menarik tangan Eza yang sedang duduk di sofa lalu dibawanya Aira ke depan pintu.

Eza akur dengan tindakan Aira. Dia berjalan perlahan ke keretanya. Sebelum masuk ke dalam kereta Eza sempat tersenyum dan melambai tangan kepada Zarif yang sedang memerhatikannya dari jauh. Zarif hanya mengangguk kepalanya tetapi tidak membalas lambaian Eza itu.

"Gatal betul budak Eza ni..pantang nampak lelaki!" Aira mengomel perlahan. Eza membunyikan hon lalu meninggalkan perkarangan banglo itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience