Hari ini Aira mengajak Zarif makan nasi kandar. Katanya semenjak daddynya meninggal dunia 6 bulan lepas dia sudah jarang menikmati nasi kandar.
"Betul ke nak lunch nasi kandar?" Soal Zarif kepada Aira yang asyik menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
"Ermmm... Iyer.." Jawab Aira ringkas.
Zarif memecut kenderaan yang dipandunya menuju ke Restoran Kudu Abdul yang terletak Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"You bawak I pegi makan mana ni?" Soal Aira apabila dia mula menyedari Zarif mula memakir kereta di belakang kedai-kedai yang kelihatan usang.
"Lorr... Pegi makan nasi kandar la. Kata craving nasi kandar kan?" Zarif segera keluar dari kereta. Sinaran matahari pada tengahari itu telah mengganggu pandangan Zarif. Dia mencapai kaca mata hitamnya yang diletakkan di atas dashboard.
"Masalahnya I tak pernah datang sini!" Balas Aira yang masih tidak berganjak keluar dari kereta.
Zarif segera menanggalkan kaca mata hitamnya lalu digantung di leher bajunya. Aira yang tidak berganjak dari tempat duduknya membuatkan Zarif mendengus kuat. Pintu segera dibuka lalu ditarik lengan Aira keluar dari kereta.
"Ok..ok I keluar sendiri. Sakit tau you tarik lengan I ni!" Aira segera keluar dari kereta lalu digosok-gosok lengannya. Kain baju kurungnya yang terselak dibetul-betulkan.
"Opss sorry!" Ucap Zarif yang mulai rasa serba salah. Rasanya dia tarik lengan Aira tu perlahan sahaja.
Mereka berjalan seiringan menuju ke Restoran Nasi Kandar Kudu Abdul. Kelihatan orang mulai beratur panjang. Aira menjegil matanya kepada Zarif dan Zarif hanya mengangguk kepalanya.
"Nampak tak orang ramai beratur ni...maknanya kat sini sedap la..so nak proceed or tak?" Zarif cuba meyakinkan Aira.
"Takan kita nak beratur sepanjang ini?" Soal Aira.
"Takpa...saya tolong beraturkan. Aira pergi la duduk sana. Cepat...ada meja kosong tu!" Aira segera melangkah laju ke meja yang kosong itu.
Selang beberapa minit beratur, akhirnya mereka dapat menikmati nasi kandar tersebut. Aira sungguh berselera sekali dan Zarif hanya memerhatinya sahaja.
"Minah ni kalau makan memang tak control langsung. Tapi comel...badan kecik macam tu juga." Ngomel Zarif di dalam hati apabila melihat gelagat Aira.
Zarif segera menghulurkan tisu kepada Aira apabila kelihatan kari di pipi Aira. Aira mencapai tisu tersebut lalu dilap pipinya itu. Dia seolah-olah faham apa tujuan Zarif berikannya tisu itu.
Sedang mereka menikmati makanan mereka, tiba-tiba Aira rasa seolah-olah ada seseorang sedang memerhati mereka. Dia mulai rasa tidak senang duduk. Zarif mulai sedar dengan tingkah laku Aira yang serba tak kena.
"Kenapa?" Soal Zarif kepada Aira yang matanya liar seolah-olah mencari sesuatu.
"I rasa tak senang duduk la. Rasa macam ada orang memerhatikan kita. Girlfriend you kot!" Duga Aira. Bagai nak tersembur air yang diminum Zarif apabila mendengar kata-kata Aira tadi.
"Ishhh...Girlfriend saya ke boyfriend Aira yang duk jadi spy tu?" Zarif turut memerhati sekelilingnya. Mencari kelibat mata yang memerhatikan mereka.
"Boyfriend I mana ada kat Malaysia..jangan-jangan ada kat oversea. Kalau dia kat Malaysia dah lama dia contact I..So that's mean girlfriend you la kot." Jelas Aira lalu meneguk teh o ais.
"Siapalah yang nak jadi girlfriend saya ni. Dah la tak kaya...keje pun tak tetap. Macam mana saya nak bela anak orang." Zarif merendah dirinya.
"Really?abis tu..hari tu ber abang-abang tu apa dia?Dah..dah...jom hantar I balik office semula." Ajak Aira lalu dihulurkan kepada Zarif wang berjumlah RM50 untuk dibayar bil makanan mereka tadi. Selesai bil dibayar Zarif segera menghantar Aira pulang ke pejabat semula.
----------------------------------------------
Aira melangkah masuk ke pejabat setelah jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Anne yang berada di kaunter receptionist menyambut Aira dengan senyuman. Aira membalas senyuman Anne tanpa berkata apa-apa. Aira segera menuju ke ruangan pejabatnya. Kak Mira tiada di tempatnya. Barangkali sedang solat atau belum habis makan tengahari.
Mata terkebil-kebil menahan mengantuk. Agaknya penangan makan nasi kandar tadi kot. Dia segera berjalan menunju ke pantry untuk membuat secawan kopi. Selalunya dia akan minta Kak Mira atau Kathy untuk menyediakan kopi untuknya tetapi mereka berdua masih tidak ada di tempat masing-masing.
"Lorr...kat sini rupanya you all." Tegur Aira apabila kelihatan Kak Mira dan Kathy di pantry.
"Uhh..Cik Aira...sorry...cari akak ke?Nak keropok lekor tak?" Soal Kak Mira sambil mempelawa Aira.
"Sorry kak..i masih kenyang..tadi makan nasi kandar tapi mengantuk pulak. Boleh tak akak buatkan I kopi.." Pinta Aira.
"Sedap tuh..makan nasi kandar...tak ajak kitorang pun. Makan dengan siapa? Driver Cik Aira yang hensem tu ke?" Soal Kathy dalam nada gurauan.
"Iyerr...dengan dia. " Jawab Aira ringkas. Tiba-tiba mata Kak Mira dan Kathy saling berpandangan apabila mendengar jawapan Aira itu.
Aira mulai sedar pandangan Kak Mira dan Kathy itu. Dia masih menunggu Kak Mira untuk menyediakan kopi untuknya tapi Kak Mira masih tidak berganjak dari kerusinya.
"Akak..berapa lama I kena tunggu kopi dari you yer?Kathy...you ni i tengok interested betul dengan driver I tuh." Kak Mira bangun lalu segera membuat kopi kepada Aira manakala Kathy pula tidak keruan dengan soalan bossnya itu.
"Mana Cik Aira jumpa driver tu?Kalau ikutkan saya agak interested juga dekat dia." Dengan selamber Kathy menjawab soalan Aira itu.
"See..I dah agak dah..Sorry Kathy..he is not available." Spontan jawapan dari Aira.
"Alaa...dia dah kahwin ke?" Soal Kathy seolah-olah tidak percaya dengan jawapan Aira.
"I rasa dia tak kahwin lagi...tapi I rasa dia dah ada girlfriend kot. So..you jangan buang masa nak tackle driver I tuh yer. Terima kasih Kak Mira and jangan lama-lama duk kat sini yer." Aira segera menyambut secawan kopi dari Kak Mira lalu meninggalkan pantry tersebut.
Kak Mira dan Kathy turut segera meninggalkan pantry tersebut lalu menuju ke tempat duduk masing-masing setelah mendengar amaran daripada boss mereka.
Share this novel