Aira memandu Porsche Cayenne putih miliknya memasuki tempat letak kereta di Pavillion. Hari ini setelah sekian kalinya Aira akan berjumpa dengan Naim setelah hampir sebulan mereka tidak ke temu.
Dari satu butik ke satu butik Aira masuk. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Naim berjanji hendak berjumpa di Starbuck jam 1.00 petang. Aira melangkah perlahan-lahan mencari Starbuck. Aira sudah lupa di tingkat mana letaknya Starbuck. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda Whatsapp masuk.
Naim : Hai baby..I'm sorry. We cancel our dating today ok. I ade emergency. Ok sayang. Bye and take care. Love you. Muahss.
Aira : How dare you Naim?
Mesej Aira diam sepi tanpa dibalas oleh Naim. Aira kecewa. Lantas Aira menuruni escalator. Dress putih paras peha yang dikenakan oleh Aira jelas menampakkan seri di wajah Aira. Hendak jumpa buah hati mestilah perlu kelihatan menarik. Tapi malangnya buah hati tidak jadi hendak jumpa pulak.
Aira mengambil keputusan untuk window shopping jerlah. Aira terpandang seorang pemuda di hadapan butik Nike itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Berjaket hitam dan berkaca hitam membuatkan Aira ingat-ingat lupa.
"Macam pernah aku tengok la mamat ni?" Aira cuba ingat kembali di mana dia pernah berjumpa pemuda itu. Pemuda itu jalan keseorangan meninggalkan butik tersebut. Tiba-tiba pemuda itu menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diletakkan di atas kepalanya.
Aira mula mendekati pemuda itu apabila dia sudah mula mengingati siapakah pemuda itu.
"You..you..." Aira mendekati pemuda itu lantas menghalang laluan pemuda tersebut. Pemuda itu berkerut dahi keliru.
"Yes miss, may I help you?" Pemuda itu bertanya. Dia hairan kenapa gadis itu menghalang laluannya.
"We have meet before dekat Tasik Perdana la. Remember?" balas Aira.
"Owhh! Yang kaki terseliuh hari tu ye?" Pemuda itu memandang kaki Aira. Dia hairan kenapa la orang perempuan ni suka sangat pakai kasut tumit tinggi.
"Ha...ingat pun. So you sorang je ke ni?" Soal Aira.
"Agak-agak cik, ada sape kat sebelah ni?" seloroh pemuda itu sambil tunjuk kosong disebelahnya. Aira hanya tersenyum.
"Kalau macam tu boleh la I belanja you a cup of coffee sebagai tanda nak ucap terima kasih pasal hal tempoh hari. If you don't mind la." Aira menggayakan seperti sedang memegang secawan kopi.
"Only a cup of coffee je ke?" Pertanyaan pemuda itu membuatkan Aira hampir tergelak. Senyuman pemuda itu menggetarkan jantung Aira.
"Ok, fine...you nak makan ape? I belanja jer as you wish..." ujar Aira.
"Jom kita tengok dulu apa yang boleh di makan." Aira dan pemuda itu berjalan beriringan mencari tempat yang sesuai. Mereka memasuki ke Restoran Serai yang terletak di tingkat 7. Orang di restoran itu tidak ramai, jadi mereka bebas untuk duduk dimana sahaja.
"Actually I tak pernah makan dekat sini tau. This is my first time. Ok tak makanan kat sini?" Mata Aira melilau membaca buku menu.
"Saya suka makan dekat sini. Nasi kerabu kat sini memang sedap. Maklumla saya kan orang kampung. Menu Malaysia je yang boleh mengenyangkan saya." Pesanan makanan segera diambil oleh pelayan restoran.
"Oh really..so you ni mesti orang Kelantan yer sebab suka makan nasi kerabu kan?" teka Aira.
"Eh taklah!" balas pemuda itu ringkas.
"Kita dari tadi lagi sembang tapi nama pun tak tau kan?" Ujar Aira sambil tersenyum. Pemuda itu tergelak kecil.
"By the way nama saya Zarif. Cik pula nama ape?" Zarif memperkenalkan namanya.
"Me...Aira Hawarina. Panggil I Aira jer." Senyum Aira.
"Kaki yang terseliuh tu dah ok ke ? Saya tengok cik jalan pun macam tak berapa balance lagi tu." Zarif pelik tengok Aira jalan tak berapa betul lagi tapi tetap sanggup pakai kasut tumit tinggi.
"Actually sebenarnya tak ok lagi." Aira mengeleng-geleng kepalanya
"Then pakai kasut tinggi berinci-inci tu tak sakit kaki ke? Saya tengok awak jalan pun dah macam peguin tau. Hahaha" Zarif gelak besar.
"Amboi..amboi..samakan I dengan penguin yer. Nak buat macam mana..nak nampak lawa kan..."Aira menjelir lidahnya kepada Zarif. Zarif membalas semula dengan menjelir lidah kembali kepada Aira. Mesra sungguh mereka seolah-olah seperti sudah lama kenal.
"Jeng..jeng..nasi kerabu dah sampai." Pelayan meletakkan makanan yang dipesan di atas meja. Zarif teruja melihat nasi kerabu.
Mereka menikmati makanan yang dipesan. Sambil makan sambil berborak . Sesekali Aira gelak dan sesekali Zarif pulak gelak. Zarif lapar sungguh nampaknya. Dalam beberapa minit sahaja Zarif berjaya menghabiskan makanan di dalam pinggannya.
Pelayan menghantar resit dan baki wang yang dibayar. Mereka segera bangun untuk beredar. Tiba-tiba Zarif ternampak seakan-akan bendera Jepun dihadapannya. Jaket hitam yang dipakainya segera ditanggalkan. Zarif segera menghampiri Aira yang berjalan dihadapannya.
"Eh kenapa plak ni?" Aira terkejut apabila Zarif mendekatinya lalu mengikat jaket hitam ke pinggangnya.
"Aira...awak ni kalau tengah bendera Jepun pun berhati-hati lah sikit." Zarif memperketatkan ikatan jaket dipinggang Aira.
"Bendera Jepun!?" Aira masih tidak paham.
"Bendera Jepun pun tak paham ke? Kalau saya sebut period paham tak? Tuh kat belakang tu" Jari Zarif menunjuk-nunjuk ke belakang Aira. Zarif masih ingat lagi bila adiknya Zahlia panggil istilah bendera Jepun itu untuk datang haid.
"Ohh my God. Really?" Wajah putih Aira serta merta bertukar menjadi merah. Aira segera berjalan dengan pantas meninggalkan Zarif. Tiba-tiba Aira hilang dari pandangan Zarif.
"Dah macam hantu raya dah minah ni. Tiba-tiba terus je hilang." Zarif termanggu-manggu. Matanya liar mencari kelibat Aira tapi tidak jumpa.
Zarif ralat kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Aira kerana belanja dia makan tengahari. Lebih ralat lagi apabila jaket kesayangannya itu juga pun hilang mengikut Aira. Sepanjang makan tadi mereka lupa untuk bertukar-tukar nombor telefon.
"Sampai sini jelah nampaknya jodoh kita ye jaket ku sayang. Jaket oh jaket." Zarif menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu berjalan menuju ke stesen MRT. Dia perlu pulang segera kerana malam ini dia dah berjanji hendak bermain futsal dengan kawan-kawannya.
Share this novel