"Eh...main blah macam tu je mamat ni." Ngomel Aira.
Mak Imah hanya tersenyum dan mengeleng-geleng kepalanya melihat gelagat dua orang anak muda dihadapannya tadi.
"Aira ok tak ni? Mak Imah tengok dari tadi diam jer bila Zarif tanya? Marah dengan Zarif ke?" Soal Mak Imah.
"Yer Mak Imah..saya memang tengah marah dengan Zarif tadi. Mintak tolong sikit pun tak boleh?" Muncung Aira.
"Ooo Mak Imah dah agak dah..." Mak Imah tersenyum. Dia faham sangat dengan kelakuan Aira ni. Kalau ada yang dia nak mesti dia nak dan akan cuba dapatkan jugak. Tak boleh cakap tidak. Anak manja arwah Tan Sri Ahmad Zainudin ini yang sentiasa dipenuhi apa sahaja permintaannya.
"Aira kena ingat..Zarif tu muda lagi..dia pun ada kerja yang dia kena buat. Dia jadi driver sekejap ni pun sebab Pak Hussain yang mintak tolong. Kita pun tak tahu apa masalah dia." Aira mengangguk kepalanya tanda faham.
Tiba-tiba Aira mencapai handphonenya dan terus mendail nombor telefon Pak Hussain.
"Assalamualaikum Pak Hussain. Apa khabar?" Aira memberi salam sebaik dia mendengar suara Pak Hussain di talian.
"Waalaikumsalam Cik Aira. Pakcik khabar baik je. Alhamdulillah operation pun berjalan dengan baik. Macam mana dengan perjalanan ke Pulau Pinang hari tu..ok tak?" Soal Pak Hussain.
"Ohh ke Penang tu..ok je.." balas Aira.
"Driver yang pakcik mintak ganti tu ok ?" Soal Pak Hussain lagi.
"Zarif tu...ok jer dia..ala saya pernah jumpa dia la sebelum ni la Pak Hussain."
"Ohh kenal ke? Kalau macam tu bagus la kalau Cik Aira dah kenal dia.Bagus budak tu." Pak Hussain tersenyum.
"Pak Hussain...Zarif tu keje ape sebenarnya?" tiba-tiba Aira bertanya tentang Zarif.
"Yang pakcik tahu sebelum ni dia jadi cikgu sementara lepas tu dia dah abis kontrak dah..katanya tunggu keputusan panggilan untuk sambung belajar." Jelas Pak Hussain.
"Kalau macam tu maknanya sekarang ni dia tak bekerja la yer." Soal Aira lagi.
"Kira macam tu lah kot..yang pakcik tahu sekarang ni dia buat macam-macam keje janji leh dapat duit..." teka Pak Hussain.
"Gini..alang-alang tengah cari keje kan..saya ingat nak dia gantikan kejap Pak Hussain sementara nak tunggu Pakcik betul-betul sihat. Apa pandangan pakcik?" Aira bertanya pendapat Pak Hussain dahulu agar orang tua tu tak berkecil hati.
"Ooo..gitu..elok sangat la kalau macam tu. Aira pun selalu busy ke hulu ke hilir..bila ada yang gantikan pakcik tolong Aira drive tu kira lega la sikit pakcik. Kalau tak pakcik risau dan jadi serba salah sebenarnya." Pak Hussain mengurut dadanya tanda lega.
" Kalau macam tu boleh tak pakcik pujuk dan bagi tahu Zarif pasal hal ni?" Pujuk Aira.
"Jangan risau Cik Aira..insyallah ok..nanti pakcik bagitau Zarif yer!"
"Terima kasih Pak Hussain. Jaga diri ye... Assalamualaikum." Aira mematikan panggilan telefonnya.
---------------------------------------------------
Whatsapp...
Aira : Hai sayang. You dekat negara mana sekarang ni?
Naim : Hai baby!
Aira : Oh.. Finally i can get you! Miss you sayang!
Naim : Miss you too... I dekat Australia sekarang ni. Next Friday baru i balik Malaysia. See you soon sayang.
Aira : Alright.. I'm waiting for you
Kemudian whatsapp Aira tidak dibalas Naim. Aira tersenyum keseorangan. Tak sabar rasanya dia hendak berjumpa Naim nanti.
"Ada boyfriend pun macam takde boyfriend. Nak dating pun sebulan sekali pun belum tentu. Aira.. Aira... Betul ke relationship kau dengan Naim ni?" Bicara Aira di dalam hati.
Hubungannya dengan Naim hampir 3 tahun seperti tidak tahu penghujungnya. Namun begitu Aira setia dengan Naim. Jejaka yang dikenalinya masa dia mula-mula pulang dari New York. Dari bertegur di KLIA hinggalah mereka sempat bertukar nombor telefon. Naim yang bekerjaya sebagai seorang juruterbang pastinya seorang yang sibuk dan jarang berada di Malaysia. Aira hanya mampu pasrah.
Share this novel