EPISOD 17

Romance Series 4310

"Assalamualaikum Lia!" Jerit Zarif sebaik sahaja dia mendengar suara Zahlia di talian.

"Waalaikumsalam... Abang ni dah kenapa jerit kuat-kuat. Lia dengar la suara abang tu." Geram betul Zahlia apabila dia mendengar abangnya memberi salam dalam nada kuat.

"Ohh.. Adik abang dengar ye.. Ingatkan dah tak dengar. Manalah tau kan kot-kot dah tak dengar lepas kes anak Makcik Fatimah main mercun hari tu." Usik Zarif.

"Haa tuhla kan.. Lia sebenarnye takut jugak kot-kot tetiba jadi pekak.. Sebab 5 hari jugak la Lia duk rasa berdengung je telinga ni." Jelas Zahlia.

"Lia.. Ibu ada kat umah tak tu?"

"Ada.. Ibu kat dapur tengah buat lepat pisang."

"Alaa.. Nape ibu tak tunggu abang balik baru ibu buat lepat pisang tu?" Zarif dah tak keruan apabila dia ketahui ibunya sedang masak kuih kegemarannya.

"Dah tu.. Abang tu...bila nak balik sini?" Soal Zahlia.

"Ermm tak tahu lagi la Lia... Abang sekarang ni jadi driver orang kaya kejap. So susah la abang nak cuti sekarang ni."

"Hari minggu ni abang balik la.. Nanti Lia suruh ibu masak lagi lepat pisang. Boleh la abang makan puas-puas nanti." Cadang Zahlia.

"InsyaAllah... Nanti kalau jadi abang roger Lia semula yer. Kirim salam dekat ibu tau. Abang kena letak phone ni. Ada call masuk plak ni."

"Ok abang. Take care tau. Assalamualaikum." Zahlia segera mematikan perbualannya dengan Zarif  apabila dia kedengaran Zarif seperti kalut sahaja.

----------------------------------------------------

"Waalaikumusalam.." Sebaik sahaja Zahlia mematikan talian Zarif segera menjawab panggilan yang masuk ke handphone nya itu.

"Zarif.. Mak Imah ni." Mak Imah memperkenalkan dirinya di talian.

"Ye Mak Imah.. Ada apa tu call saya?" Soal Zarif.

"Cik Aira... Dia tak sihat. Katanya sakit perut sangat sampai muntah. Ni tengah duk berguling-guling dalam bilik. Boleh tak kamu bawak dia ke hospital? Mak Imah bukannya reti bawak kereta." Rayu Mak Imah.

"Owhh.. Ok.. Ok nanti saya datang sana yer. Mak Imah tunggu kejap tau."

Pak Hussin tak sihat lagi dari kemalangan tempoh hari. Jadi sebagai pemandu sambilan memang Zarif la yang kena ambil tanggungjawab itu.

"Ermm hairan betul aku.. Takan  la dekat rumah yang besar tu ada Cik Aira dengan Mak Imah je. Abang ke adik ke boyfriend ke takan la takda yang nak tolong hantarkan ke hospital?" Zarif berteka-teki di dalam hatinya sambil segera menyarung t-shirt putih dan seluar jeansnya.

Dalam tidak sampai 20 minit Zarif sudah sampai ke banglo mewah itu. Bertapa lajunya Zarif menunggang motosikalnya membelah neon-neon lampu pada waktu malam itu. Kepalanya hanya fikir untuk segera sampai sahaja.

Sebaik sampai ke rumah agam itu, kelihatan Mak Imah di hadapan pintu rumah. Zarif segera mengikuti Mak Imah ke bilik Aira. Kelihatan Aira sedang terbaring sambil mengusap-usap perutnya tanda sakit. Mukanya berkerut apabila kelihatan Zarif dihadapan pintu biliknya.

"Zarif, tolong I Zarif.. Sakit!!" Menggigil suara Aira menahan sakit.

"Ok.. Ok.. Jom kita pergi hospital sekarang." Zarif cuba mententeramkan Aira. Mak Imah segera menghulurkan sehelai t-shirt merah kepada Zarif untuk disarungkan kepada Aira kerana Aira ketika itu hanya bersinglet dan berseluar pendek paras paha.

"Baju kelawar takde ke Mak Imah? Senang... terus sarung je." Zarif spontan.

"Dalam I tengah sakit boleh tak you jangan nak buat lawak..? I nak gelak pun tak boleh tau" Pantas jari Aira mencubit perut Zarif.

"Nah jaket dan seluar ni pun ok kot Mak Imah." Dengan selumber Zarif membuka  almari baju Aira. Aira hanya memerhati sambil menahan sakit.

Mak Imah membantu Aira memakai jaket dan seluar katok yang diserahkan oleh Zarif tadi.

"Aduss takde taste langsung mamat ni. Seluar ni juga yang dipilihnya." Ngomel Aira tapi dipakai la juga seluar itu kerana dia sudah tidak sabar untuk ke hospital. Sudah tak sanggup lagi dia menahan kesakitannya itu.

Mak Imah membantu Aira menuruni tangga. Aira sudah tidak daya untuk menuruni anak tangga itu satu persatu. Tiba-tiba pandangan matanya gelap dan akhirnya Aira melepaskan tangannya dari genggaman tangan Mak  Imah.

Zarif yang berjalan dihadapan Aira dan Mak Imah mula memalingkan kepalanya ke belakang apabila dia terdengar Mak Imah menjerit.

Kelihatan Aira menutup matanya dan melepaskan tangannya dari bantuan Mak Imah. Aira pengsan.

"Ya Allah..." Zarif segera menyambut Aira sebelum Aira tersungkur di tangga. Amat bahaya sekali kalau terjatuh di tangga.

Zarif segera mengendong Aira menuju ke kereta. Mak Imah hanya mengekor dari belakang. Dihulurnya kepada Zarif beg tangan Aira kerana dokumen Aira di dalamnya.

"Jom Mak Imah!" ajak Zarif.

"Zarif pergi la dulu. Mak Imah tak bersiap apa ni. Aira tu kena cepat sampai ke hospital." Zarif angguk dan akur apabila dia melihat Mak Imah masih dalam keadaan bertelekung sembahyang lagi.

"Baiklah Mak Imah. Apa-apa hal nanti saya bagi tahu Mak Imah yer."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience