"Assalamualaikum ibu." Zarif memberi salam di talian kepada ibunya.
"Waalaikumsalam Abang. Anak ibu sihat tak ni?" Soal Mak Zaitun.
"Abang sihat ..alhamdulillah ibu..ibu dan Lia sihat tak tuh?" Jawab Zarif dengan nada lemah.
"Abang ni sihat tak ni?Ibu dengar suara abang lemah je nih?" Mak Zaitun dapat merasai anaknya itu tidak berapa sihat melalui nada suara Zarif yang tidak ceria itu.
"Ibu...mula-mula sekali abang nak mintak maaf dekat ibu jika abang buat silap dan salah dan buat ibu sedih dan kecewa.."
"Aik..lain macam bunyinya ni...kenapa ni abang..cuba abang terus terang dengan ibu?" Mak Zaitun mulai rasa ada yang tidak kena dengan Zarif.
"Ibu...abang sebenarnya nak mohon maaf banyak-banyak jika apa yang abang nak cakap ni buat ibu terkejut.Sebenarnya abang nak mohon restu ibu yang abang nak kahwin esok!" Suara Zarif kedengaran lemah untuk menyatakan hasratnya kepada ibunya.
"Apa...?? Dah kenapa tiba-tiba? Abang nak kahwin dengan siapa?" Bertalu-talu soalan Mak Zaitun.
"Abang terpaksa ibu. Abang nak kena kahwin dengan Cik Aira. Nanti abang balik sana abang cerita segalanya. Tapi yang pasti sekarang ni abang nak mohon restu daripada ibu."
"Ya Allah.. Dengan Cik Aira rupanya. Takpelah abang.. Ibu percaya mesti ada sebabnya kan. Ibu restu dan redha dengan apa yang berlaku. Nanti dah selesai semuanya abang bawak la Cik Aira tu datang sini." Mak Zaitun amat terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Zarif. Dia pasti mesti ada sebab tertentu Zarif bertindak demikian.
" Terima kasih ibu. Kalau ibu dapat datang sini esok lagi bagus tapi abang memang tak sempat nak balik sana ambik ibu dan Lia. Tapi apa-apa pun abang cuba usaha apa yang mampu."
"Takpe abang.. Ibu faham.." Jawab Mak. Zaitun ringkas dan cuba menahan sebak. Kalau ikutkan dia teringin sangat nak tengok Zarif menikah tapi bukan dalam keadaan macam ini.
"Terima kasih ibu.. Terima kasih ibu.." Berkali-kali Zarif mengucapkan terima kasih kepada Mak Zaitun.
----------------------------------------------
Selesai sahaja akad nikah di pejabat agama masing-masing semua berkumpul di banglo Aira. Majlis akad nikah yang tiada sebarang kenduri dan hanya diketahui oleh beberapa ahli keluarga yang terdekat sahaja.
Di ruang tamu kelihatan Tan Sri Omar, Zarif, Aira, Amirul, Eza dan Ezal sahaja. Mak Imah di dapur sedang menyiapkan sedikit makanan untuk tetamu yang hadir.
"Zarif sini sekejap." Tan Sri Omar mencuit bahu Zarif lalu mengajak ke sebuah meja bulat di tepi kolam renang. Zarif menurutinya dari belakang.
"Ye Tan Sri." Zarif mulai risau dengan ajakan Tan Sri Omar itu. Takut silap haribulan kena humban dalam kolam pulak.
"Tak payah panggil Tan Sri.. Panggil Pak Long je.. Zarif sekarang ni dah jadi sebahagian ahli keluarga ni." Terkejut Zarif apabila melihat kelakuan Tan Sri Omar yang jauh berbeza daripada semalam. Semalam Tan Sri Omar begitu agresif seperti dirasuk hantu.
" Erkkk baik Pak Long." Jawab Zarif yang acuh tak acuh untuk menyebutnya.
" Sekarang ni Pak Long nak kamu jaga Aira baik-baik. Pak Long nak lepaskan semua tanggungjwab kepada kamu untuk jaga, sayang dan bimbing Aira menjadi isteri kamu yang baik." Tan Sri Omar menyerahkan amanat kepada Zarif.
"Insya-Allah Pak Long saya cuba yang terbaik." Mendengar jawapan Zarif itu Tan Sri Omar segera menepuk perlahan bahu Zarif tanda berpuas hati dengan jawapan yang diberi Zarif.
----------------------------------------------
Tan Sri Omar, Eza dan Ezal sudah pulang sebaik sahaja mereka selesai makan tengahari yang disediakan oleh Mak Imah. Aira yang masih berbaju kurung putih segera masuk ke biliknya. Tinggallah Zarif dan Amirul diruang tamu sambil minum teh o panas yang disediakan oleh Mak Imah.
"Mirul... Jom la kita balik. Semua orang dah balik ni." Ajak Zarif yang serba tak keruan.
"Apa kita plak... Sepatutnye aku yang balik.. Kau tu patut stay kat sini je." Jawab Amirul sambil melemparkan senyuman nakal kepada Zarif.
"Jom la.. Aku nak balik. Kau tengok tu.. Aira pun buat tak tahu je kat aku. Baik aku balik jer." Suara Zarif perlahan supaya tidak didengari Aira.
"Abis tu.. Malam pertama kau macam mana?" Usik Amirul.
"Kepala otak kau.. Itu yang kau fikir. Kurang asam betul." Zarif segera membaling bantal kecil di sofa itu kepada Amirul.
Hampir 1 jam Zarif dan Amirul lepak diruang tamu tapi Aira masih lagi tidak keluar dari biliknya. Entah apa yang dibuatnya lama sangat. Sudah 2 cawan teh o panas diminum oleh Zarif dan Amirul maka akhirnya mereka minta undur diri kepada Mak Imah.
Share this novel