"Assalamualaikkum Mak Imah." Tegur Zarif kepada Mak Imah yang sedang leka di dapur.
"Waalaikumsalam...Lorr kamu Zarif..dah balik yer?Bila sampai?" Soal Mak Imah.
"Saya sebenarnya dah dekat 30 minit dah sampai..tadi sembang-sembang dengan Sati dan Wak Sudir kejap kat depan tuh," Terang Zarif.
"Awal kamu balik..selalu malam atau tengah malam baru sampai." Soal Mak Imah sambil tangan ligat membuat kerja dapur.
"Saya hari ni takda kuliah..tumpang kawan balik ke KL tu yang hari ni sampai awal. Lagi pun saya dah start cuti semester ni." Jawab Zarif sambil menghulurkan kepada Mak Imah bungkusan Jeruk Pakli.
"Mak Imah nak tanya sikit boleh tak?" Soal Mak Imah sambil menuang teh o panas ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Zarif.
"Tanya apa tu? Takkan la tak boleh kot.. Kang Mak Imah mogok taknak masak kang lapar la saya nanti." Senyum Zarif.
"Kamu dengan Aira ok ke?" Soal Mak Imah.
"Ermm... So far alhamdulillah.. Saya tengok dia layan saya ok jer." Zarif meneguk teh o panas dihadapannya.
"Kalau macam tu alhamdulillah.. Lega Mak Imah dengar. Kamu kena jaga Aira tu elok-elok. Mak Imah besarkan dia dari kecik jadi Mak Imah dapat tengok sendiri perjalanan hidup dia."
"Insya-Allah Mak Imah. Kenapa Mak Imah... Dia ada cakap apa-apa ke pasal saya? " Zarif mulai risau.
"Takda la.. Cuma sejak kamu jadi suami dia Mak Imah tengok dia sentiasa happy, ceria je.."
"Ermm.. Alhamdulillah la kalau macam tu. Dia pun macam boleh terima saya je.. Dan saya pun rasa macam tu juga. Mak Imah doa-doakan la untuk kami." Ujar Zarif.
"Lepas arwah Tan Sri dan Puan Sri meninggal dia macam hilang arah. Hari-hari pegi kelab malam sampai tiba-tiba kawan baik dia pulak meninggal baru dia berhenti buat benda tu. Jadi kamu sebagai suami bimbing la dia yer." Pinta Mak Imah. Zarif hanya mengangguk tanda faham.
" Insya-Allah Mak Imah... Saya cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk Aira tu. Terima kasih Mak Imah."
Setelah menghabiskan teh o panas itu Zarif segera ke laman rumah. Dia meminta dari Wak Sudir untuk membantu siram pokok-pokok bunga. Boring sebab tak buat apa-apa katanya. Usai siram pokok Zarif berehat pula di tepi kolam renang sambil membaca buku dan kemudian dia terlelap di atas kerusi kayu di situ.
Tengah selesa tidur dengan aman diiringi angin yang sepoi-sepoi tiba-tiba Zarif terasa ada jari halus menutup matanya.
"Cuba teka siapa?" Aira tersengih-sengih.
"Ermmm.. Jennifer Lopez!"
"Bukan..."
"Hanna Delisha kot.." Zarif buat - buat tak tahu.
"Bukan la... Ni Aira la... Amboii Abang... Gatal ye!" Jari Aira laju mencubit Zarif.
"Adoii sakit la sayang!" Tangan Aira ditangkap Zarif lalu dia menarik Aira jatuh ke pangkuannya.
Aira yang kini berada di atas riba Zarif hanya tersenyum memandang suami tercinta. Zarif memeluk erat Aira melepaskan rindu kepada isterinya itu. Aira hanya tersenyum sambil mengelus-elus rambut suaminya itu. Dia rasa bahagia sangat ketika itu. Begini rupanya perasaan orang yang sudah berkahwin bila pasangan masing-masing berjauhan.
"Abang nak balik tak bagitau pun kat sayang'' Aira mencebik bibirnya sambil mengelus-elus rambut Zarif. Zarif terasa asyik.
"Hensem juga suami aku ni." Hati Aira berkata.
"Nak suprise kan sayang.. Amacam... Terkejut tak?"
"Yerr.. Terkejut sangat.. Sangat. Sangat.." Aira buat-buat terkejut. Sebenarnya Mak Imah yang menelefon memberitahunya.
"Abang...miss you!" Ungkap Aira dalam nada manja. Zarif mengangguk kepalanya dan tersenyum nipis hingga menampakkan lesung pipitnya.
Dari jauh Mak Imah mencuri pandang. Mak Imah dapat melihat raut wajah Aira yang penuh kebahagiaan. Dicuitnya Pak Hussein yang sedang meneguk secawan teh o panas.
"Sin.. Sin.. Tengok tu.. Amboi bukan main berpangku-pangku budak-budak ni. Hari tu kena paksa kahwin bukan main menangis-nangis taknak.. Hehe..." Terkekek Mak Imah bila terkenangkan peristiwa malam itu.
"Ermm.. Tengah bahagia la tu.. Jangan dikacau.. Biarkan aje.. Orang tengah mabuk bercinta la tu. Jarang nak nampak Aira happy dan bahagia camtu." Pak Hussein turut bangun dari kerusinya dan intai pasangan dua sejoli yang sedang berkasih. Dia tersenyum lebar.
"Harap bahagia selamanya la mereka ni. Zarif memang orang yang selayaknya untuk bersama dengan Aira. Bila dia kahwin dengan Aira lega sungguh saya. Tan Sri Omar pun tak cakap apa-apa dah.." Sambung Pak Hussien lagi.
Kelihatan kereta Tan Sri Omar meluncur masuk ke perkarangan rumah itu. Dari jauh Tan Sri Omar dapat memerhati Aira dan Zarif sedang bergurau senda di tepi kolam renang. Tan Sri Omar tersenyum melihat anak buahnya sedang bahagia sehingga tidak menyedari kehadirannya.
Adengan tarik-menarik dan tolak menolak antara Aira dan Zarif di tepi kolam itu telah membuatkan Tan Sri Omar mengekek kecil. Dalam hatinya berkata, " Isshh budak dua orang ni dah macam budak-budak kecik dah aku tengok. Si Aira ni pun...amboii gelak tak reti nak control langsung."
Tan Sri Omar tidak terus ke pintu rumah tetapi terus mendapatkan Aira dan Zarif. Dia berjalan menuju ke kolam renang.
"Assalamualaikum..." Tan Sri Omar memberi salam dan sekaligus mematikan gurauan senda Aira dan Zarif sebentar tadi.
"Waalaikumsalam Pak Long!"
"Waalaikumsalam Tan Sri!"
Serentak Aira dan Zarif menjawab salam. Mereka segera salam Tan Sri Omar.
"Amboii...bahagia nampak!" Tan Sri Omar membuka bicara.
Aira dan Zarif saling berpandangan. Mereka tidak tahu samada Tan Sri Omar ini perli mereka atau sebaliknya. Muka Aira yang putih itu secara automatik bertukar merah kerana malu manakala Zarif pula mengangguk kepalanya dan tersenyum.
"Pak Long datang ni sebenarnya saje nak jenguk anak buah Pak Long ni. Lama tak jumpa kamu berdua yer Zarif lepas nikah hari tu. Apa khabar?" Jawapan Pak Long itu jelas memberi kelegaan kepada mereka berdua.
"Alhamdulillah baik.." Zarif menarik nafas kelegaan.
"Aira masuk dalam kejap yer Pak Long..nak mintak Mak Imah tolong buatkan air." Aira segera mencari Mak Imah di dapur.
Tan Sri Omar dan Zarif berjalan menuju ke meja bulat yang berada di situ. Masing-masing melabuhkan punggung di kerusi besi yang tersedia.
"Kamu dengan Aira ok?" Soal Tan Sri Omar.
"Erkk..so far ok." Acuh tak acuh Zarif menjawab pertanyaan Tan Sri Omar. Dia takut kalau salah jawab kang tak pasal-pasal di tembak pulak.
"Yang kamu nervous sangat ni dah kenapa...Pak Long ni menakutkan sangat ke?" Senyum Tan Sri Omar.
"Ehhh tak lah lah...hehehe..." Zarif tergelak kecil. Dia teringat peristiwa diacukan pistol oleh Tan Sri Omar tempoh hari.
"Lama Pak Long tak nampak kamu...kamu pergi mana?Pak Long dengar kamu sambung belajar. Betul ke?" Soal Tan Sri Omar.
"Yer Tan Sri...Erkkk Pak Long...yer saya sambung belajar." Zarif masih janggal menggunakan perkataan Pak Long.
"Dah sambung belajar tu abis tu Aira macam mana? Siapa nak jaga dia? Kerja kamu macam mana?" Bertubi-tubi soalan Tan Sri Omar.
"Pak Long jangan risau..saya mintak Mak Imah dan Pak Hussein tolong tengokkan. Setiap dua minggu atau kalau tak busy saya akan balik sini. Pasal kerja tu memang saya kena berhenti la. Saya ingat nak buat partime kat sana tapi ...ermmm...masa saya ni...tapi saya boleh usahakan camna nanti." Berpeluh-peluh Zarif memberi jawapan seolah-olah mengadap Tuan Hakim.
" Macam mana kamu nak manage masa kamu.. Dengan rumahtangga la study la and then kerja pulak.. It's hard kan? " Soal Tan Sri Omar yang membuatkan Zarif kelu.
" I'll try my best. Insyallah." Jawab Zarif.
"Bila kamu dah buat partime kerja , kamu ingat senang ke nak selalu balik sini jenguk Aira. Silap haribulan kang tak balik langsung. Pak Long taknak Aira diabaikan ye Zarif. If not you will regret it." Kata- kata Tan Sri Omar yang seolah-olah mengugutnya.
"I have no choice Pak Long nak survive my life kat sana." Jelas Zarif.
"Ermm... Pak Long nak tanya you something ni..Before this you are an architect at Azman Architect Sdn. Bhd rite?" Tan Sri Omar memandang Zarif dan menunggu jawapan daripadanya.
"How you know that Pak Long!??" Terbuntang biji mata Zarif apabila mendengar soalan daripada Tan Sri Omar.
"Come on Zarif.. You still don't know me?Jangan tanya macam mana sebab i can get if i want it.." Tan Sri Omar tersenyum sinis.
Zarif mengangguk kepalanya tanda faham. Ye.. Siapa tak kenal Tan Sri Omar ni.. Ahli korporat yang hebat dan pastinya banyak 'kaki' dan 'mata-mata'.
" Zarif.. Kamu tak payah la nak buat partime kerja yer.. Pak Long support your study for 2 years.. Just focus to your study and Aira. Ok?Kalau RM2000 sebulan cukup tak life kat sana tu? " Tawaran Tan Sri Omar telah mengejutkan Zarif.
"Allahuakbar.. Pak Long lebih daripada cukup.. Segan sungguh saya dekat Pak Long.. Insyallah saya akan bayar..... "
"Tak payah la nak bayar balik semula.. Pak Long ikhlas ni.. Tapi ada syaratnya yer..." Belum sempat Zarif habis ayatnya.. Tan Sri Omar telah memotong kata-katanya. Wah...ada syarat pulak!?
Hai semua sorry lambat update.. Hope korang enjoy... Cuba komen sikit..
Share this novel