SETAHUN YANG LALU
Malam itu Adam datang semula ke pejabat selepas selesai solat terawih. Dia hendak menyelesaikan kerjanya yg lagi 2 hari perlu dibentangkan kepada klien.
Bulan Ramadhan memang semua kakitangan akan pulang awal. Dalam suasana malam yang sepi di pejabat itu tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak menganggu tumpuan kerja Adam.
"Ah.. Ah....please baby I want it.." Rengekkan suara seorang perempuan di dalam bilik Azizul.
Rengekan itu makin kuat dan menjadi-jadi pula. Adam segera mencari arah bunyi itu. Ya... Bunyi itu datang dari pejabat Azizul. Pintu tidak dikunci akhirnya tanpa banyak berkata Adam meluru masuk ke bilik Azizul. Kelihatan seorang perempuan yang dalam keadaan separuh bogel manakala Azizul pula dalam keadaan berbogel.
"Astagfirullahalazim... Encik Azizul!!! Apa ni? Kenapa buat maksiat dalam pejabat ni?" Suara lantang Adam itu telah membuatkan Azizul dan perempuan itu terkejut. Perempuan itu segera menurunkan skirtnya yang telah tersingkap hingga ke atas.
"Kurang ajar... Berani kau meluru masuk ke bilik aku sesuka hati." Azizul yang tadi dalam keadaan bogel segera mengenakan seluarnya.
"Masalahnya sekarang ni Encik Zul tak kunci pintu.. Lagi satu... Come on Encik Zul sekarang ni bulan Ramadan. Kenapa buat maksiat di bulan Ramadan dan kat tempat kita mencari rezeki?" Bebel Adam. Dia sudah tidak peduli walaupun Azizul itu majikannya.
"Dahh.. Kau tak payah nak jadi ustaz sangat. Kalau aku tahu kau bocor hal ni dekat siapa-siapa... Siap lah kau!!" Ugut Azizul.
"Astagfirullahalazim.." Adam hanya mengeleng-geleng kepalanya.
"Jom baby.. Kita pergi kat tempat lain yang lagi senang kita nak ehem.. Ehem.." Azizul mengenakan bajunya lalu menarik tangan gadis itu dan meninggalkan pejabatnya.
Perempuan itu sempat mengerling dan melemparkan senyuman kepada Adam. Adam merenung tajam Azizul sehinggalah Azizul hilang dari pandangan matanya.
Selang beberapa minggu kemudian Azman Architect Sdn. Bhd kecoh dengan kehadiran Puan Suraya mengamuk di pejabat suaminya, Azizul. Bergegar pejabat dengan suara nyaring Puan Suraya itu. Ada kakitangan yang menyibuk dan ada juga kakitangan kusyuk dengan kerja masing-masing. Adam terdengar kekecohan itu tetapi dia buat tak tahu sahaja kerana dia seakan-akan sudah tahu akan sebabnya.
Puan Suraya keluar dari bilik Azizul dalam keadaan muka bengis. Dia berjalan dan melalui ruangan kerja Adam. Puan Suraya melemparkan senyuman kepada Adam dan Adam menyambutnya dengan anggukan. Puan Suraya memang mengenali Adam kerana Datuk Azman sering memuji dan menyebut nama Adam apabila mereka bersembang.
Mohd Adam Zarif merupakan salah seorang kakitangan Azman Architect Sdn. Bdn yang paling disayangi oleh Datuk Azman. Kerajinan, ketekunan dan ketelitian Adam dalam menyiapkan segala projek amat memuaskan hati Datuk Azman dan pelanggan syarikat. Jadi tidak hairan la kalau Datuk Azman sangat hormat dan sayang Adam.
"Tak guna punya Adam.. Mesti kau bagi tahu bini aku ni." Azizul mengepal tangannya lalu menumbuk meja dihadapannnya. Habis berterabur segala kertas-kertas di atas meja itu.
Azizul meluru ke tempat Adam lalu memberikan satu tumbukan tepat ke perut Adam. Adam yang kusyuk mengadap komputer terkejut dengan tindakan Azizul. Dia terasa senak dengan tumbukan itu.
"Aduhhh... Apa ni Encik Zul?" Adam menahan sakit. Kakitangan yang lain semua terkejut dengan tindakan Azizul itu. Masing-masing tertanya-tanya.
"Kau memang nak kena dengan aku kan! Siaplah kau nanti!!Aku memang tak puas hati betul dengan kau ni.Kau memang bernasib baik sebab papa aku jer..kau tengoklah nanti!!" Azizul memberi amaran dalam nada yang cukup tegas. Perasaannya membuak-buak marah.
"Aku dah agak dah...mesti dia ingat aku yang bagitau bini dia..Nasib kau la Azizul...Sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya ke tanah juga.." Adam menyambung semula kerjanya. Kakitangan yang menyaksikan kejadian tadi mulai hairan kerana Adam tidak menjawab malah tidak juga mempertahankan dirinya.
--------------------------------------------------------
"Encik Adam..boleh tak datang ke bahagian HR sekejap jumpa Puan Aida?" Suri salah seorang kakitangan di Bahagian Sumber Manusia menelefon Adam.
"Ok..boleh...sekejap yer Cik Suri..nanti saya ke sana." Adam mulai cemas. Semua orang akan cemas kalau tiba-tiba Bahagian Sumber Manusia hubungi kita.
Beberapa minit kemudiaan Adam muncul di pejabat Bahagian Sumber Manusia. Dia membetul-betulkan tali leher yang dipakai sebelum berjumpa Puan Aida, Pengurus Bahagian Sumber Manusia.
"Hai Adam...come..please come in.." Puan Aida pelawa Adam masuk sebaik sahaja dia menyedari Adam berada di depan pintu biliknya.
Adam mengangguk lalu masuk ke dalam pejabat Puan Aida. "Hai Puan Aida."
"Sorry yer Adam...I'm very sorry ...ni surat untuk you..you baca dulu yer..." Puan Aida menghulurkan sepucuk surat kepada Adam.
Adam membuka surat berkenaan dengan penuh berdebar. Dia tidak menyangka sehingga sebegitu dia dianiaya.
"Puan Aida..ni semua tak benar ni. Saya dianiaya ni..."
"Sorry Adam..i rasa you boleh bagi surat tunjuk sebab bukti yang you tak buat kerja-kerja tuh." Puan Aida pun sebenarnya tidak percaya tetapi demi menjalankan tugas dia terpaksa.
"Buat masa ni you digantung bertugas selama 2 minggu dan dalam masa 2 minggu ni you kena sediakan surat tunjuk sebab. I'm sorry Adam."
"Allah..Allah...baiklah." Adam meraup wajahnya dan berlalu pergi meninggalkan pejabat Bahagian Sumber Manusia.
Hai semua.. Sorry lambat update
Share this novel