Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Zarif sudah tersengguk-sengguk di hadapan televisyen.
"Tido sini jerla Abang. Dah malam sangat ni. Abang pun ibu tengok macam dah ngantuk sangat tu." Ujar Mak Zaitun apabila dia melihat Zarif tersengguk-sengguk.
"Ibu.. Abang ok jer cuma takut Cik Aira tu je kang nak balik juga malam ni. Dah la hari ni dia tak masuk office. Takut nanti dia nak masuk office juga esok." Zarif mengosok-gosok matanya sambil melihat jam tangannya.
"Alah.. Lia cakap Aira tu tengah nyenyak tido jer tu. Esok la kot baru dia bangun. Letih kena kejar dengan angsa gamaknya." Mak Zaitun tergelak kecil mengingatkan peristiwa petang tadi. Zarif turut tergelak sambil mengangguk kepalanya.
Zarif dah terbaring di atas sofa depan televisyen. Dia terlelap di sofa itu. Jam sudah 4.00 pagi. Aira terjaga dari tidurnya kerana tiba-tiba perutnya memulas-mulas. Suasana rumah agak gelap gelita dan hanya kedengaran bunyi cengkerik. Aira takut untuk ke tandas. Zarif yang sedang lena di sofa dikejutnya.
"Zarif... Wake up.."
"Ye ada apa Cik Aira.. Nak balik sekarang ke?" Zarif bertanya dalam keadaan terpinga-pinga.
"No.. Dah tengah malam ni. Balik esok jerla. I sakit perut la Zarif. Boleh tak teman I ke toilet. Gelap sangat la rumah ni. I tak nampak apa-apa. Please..." Aira menarik - narik hujung lengan baju Zarif persis seperti anak kecil.
"Ermm.. Jom la!" Zarif bangun lalu ke tandas. Aira mengekorinya dari belakang.
"You duduk sini tau.. Jangan pergi mana-mana tau." Aira segera berlari menuju pintu tandas. Zarif hanya mengangguk.
Selang beberapa minit Aira pun keluar dari tandas dengan muka penuh kelegaan. Dia hanya tersenyum apabila melihat Zarif sedang tidur di kerusi meja makan.
" Zarif.. I dah setel tapi kan... I lapar la!" Aira hanya tersenyum apabila kelihatan wajah Zarif berkerut-kerut.
"Adoii nak makan apa la pepagi buta ni Cik Aira oii!" Zarif mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Meggi pun ok!" Cadang Aira.
"Ermmn meggi ek... Ok.. Ok tunggu sini kejap yer" Zarif meminta Aira duduk di kerusi meja makan yang terletak di dapur itu.
Tangan Zarif ligat memotong sayur sawi dan fish ball. Kemudian telur dipecahkan ke dalam periuk. Aira hanya memerhatikan kelakuan Zarif yang sikit pun tidak kekok di dapur. Dalam hanya beberapa minit meggi pun siap.
"Taraa... Dah siap.. Meggi Kari Special by Chef Zarif." Dua mangkuk meggi diletakkan di atasĀ meja.
"Aik.. 2 mangkuk?" Soal Aira.
"Yerla.. Satu untuk Aira.. Satu lagi untuk saya.Mana leh tukang masak tengok aje. Saya pun tiba-tiba rasa lapar juga." Zarif segera duduk dihadapan Aira.
Beria-ria sungguh mereka menikmati, padahal meggi je pun.
"Astagfirullahalazim.. Ape yang dibuat budak 2 orang pepagi ni!" Mak Zaitun terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar suara Zarif dan Aira tergelak dengan kuatnya.
Mak Zaitun segera keluar dari biliknya. Di ruang tamu tiada orang lalu dia ke dapur. Kelihatan Zarif dan Aira yang masing-masing sedang mengadap mangkuk di hadapan mereka.
"Bersahur ke tu?" Tiba-tiba Mak Zaitun bersuara. Zarif dan Aira terkejut lalu gelak serentak. Mak Zaitun hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Zarif dan Aira.
Share this novel