"Aira sebenarnya cari apa!" Soal Zarif. Dari satu butik ke butik mereka masuk tetapi Aira tak membelinya.
"I nak cari baju untuk you sebab I nak kidnap you sampai malam.Tu baju you pakai tu dah berpeluh-peluh" Terkedu Zarif dengan jawapan Aira. Yer.. Memang Zarif berpeluh kerana digasak dengan orang ramai tadi.
Jam menunjukkan sudah 9.00 malam. Beberapa helai tshirt dibeli dan beberapa helai blouse turut dibeli. Shopping betul Aira ni.. Macam la dekat KL tu takde shopping mall.
"Pakcik hantar kamu balik hostel esok jerla yer. Dah tak larat dah pakcik nak drive ke pulau sana tu." Zarif akur. Dia tahu Pak Hussein memandu dari pagi tadi lagi. Kalau dia yang memandu pun pasti dia turut letih.
"Takpe pakcik saya faham. Saya tido sini jela ye..malam ni saya teman pakcik..banyak kita boleh borakkan malam ni." Pak Hussien dan Zarif melangkah masuk ke bilik.
Zarif betul-betul sehelai sepinggang dia malam ni. Mana taknya..awal-awal lagi dah kena culik ikut Aira dan Pak Hussien. Kelas pukul 4.30 petang tadi pun dia tak dapat hadir. Zarif baring sebentar di atas katil merehatkan diri. Pak Hussien mencuitnya ajak bersembang.
"Pakcik ni taknak la menyibuk hal kamu dan Aira tu tapi pakcik memang kena sibuk juga."
"Hahaha...Pak Hussein cakap ape ni?Pakcik buat lawak ke apa?Pakcik..pakcik..." Zarif dan Pak Hussien gelak besar. Dah lama sungguh Zarif tak dengar Pak Hussien buat jenaka.
"Tak laa..kamu dengan Aira tu macam mana kisahnya?Kamu nak kat dia ke taknak?Aira tu amanat untuk kamu tau. Kalau kamu taknak dekat dia selesaikan la apa yang patut dengan elok-elok. Berdosa tau kalau abaikan isteri walaupun kamu berdua ni kahwin tanpa rela hati." Uihh Pak Hussien berceramah dekat Zarif la plak.
"Entah la pakcik..saya sebenarnya takut..saya dengan dia tu tak sekufu...macam langit dengan bumi. Dia tuh...nak ke anggap saya ni suami dia?" Soal Zarif kepada Pak Hussien untuk meminta pandangan.
"Itu kamu kena tanya dia sendiri. Selesaikan apa yang patut dengan dia. Jangan sia-siakan atau abaikan isteri...Allah marah...kalau kamu taknak selesaikan cepat...Naim tu...nampak macam tergila-gilakan Aira semula." Tiba-tiba berderap darah Zarif naik ke kepala apabila nama Naim disebut Pak Hussien.
"Naim..?"
"Iyer..Naim datang balik nak jumpa Aira dekat rumah..tapi pakcik tak bagi dia jumpa Aira sebab Aira kan dah jadi isteri kamu."
"Cari Aira nak buat apa?Kan diorang dah break off." Soal Zarif.
"Manalah pakcik tahu...nak dekat Aira balik kot." Teka Pak Hussien sambil matanya memerhati reaksi Zarif.
Trutt...trutt...trutt....trutt....Telefon Pak Hussien berbunyi. Nama CIK AIRA tertera di skrin telefon.
"Yer Cik Aira..kenapa? Nak pegi makan ke?" Teka Pak Hussien.
"Ishh Pak Hussien ni...saya dah makan tadi...Bukan nak pegi mana-mana pun. Ni ha..ade orang duk tekan-tekan loceng bilik saya..bila saya buka takde orang. Eee takut la saya."
"Kena report kat pihak hotel la kalau macam tu. Nanti pakcik minta Zarif pergi report." Pak Hussien memandang Zarif yang tekun untuk mendengar perbualannya dengan Aira.
"Kenapa tu Pak Hussein?" Zarif bersuara.
"Cik Aira kata dekat bilik dia tu ade orang duk tekan-tekan loceng bila dia buka pintu takde pulak orangnya. Cuba kamu pergi report kat pihak hotel minta check CCTV siapa yang duk main-main tu?"
"Yerla nanti saya turun bawah tanya kat receptionist kat situ. Bilik Aira nombor berapa yer?" Tanya Zarif.
"Ishh kamu ni... Bilik bini sendiri pun tak tahu." Usik Pak Hussien.
"Alaa... Bini express Pak Hussien.." Balas Zarif sambil tergelak-gelak.
Di lobi hotel kelihatan ramai sungguh orang. Mungkin rombongan dari mana-mana ni kerana mereka datang menaiki bas. Zarif mendapatkan salah seorang kakitangan di hotel itu untuk membuat aduan memandangkan staff di kaunter reception sibuk menguruskan pendaftaran tetamu.
"Encik.. Saya nak buat aduan sikit ni. Bilik nombor 1525 tu selalu ada orang tekan loceng la. Bila buka pintu takde orang plak. Boleh tak pihak hotel check dekat CCTV siapa yang duk ring the bell tu." Pinta Zarif kepada salah seorang pekerja hotel di situ.
"Sebentar yer encik saya semak CCTV." Zarif mengangguk kepalanya.
Hotel itu memang Aira selalu menginap jika dia ke Pulau Pinang urusan kerja. Dia suka di hotel ini kerana layanan kakitangan baik lagi pun dekat dengan shopping mall..Perempuan dan shopping berpisah tiada.
"Maaf yer encik..level tu memang tiada CCTV jadi kami tak dapat kesan siapa yang duk main loceng tuh." Jelas staff hotel itu.
"Takde CCTV??Aik camna boleh camtu?Memang tak letak CCTV ke rosak?" Soal Zarif bertalu kerana kehairanan. Jarang hotel tak letak CCTV.
"Actually level tu ramai VIP selalu duduk..so jadi memang pihak hotel tak letak CCTV untuk elakkan sebarang isu dari VIP tu sendiri." Staff hotel jelaskan dengan terperinci.
"Owhh camtu pulak..Kalau camtu boleh tak tukar bilik lain jer." Pinta Zarif.
"Maaf ye encik..sekarang ni pihak hotel memang takda kekosongan bilik. All fully booked now"
"Baik.Terima kasih." Zarif mengangguk kepalanya tanda faham dan berlalu pergi menuju ke bilik Aira.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Loceng di bilik 1525 itu berbunyi lagi. Aira serba salah untuk membuka pintu atau sebaliknya. Jika pintu dibuka maknanya ini kali ke 6...Aira tekad kali ni dia tidak endahkan sahaja bunyi loceng itu. Tapi bunyi loceng tu tak berhenti pulak bunyinya disertai namanya di panggil dari luar bilik. Lubang kecil dipintu (peephole) itu diintainya dan ternyata itu Zarif.
Apabila kelihatan Zarif di peephole itu maka Aira segera membukanya. Melihat keadaan Aira yang hanya berbaju tidur jarang pendek paras peha membuatkan Zarif segera menolak Aira masuk ke bilik itu. Dia takut ada orang melihat Aira dalam keadaan begitu.
"Ehhh...kenapa plak mamat ni!?" Ngomel Aira yang terkejut dengan tindakan Zarif itu.
"Kot iyer pun nak buka pintu pakai la elok-elok sikit. Kalau orang lain tengok macam mana?" Bebel Zarif.
"Ermmm concern juga dia kat aku." Aira berbicara di dalam hati sambil tersenyum-senyum.
"Saya nak bagitau ni..kat this area memang takde CCTV so memang takleh detect siapa yang duk main-main loceng tuh. Kalau nak tukar bilik pun takleh sebab dah takde bilik kosong. So awak duk kat sini nanti hati-hati la yer. Jangan buka pintu sebarangan. Tengok kat lubang tu dulu sebelum buka." Jelas Zarif sambil menunjuk peephole di pintu itu. Matanya cuba mengelak dari memandang Aira.
"Ok..baik." Ringkas jawab Aira. Zarif segera keluar dari bilik Aira dengan menarik nafas lega. Kedengaran kuat dengusan nafasnya. Dia menuju semula ke bilik Pak Hussein yang ditumpangnya.
Pak Hussein tidak kusyuk solat apabila telefon bimbitnya berbunyi tak henti-henti. Zarif yang sedang baring seketika di atas katil mengabaikan sahaja bunyi itu. Dia betul-betul penat hari ni. Lagi penat lagi apabila dia membaca mesej daripada Shukri yang memaklumkan assignment yang diberi oleh Profesor Sidek semalam perlu disiapkan dan dihantar esok.
"Zarif..kamu pegi la teman Aira dekat bilik dia tu. Aira duk telefon pakcik cakap kena ganggu lagi. Hotel kata apa tadi?" Tiba-tiba Pak Hussein mencuit Zarif yang terlelap seketika itu.
"Hotel cakap level situ memang diorang tak meletakkan CCTV." Jelas Zarif lalu membetulkan kedudukannya.
"Dah tu nak biarkan macam tu je ke?Pelik benar la hotel ni."
"Habis tu saya nak buat camna..nak tukar bilik pun dah penuh."
"Kalau macam tu kamu pergi la teman Aira kat bilik dia." Cadang Pak Hussein sambil tersengih-sengih.
"Ishhh...." Zarif memandang Pak Hussein yang tersenyum nakal.
"Ishh apanya...betul la cakap pakcik..pegi la teman Cik Aira tuh..Tak salah pun...bini kamu juga." Ujar Pak Hussein.
Zarif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia menjadi serba salah. Melihat Aira berkeadaan tadi tu pun dah buat jantungnya degup kencang..inikan pula duduk sebilik.
Share this novel