Kelihatan Aira sedang menyisir rambutnya sambil memandang ke luar tingkap. Sesekali dibelek-belek rambutnya. Zarif hanya memerhatinya dari jauh tanpa Aira sedar kehadirannya.
"Belek uban ke tu?" Tiba-tiba Zarif memecah kesunyian di bilik tersebut.
"Pangg..." Aira terkejut lalu sikat ditangannya terlepas jatuh ke lantai. Dia cuba mengambilnya tetapi Zarif lagi laju mengambilkan sikat tersebut. Sikat segera dihulurkan kepada Aira.
"Bila you muncul ni? Tak sedar pun." Sapa Aira.
"Macam mana nak sedar kalau kusyuk sangat duk belek uban." Senyum Zarif.
"Eh mana adalah..I muda lagi tau!" Aira menjegil matanya kepada Zarif. Kuat menyakat betul Zarif ni.
"Nah ni telefon yang dimintak tuh kan?" Zarif menghulur telefon kepada Aira.
Aira menyambut telefon tersebut daripada Zarif. Tiba-tiba telefonnya berdering. Aira dengan penuh gembira menjawab panggilan tersebut. Zarif buat-buat sibuk mengemas meja di sisi katil Aira. Dia tahu itu pasti Naim yang telefon tuh.
"Hello sayang..." Aira menjawab manja. Zarif pura-pura tak dengar. Dia tahu abis laa dia nanti...
"Hello..you pegi mana? Dah banyak kali I call you tau!" Kedengaran suara Naim yang lantang hingga Zarif pun dapat mendengarnya.
"Emm..sorry..." Aira mohon maaf.
"Dah..lagi 30 minit you siap..I pegi ambik you dekat rumah. I baru touch down tengahari tadi." Tegas Naim.
"No..tak boleh sayang..I dekat hospital sekarang ni. I kena..." belum sempat Aira menjelaskan Naim sudah mengamuk di talian.
"You cakap jelah you nak pegi dating dengan 'abang' you tu kan? You tak payah nak dolak dalih dengan I ye Aira." Naim serkap jarang.
"Apa you cakap ni Naim? You tau nak marah jer. You sikit pun tak nak tanya kenapa I dekat hospital? Sakit ape? Dah makan ke belom? Ni tau-tau nak marah dan tuduh I macam-macam. This is not Naim yang I kenal!" Aira marah lalu segera mematikan talian. Aira kelihatan menggigil menahan kemarahan.
Zarif hanya diam membisu memerhatikan Aira. Tak pernah lagi dia tengok Aira marah sampai menggigil. Aira mengesat air matanya dengan tangannya.
"Adakah ni semua berpunca dari aku?" Hati Zarif berkata. Dia mula berasa kesal dan menyalahkan dirinya.
Aira segera baring dikatil lalu menekup mukanya dengan bantal. Sambil menjerit sepuas hati. Dia berasa kecewa. Betapa dia setia dengan Naim tetapi Naim menuduhnya macam-macam. Aira menjerit -jerit disebalik bantal itu. Zarif hanya membiarkan jika itu memberi kepuasan kepada Aira. Dia duduk di kerusi sambil bermain telefon seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.
"Zarif...boleh tak belikan dekat I cookies 'Famous Amous'?" Tiba-tiba Aira mengejutkan Zarif yang kusyuk bermain telefon.
"Haa...ok boleh. Kejap yer!" Aira mengangguk kepalanya.
Zarif segera melangkah keluar menuju ke lobi hospital. Dia memang sedar ada kedai Famous Amous di bawah tu semasa dia datang tadi. Nasib baik dia terpandang tadi, jika tidak jenuh juga dia nak kena mencari di luar hospital.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aira mengesat air matanya sebaik sahaja Zarif kembali semula. Zarif menghulurkan kepadanya sebungkus cookies yang diminta dan seekor 'teddy bear' yang comel.
"Untuk I ke? Siapa yang bagi?" Soal Aira sambil bermain-main hidung teddy bear itu.
"Yer..untuk Aira. Saya yang bagi. Kalau rasa geram dan nak marah tumbuk je bear tu." Zarif cuba memujuk Aira. Dia tahu Aira masih sedih selepas kejadian tadi. Sebenarnya Zarif berasa serba salah kerana dia rasa dialah punya pergaduhan Aira dan Naim tadi.
"Yer ...memang I geram sangat. Rasa nak tumbuk-tumbuk je bear ni..tapi bear ni cute sangat ..I tak sampai hati." Aira mencebik bibirnya.
"Ishhh kenapa comel sangat bos aku buat muka macam tu?" Zarif mengomel di dalam hatinya. Aira asyik menarik-narik sahaja hidung bear itu.
Tiba-tiba kedengaran suara "Adus..adus..sakitnya hidung saya!" Aira memandang Zarif dan mereka saling ketawa. Dia tahu itu suara yang dibuat-buat Zarif.
"Oklah yer Cik Aira. Saya pulang dulu. Esok dah boleh balik kan? So esok saya datang dengan Mak Imah nak bawak Cik Aira balik yer. Aira tersenyum dan angguk kepalanya.
Aira berasa lega sikit. Dia berasa terhibur dan lega sikit dengan telatah Zarif tadi. Dia tahu Zarif cuba untuk mengurangkan kesedihannya.
Share this novel