Pintu bilik dibuka sebaik loceng dibunyikan. Dia tahu itu Zarif setelah diintai pada peephole. Zarif masuk tanpa berkata apa-apa. Dia pasti Pak Hussein sudah memberitahu Aira akan tujuannya ke situ. Jika dulu Zarif banyak bercakap tetapi kali ini dia sudah kurang berkata-kata.
"You duduk la mana-mana yer..I dah ngantuk and letih sangat ni."
"Ok Aira.Pergi la tidur yer. " Zarif memerhati sahaja lenggok Aira dari belakang menuju ke katil.
Bilik ini memang besar sungguh. Ada sofa yang kelihatan agak mewah. Meja makan besar manakala bilik airnya lengkap dengan jakuzi. Ini kali pertama Zarif masuk ke bilik hotel yang sebesar begini.Â
Zarif sebenarnya sudah rasa belengas kerana sejak dari tadi dia tidak berkesempatan untuk mandi. Lepas satu ...satu hal dia kena selesaikan. Aira di atas katil masih tidak tidur. Dia sedang bermain telefonnya. Agaknya sedang membaca dan membalas mesej.
Zarif mengeluarkan assignment dari begnya. Dia perlu siapkan malam ini juga. Assignment itu perlu diserahkan kepada Professor Sidek esok. Sebenarnya tumpuan Zarif kepada assignment itu sudah hilang. Dia seolah-olah rasa ada suara sedang berbisik ditelinganya. Dia pun tak pasti malaikat atau iblis yang sedang berbisik di telinganya.
"You tengah buat assignment ke?" Terkejut Zarif. Kedengaran suara Aira yang semakin menghampirinya.
"Erkk..ha aa yer..Esok nak kena hantar ni!" Dia mulai tidak keruan apabila Aira menghampirinya dalam keadaan berpakaian tidur yang pendek dan jarang itu.
"Yang you gelabah ni kenapa?" Tegur Aira.
"Panas kot...saya dari tadi sebenarnya nak mandi tapi tak mandi-mandi. So nak buat assigment pun takleh nak fokus.." Zarif segera bangun daripada kerusinya. Aira tersenyum melihat kelakuan Zarif yang gelabah itu.
"Nah ..ni towel and bathrobe. You sure tak bawak baju kan?" Soal Aira yang pastinya sudah tahu jawapannya.
Zarif ke tandas membersihkan diri. Lega sungguh dia dapat mandi. Last dia mandi ialah pagi tadi sebelum dia ke kuliah. Di dalam bilik air macam-macam yang difikirnya. Macam mana dia nak keluar bilik air nanti mengadap Aira? Dia pun tak tahu kenapa selepas kes dia kena tangkap khalwat dengan Aira tempoh hari, dirinya dikuasai perasaan malu apabila berhadapan dengan Aira.
Dia mengharapkan Aira sudah masuk tidur. Dengan memakai bathrobe, Zarif keluar dari bilik air. Ternyata Aira masih tidak tidur malah Aira kelihatan seolah-olah seperti sedang membuat assigmentnya yang terletak di atas meja tadi. Aira memintal-mintal rambutnya yang panjang paras pinggang itu. Sesekali dimain-main subang ditelinganya. Lehernya yang jinjang itu diusap-usap perlahan. Dengan gaya dan pakaian tidur Aira itu saja telah membuat Zarif menelan air liurnya. Zarif rasa tergoda.
" Kau kan lelaki sejati...takan kau nak tengok aje...Halal tu.. Itu isteri kau" Satu suara kedengaran di telinga kanan Zarif.
"Alaahh kau abaikan sahaja perempuan tu. Kau pun tak cinta dan sayang dia kan?" Satu lagi suara pulak berbisik di telinga kiri Zarif.
Zarif memejam matanya seketika. Pening dengan suara-suara hasutan itu. Entah malaikat atau iblis yang berbisik di telinganya? Apabila dibuka matanya kelihatan Aira sedang menggeliat pula. Payu daranya yang gebu dan separuh terdedah itu sedikit terserlah. Laju jantung Zarif mengepam darah ketika itu. Aira tidak menyedari Zarif sedang memerhatikannya. Yer...Aira sedang membantu Zarif sedang menyiapkan assignment. Aira rasa bersalah kerana pembelajaran Zarif pada hari ini terganggu disebabkannya.
"Eh Zarif...you dah keluar rupanya. Sorry la I tolong buat assignment you ni tadi." Aira berhenti mengeliat apabila dia menyedari Zarif sudah keluar dari bilik mandi.
"Pandai ke buat tuh?" Soal Zarif dan terus menjenguk ke kertas assignmentnya.
"Ermm..not bad..pandai rupanya." Zarif mendekati Aira. Melihat rambut Zarif yang masih basah itu membuatkan tiba-tiba jantung Aira berdegup kencang.Tapi Aira sorok perasaan itu. Malu kalau Zarif tahu.
"Mestila terer...kacang je assignment you ni, I dulu best student la subjek ni." Megah Aira.
"Owhh yeke...pandainya...Thanks ye sebab siapkan. Lega rasanya sebab dah tak payah dah saya pening nak fikir." Dengan spontan Zarif mengusap rambut Aira dari atas kepala hingga ke paras pinggang. Dari tadi dia geram nak pegang rambut Aira yang panjang dan lembut itu dan oleh kerana itu dia tidak menyedari tindakan refleksnya itu.
Apabila menyedarinya, Zarif segera memberhentikan tindakannya itu. Aira yang rasa terbuai turut terjaga dari khayalannya.
"Zarif..we need to talk." Aira bersuara.
"Pasal apa?"
"Pasal you and me.. You nak teruskan ke perkahwinan kita ini ke macam mana?" Soal Aira.
"Awak rasa macam mana?" Zarif pula kembali bertanya kepada Aira.
"'I tanya you sebab semuanya keputusan di tangan you."
"Aira... Awak adalah sebahagian daripada amanah yang diberikan kepada saya. Awak isteri saya. Kalau awak rasa saya boleh jadi suami kepada awak... Kita teruskan lah perkahwinan ini. But I'm very sorry sebab saya tidak dapat jadi suami yang terbaik untuk awak kerana kita ni banyak jurang dan bezanya. Sorry juga kerana saya abaikan awak beberapa bulan ini kerana saya perlukan ruang untuk berfikir. " Zarif mengambil tangan Aira dan dikucupnya jari jemari halus itu. Kemudian Zarif berlalu ke sofa.
Aira mendekati Zarif yang sedang mengelap rambutnya yang basah itu. Ishh Zarif ni.. Kenapa lari ke sana pulak. Perbincangan ni tak abis lagi.
" Zarif...." Zarif berpaling mukanya ke arah panggilan itu. Satu kucupan pantas hinggap dibibirnya. Ya... Aira telah mengucup bibirnya. Zarif terkesima seketika.
"Satu mana cukup!" Spontan terkeluar dari mulut Zarif.
"Haa..gatal " Terkejut Aira mendengar ungkapan nakal dari mulut Zarif itu. Zarif tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya.
Aira mendekati Zarif. Kedua tangannya merangkul leher Zarif. Mukanya di dekatkan ke muka Zarif lalu dia mendaratkan bibirnya ke bibir Zarif. Kucupan kali ini lebih lama kerana Zarif turut membalas kucupan itu.
"Zarif.. I nak you jaga I, sayang I, lindung i dan bimbing I..." Jari jemari Aira bermain-main janggut halus di wajah Zarif.
"Insyallah.." Zarif mencium dahi Aira. Dirangkulnya pinggang ramping Aira itu rapat kepada dirinya. Kehangatan dari tubuh Aira begitu mengkhayalkannya.
"I miss you Zarif. Miss your voice, miss your joke, miss your smell...and miss everything about you..." Aira sembamkan mukanya ke dada Zarif yang sedikit terdedah dari bathrobe itu. Bau yang amat dirinduinya.
"Miss you too... Rindu dengan dengan kemanjaan dan kecomelan awak ini.." Zarif mencuit hidung Aira. Bibir mereka bertaut kembali. Kali ini lebih lama bersama desahan nafsu. Masing-masing sudah tidak keruan jadinya. Tangan Zarif mulai menjalar sana sini dan begitu juga Aira. Nafsu mulai memandu mereka pada malam itu.
"Tonight i'm yours Zarif...I want you.. " Bisik Aira. Jemarinya bermain-main telinga dan wajah Zarif. Tangan Zarif yang sasa dan berurat itu mengendong Aira ke katil. Aira melentok manja.. Aira teringat mesej Pak Hussein kirim sebentar tadi.. 'Jangan lupa goda Zarif tu tau. Inilah peluang kamu.' Benar kata Pak Hussein... Orang lelaki ni pantang digoda maka cairlah dia.
Rupanya masing-masing menahan rindu dan keinginan yang disembunyikan. Malam itu mereka melepaskan rindu yang terpendam sebagai suami isteri.
Share this novel