Kak Mira mengetuk bilik Aira lalu masuk ke dalam bersama sejambak bunga. Berkerut dahi Aira memandang bunga itu.
"Cik Aira.. Ni bunga untuk you.." Kak Mira menghulur sejambak bunga mawar berwarna merah dan merah jambu kepada Aira. Aira menyambutnya lalu membaca kad kecil yang terselit.
"Ambik dekat akak jerla. Saya tak nak. Kalau akak tak nak akak bagi je dekat Kathy mesti dia suka."
Aira menghulurkan semula bunga tersebut kepada Kak Mira. Kad kecil yang terselit tadi dibuangnya ke dalam bakul sampah. Kak Mira keluar dari bilik Aira dengan kebingungan. Bunga tadi terus diletakkan ke dalam pasu.
Kathy memerhatikan sahaja gelagat Kak Mira yang tak abis-abis memandang je bunga itu.
"Kerja akak hari ni tenung bunga tu je ke?" Soal Kathy yang mengejutkan Kak Mira.
"Eh Kathy... Tak lah... banyak lagi keje akak nak kena buat sebenarnya. Agak-agak kau la kan Kathy berapa agaknya harga bunga ni?Mesti beratus juga kan? "
"Orang dah bagi.. Jangan la ditanya plak harganya. Suami akak ke bagi bunga tu. Bertuahnya akak.." Kathy membelek-belek bunga tersebut.
"Masalahnya... Sebenarnya bunga ni untuk Cik Aira tapi dia taknak so dia bagi dekat akak. Ruginya... Last-last akak juga yang untung." Bangga Kak Mira.
"Siapa bagi tu kak?" Kathy mulai untuk menyibuk.
"Entah akak tak tahu sebab kad yang ada terselit tuh Cik Aira dah ambik.Lepas dia baca terus dia buang dalam bakul sampah."Terang Kak Mira.
"Uihh sampai macam tu sekali..benci sungguh dia dekat orang yang bagi bunga tu yer." Kathy mencium bunga mawar itu. Sungguh segar baunya.
"Tuhla..dah la taknak bunga..kad tu di buang terus. Gaduh dengan boyfriend ke ek?" Duga Kak Mira.
"Tapi kan Kak Mira...kalau ikut drama-drama Melayu macam tuh lah..Gaduh dengan boyfriend pastu boyfriend nak pujuk bagi bunga...pastu benci dan masih marah jadi bunga tu pun dibuang la...Haaa gitu..." Kathy membayangkan drama-drama yang pernah ditontonnya.
"Adoii pandai laa kamu Kathy..dah leh jadi director drama...dah leh berhenti keje la nanti kan..." Kak Mira mencuit bahu Kathy.
-------------------------------------------------------------
Pak Hussien sedang menanti Aira di lobi sebaik sahaja Aira memaklumkannya untuk pulang awal hari itu. Aira terasa badannya tidak berapa sihat. Sebaik sahaja Aira berjalan ke kereta di lobi yang ada Pak Hussien di dalamnya tiba-tiba Naim muncul dan menarik tangan Aira.
"Baby... You suka tak bunga yang I bagi tu?" Naim memegang erat tangan Aira.
"Apa ni.. sakit la!" Aira melarikan tangannya dari genggaman Naim.
"You dah terima kan bunga tuh?"
"Yer I dah terima tapi I dah bagi dekat orang lain dah." Jawapan Aira itu telah mengejutkan Naim.
"But why?"
"Naim..kita dah break off kan? So that flowers is nothing for me anymore."
"Tapi I kan dah minta maaf...Please Aira!! Hari tu I betul-betul tak waras."
"Its ok Naim. I pun dah move on."
Aira berlalu meninggalkan Naim. Tetapi Naim dengan cepat mengejar Aira. Pak Hussien hanya memerhati melalui tingkap kereta. Selagi mana tindakan Naim itu tidak melampau Pak Hussien membiarkan sahaja. Kelihatan Aira menepis-nepis tangan Naim lalu segera berlari dan meluru masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja Aira masuk, Pak Hussien terus mengunci pintu kereta lalu meninggalkan Naim yang mengetuk-ngetuk tingkap kereta.
"Naim nak apa tu Cik Aira?." Soal Pak Hussien.
"Entahla Pak Hussien... Tiba-tiba nak berbaik semula dengan saya. After 3 months baru nak cari saya... Uhh.."
"Cik Aira nak dekat dia balik ke?" Soal Pak Hussien dengan soalan perangkap.
"Saya kan dah jadi isteri orang..." Jawab Aira sambil tersenyum sipu.
Pak Hussien yang hanya memerhati dari cermin pandang belakang turut tersenyum. Dah lama dia tidak melihat Aira tersenyum sipu macam itu.
"Cik Aira dah ok ke dengan Zarif? Dia ada telefon tak tanya khabar lepas kita balik dari Penang tempoh hari" Soal Pak Hussien.
"Entah la Pak Hussien..harap-harap oklah...Tapi dia tak telefon saya pun..." Aira bersuara dalam nada sedih sambil memuncungkan mulutnya.
"La pulak...pening la pakcik dengan kamu berdua ni. Nak kena ni si budak Zarif ni."
"Pak Hussein nak buat apa pulak dekat Zarif tuh? Biar jelah dia pakcik..bagi dia ruang dulu. Maybe sibuk belajar kan..saya faham benar dengan hidup sebagai seorang student ni."
"Ermm..baiklah..kita bagi ruang dulu dekat dia tapi kalau dia tak betul memang pakcik kena tegur dia. Pakcik dah anggap si Zarif tu dah macam anak sendiri dah."
Aira hanya memandang luar tingkap. Pandangannya kosong tetapi fikirannya terkenangkan nasib dan masa depannya dengan Zarif. Adakah perkahwinannya dengan Zarif itu akan bertahan atau sebaliknya. Aira pasrah dengan takdir dan ketentuan Ilahi.
Share this novel