EPISOD 21

Romance Series 4310

"Hai Captain..lepas ni you nak pegi mana?" Soal Karina kepada Naim sebaik sahaja kapal terbang mereka tiba di Korea Selatan.

"I tak tau lagi..ingat nak pergi makan then I nak rehat dekat hotel." Jelas Naim kepada Karina salah seorang pramugari yang sama-sama bertugas di dalam kapal terbang yang diterbangkannya tadi.

"Boleh ke kalau I temankan you makan Captain?I pun sorang-sorang ni. Semua kawan-kawan I sibuk nak pergi shopping ke Myeongdong lepas ni." Karina menawarkan dirinya untuk teman Naim makan bersama.

"Owhh..ok why not. Lets go..." Naim dan Karina sama-sama berjalan menujuk ke Nest Hotel Incheon.

--------------------------------------------------------------------------------------------- 

"Karina...i suka la tengok you senyum. Sweet!" Naim memuji Karina.

"Ada-ada jela captain ni. Ni ikhlas ke saje je nak bagi I perasan." Karina senyum malu-malu.

"Ikhlas la." Naim mencuit hidung Karina.

Karina senyum dan membetulkan kedudukannya agar lebih rapat dengan Naim. Naim membiarkan sahaja. Karina berbunga riang apabila impiannya untuk makan bersama Captain Naim tercapai.

Makin lama makin rancak mereka bersembang. Karina pun makin lama makin lentok pulak gerak badannya. Naim mengelus-ngelus paha Karina yang terdedah itu. Karina hanya membiarkan sahaja.

"Jom pergi my room." Ajak Naim.

"As you wish!" Karina bangun lalu memeluk lengan Naim. Dia berjalan terhoyong hayang kerana mabuk.

Pintu bilik dibuka Naim. Karina meluru masuk lalu  menghempaskan badannya ke katil. Naim yang turut mabuk baring di sebelah Karina. Masing-masing berpelukan hanyut di dunia jahanam mereka itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Karina..Karina...Wake up now before somebody know you are inside my room!" Naim menguis-nguis kaki Karina dengan kakinya.

Karina yang hanya berselimut tanpa sebarang pakaian mulai sedar. Dia memegang kepalanya kerana pening mungkin akibat mabuk semalam. Karina cuba memeluk Naim yang sedang terbaring disebelahnya tapi ditolak oleh Naim.

"Bangun la cepat...go back to your room now!" Tegas Naim.

"Ok Captain Sayang!" Karina bangun lalu segera mengenakan pakaiannya yang berterabur di atas lantai. Karina melangkah ke arah Naim lalu mengucup bibir Naim pantas.

"Good bye Captain!" Karina berjalan menuju ke pintu lalu keluar dari bilik Naim.

"Tak guna betul..macam mana aku boleh hanyut dengan Karina ni. Ciss..celaka betul!!" Naim bentak kekesalan. Dia tak dapat bayangkan macam mana nak berdepan dengan Karina nanti bila kembali bertugas.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Lia..ada abang kamu bagi tahu bila dia akan sambung belajar semula?" Soal Mak Zaitun kepada Zalia.

"Ntah la ibu..yang Lia tahu kemasukan baru bulan 9 nanti." Jawab Zalia.

"Betul-betul ke abang kamu tuh nak sambung belaja?Ibu tengok dia sibuk kerja jer. Kerja je memanjang..Dah elok kerja nak sambung belajar pulak.. Macam- macam la abang kamu ni.. " Mak Zaitun menggelengkan kepalanya.

"Ishh ibu ni...Abang Zarif tu memang betul-betul nak sambung Master. Tak silap Lia la..dia bercita-cita nak jadi arkitek yang berjaya dan kenali di Malaysia. Itu kata dia laa.. " Jelas Zalia sambil tergelak kecil. Dia cuba mematikan tekaan pelik-pelik ibunya.

"Ibu paham..sejak arwah abah kamu meninggal Abang kamu tu memang kerja keras sungguh. Katanya upah Ibu mengurut orang ni bukannya banyak pun nak tanggung kamu adik-beradik." Mak Zaitun cuba terkenangkan kisah lampau yang menimpa suaminya.

"Ala ibu..jangan la sedih. Abang tu sebenarnya taknak susahkan ibu. Dia paham kos nak sambung Master tu tinggi. Tapi dia nak teruskan cita-cita dia. So dia kena la buat sesuatu untuk ringankan beban ibu. Kata abang dia keluar duit KWSP dia untuk sambung belajar tu. " Zalia segera duduk di sebelah ibunya sambil memicit-micit bahu Mak Zaitun.

"Ibu kesian abang kamu juga sebenarnya. Buat kerja macam-macam ibu tengok. Dah kerja elok-elok dulu kena berhenti pulak." Luah Mak Zaitun sambil mengesat air matanya dengan lengan baju kurung kedahnya.

"Lia rasa...mesti ibu ni rindu kat abang yer...Nanti Lia bagi tahu abang suh balik jenguk ibu yer.Ibu jangan risau yer." Zalia cuma menenangkan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience