Zarif terasa sakit benar badan dan kepalanya. Jam loceng yang dari tadi berbunyi dibiarkannya saja berbunyi. Dia seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku.
"Zarif...kau memang nak biarkan jam loceng tu menjerit je ke?" Amirul mencuit-cuit kaki Zarif.
"Aku letih la Mirul..aku rasa nak bangun tutup jam tu pun tak larat." Zarif menenyeh matanya sambil memandang Amirul yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
"Kot iya pun..takan ko taknak bangun solat Subuh wei..ko tau tak sekarang ni dah pukul berapa?" Amirul menunjal kepala Zarif untuk menyedarkan Zarif dari tidurnya.
"Adus yerla..aku belum Subuh lagi." Secara automatik Zarif melompat dari katilnya. Terkejut Amirul dibuatnya.
"Kalau ko letih dan tak larat mintak la cuti dekat bos ko yang comel lote tu." Sengih Amirul.
"Tak boleh wei..bos aku tu kuat kerja weh..." Sayup-sayup kedengaran suara Zarif.
"Yerla..kuat kerja macam ko..Ko dengan bos ko sama aje!Oklah beb..aku pegi kerja dulu yer." Amirul melangkah keluar dari rumah dengan pantas.
"Pintu jangan lupa kunci tau Mirul." Zarif menjerit dari bilik air tanpa dia sedari Amirul sudah keluar.
Selesai mandi Zarif segera keluar dari bilik mandi. Pagi ni dia agak kelam kabut kerana terlewat bangun. Terkejut beruk Zarif apabila kelihatan Leha sedang duduk di kerusi meja makan sambil menonton televisyen.
"Astagfirullahalazim...Leha buat apa dekat rumah abang ni?" Mengucap panjang Zarif.
"Sorry abang..Leha datang nak hantar kuih ni. Tadi Leha bagi salam takde orang jawab. Leha tengok pintu tak kunci so Leha pun masuklah." Jelas Leha. Dia agak teruja apabila melihat Zarif yang hanya bertuala.
"Dah..dah..letak je situ kuih tu..pastu pegi balik cepat nanti apa jiran-jiran cakap nanti!" Zarif agak meninggikan suaranya.
"Abang jangan la marah..Tapikan bila abang marah ..abang nampak lagi seksi la. Geram betul Leha tengok abang tau." Leha cuba mendekati Zarif tapi Zarif dengan segera mencapai penyapu yang tergantung untuk mempertahankan dirinya.
"Dah...keluar la cepat..abang ada banyak benda nak buat ni." Zarif mengacu penyapu ke arah Leha. Leha keluar rumah tersebut dengan muncung sedepa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai solat Subuh gajah Zarif menyiapkan dirinya untuk melakukan kerja rutinnya dalam beberapa bulan ini. Dia segera menunggang motosikalnya menuju ke banglo Aira.
Mak Imah sedang menghidangkan nasi goreng di atas meja. Aira masih tidak turun lagi. Sedang bersiap agaknya.
"Meh Zarif ..sarapan dulu." Ajak Mak Imah.
"Cik Aira dah sarapan ke? Biar dia la makan dulu. Segan saya nanti." Zarif membantu Mak Imah menyusun pinggan di atas meja.
"Belum lagi. Tengah bersiap kot. Semalam dia yang minta Mak Imah buatkan nasi goreng untuk pagi ni. Karang turun la tuh." Terang Mak Imah.
"Ooo..Kolam tu selalu siapa yang selalu cuci dan tukar airnya Mak Imah? Saya tengok air pun dah berkeladak tu." Mata Zarif tajam memandang kolam renang di banglo tersebut.
"Selalunya Wak Sudir yang buatkan semua tu. Ni dah 2 bulan dia balik Indonesia so takde la siapa yang nak tukarkan airnya."
"Nanti kalau free Sabtu Ahad ni saya datang tukarkan air dan bersihkan kolam tu yer."
"Aduss rajinnya kamu Zarif. Sejuk sikit Mak Imah dengar." Senyum Mak Imah.
Tiba-tiba Aira melangkah turun anak tangga dengan masih berbaju tidur. Baju yang agak jarang dan pendek itu membuatkan Zarif cepat-cepat mengalihkan pandangan dan melangkah keluar pintu. Aira tidak sedar kehadiran Zarif. Mak Imah membuntangkan matanya memandang Aira.
"Zarif ada tuh..nape Aira turun dengan baju macam ni. Malu si budak Zarif tuh." Dengan nada perlahan Mak Imah menegur Aira.
"Alamak..dia dah sampai ker? Aira ingat dia tak datang. Aira ada mesej dia bagi tau tak payah datang. Macam malas nak pergi kerja pulak hari ni. Aira rasa lenguh-lenguh badan ni." Jelas Aira.
" Zarif...you tak baca mesej ke? Buat penat je I mesej...!" Laung Aira dari dalam rumah.
Zarif kedengaran sayup-sayup suara Aira itu. Tetapi dia tidak dengar dengan jelas butir apa yang Aira kata jadi dia abaikan sahaja kata-kata Aira itu.
"Zarif...you tak dengar ke apa yang I cakap tadi?" Tiba-tiba Aira berdiri di hadapan pintu dengan pakaian sebegitu tanpa segan silu.
Zarif yang sedang kusyuk membelek pokok bunga terkejut. Dia terkesima melihat Aira dalam keadaan begitu. Ya Allah..dugaan apa yang Kau berikan pada aku hari ni? Zarif menundukkan pandangannya.
"Adus...Cik Aira...boleh tak masuk dalam pergi mandi cepat. Terseksa saya tau kat sini." Zarif masih lagi menundukkan pandangannya.
Aira tersenyum melihat gelagat Zarif. Dia pun terlupa keadaan dia ketika itu boleh menyeksakan pandangan dan jiwa Zarif.
"Funny la you ni!" Aira segera masuk mandi. Nasi goreng yang sudah diletakkan di dalam pinggan tadi lupa dijamahnya semula.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aira kali ini turun dengan keadaan wangi dan hanya memakai jeans dan t-shirt sahaja. Zarif kusyuk menonton televisyen tanpa menyedari kehadiran Aira.
"You dah sarapan ke?Jom teman I boleh tak?" Zarif hanya menangguk dan mengeleng kepalanya.
"Mana satu jawapanya ni?Dah ke belum?Boleh ke tidak?Eiii mamat ni..." Dengan spontan Aira menarik telinga Zarif yang masih kusyuk menonton televisyen. Zarif terkejut.
"Adoi!!" Zarif mengosok-gosok telinganya.
"Jom teman I makan.Mak Imah cakap you tunggu I nak makan sama." Senyum Aira.
"Ermm Mak Imah cakap macam tu yer.." Berkerut dahi Zarif memandang Mak Imah. Mak Imah hanya melemparkan senyuman.
Share this novel