EPISOD 35

Romance Series 4310

Pagi ini Aira sudah bersedia untuk ke pejabat. Sepanjang 3 hari dia tidak ke pejabat Kak Mira asyik mengomel aje. Katanya banyak surat yang Aira  kena tandatangan tergendala untuk dihantar. Zarif menurunkan Aira di lobi tepat jam 9.00 pagi lalu dia segera memakir kereta di tempat yang sudah di khaskan. 

"Assalamualaikum Anne." Zarif menyapa Anne di meja 'receptionist'.

"Waalaikumsalam Zarif. Good morning...Cik Aira dah masuk dalam yer." Jelas Anne kepada Zarif sebelum Zarif bertanya. Setiap pagi apabila Aira sampai ke pejabat Zarif mesti akan bertanya kepada Anne samada Aira sudah masuk atau pun belum.

"Ok Anne.." Zarif mengangkat ibu jarinya kepada Anne. Anne hanya tersenyum.

"Zarif..Zarif...sekejap..sekejap...ni..boleh tak bagi paperbeg ni kepada Cik Aira. Tadi ada seorang lelaki hantar."

Zarif segera mengambil paper beg tersebut lalu melihat isi dalamnya. Ternyata ini beg tangan Aira. Mungkin inilah beg tangan Aira tertinggal di dalam kereta Naim tempoh hari. 

"Mana mamat tuh?Dah lama ke dia hantar?" Soal Zarif kepada Anne.

"Baru jer tadi hantar sebelum Zarif sampai. Rasanya tak sampai 5 minit tadi." Jelas Anne.

"Ooo baru je ek!" Zarif segera berlari keluar menuju ke lif. Anne kebingungan dengan tingkah laku Zarif itu.

Di depan pintu lif kelihatan Naim sedang menunggu sambil berbual di telefon. Secara spontan Zarif melaungkan nama Naim dengan kuat. Naim segera menamatkan perbualan di telefon lalu memandang seorang lelaki  yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Kau ni Naim kan?" Soal Zarif.

"Ye ..aku Naim. Kenapa? Kau siapa?" Secara spontan sebuku penumbuk hinggap diperut Naim.

"Ni memang aku nak bagi dekat kau sebagai balasan apa yang kau dah buat dekat Aira hari tu!" Zarif mencekak pinggangnya memandang Naim yang tunduk menahan sakit.

"Celaka betul! Kau ni sape nak menyibuk pasal aku dengan Aira. Aku boyfriend dia so kau tak payah nak menyibuk sangat sial!" Naim memaki Zarif.

"Ooo boyfriend yer.. Kalau boyfriend kau kena la sayang dia, jaga dia, lindungi dia... Bukannya ambik kesempatan dekat dia. Faham!" Tegas Zarif.

Naim cuba untuk menumbuk muka Zarif sebagai tanda balas tetapi Zarif segera mengelak lalu berlalu meninggalkan Naim yang jatuh tersungkur di hadapan pintu lif.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuk..tuk...pintu pejabat Aira diketuk. Tanpa sempat Aira berkata apa-apa Zarif sudah meluru masuk. Kak Mira hanya memerhatikan kelakuan Zarif pagi itu yang agak bengis. 

"Ni ha...handbag awak ni. Naim hantar tadi!" Ucap Zarif sambil menunjukkan beg kertas ditangannya.

Aira segera mencapai beg kertas daripada Zarif. Telefon bimbitnya dicari. Dia segera mendail nombor telefon Naim tapi tidak dijawab.

"Telefon Naim ke?"Soal Zarif. Aira hanya mengangguk kepalanya.

"Kenapa dia tak angkat ni?" Aira menjadi tidak keruan apabila panggilannya tidak dijawab Naim.

"Biar jela dia..saya dah bagi sedebik kat dia tadi."

"Apa!? You ni kan Zarif!" Terbuntang biji mata Aira mendengar jawapan Zarif.

"Sorry..saya sebenarnya geram dengan orang lelaki macam tu..mengasari dan ambil kesempatan dekat orang perempuan." Jawab Zarif.

"I sayang dekat dia Zarif. Maybe malam tu dia ikut perasaan dia je. Dah lama kami bersama dan dia tak pernah buat perangai macam tu tau!" Jelas Aira kepada Zarif.

"Kalau dah lama bercinta kenapa tak kahwin aje? Dia bukan tak mampu...Pilot kan..so apa yang dia tunggu? Betul ke dia serius?" Aira tidak mampu menjawab soalan Zarif itu.

Suasana menjadi tegang. Kak Mira yang berada di luar terdengar kekecohan itu. Dia cuba pasang telinga tapi perbualan itu tidak berapa jelas. Tiba-tiba Zarif keluar dari pejabat Aira dengan muka yang kelat.

"Apa masalah Cik Aira dengan Zarif ni..?Aduss pening la aku dengan diorang ni? Nak kata laki bini tapi bukan..." Kak Mira menggaru-garu kepalanya yang ditutupi tudung itu.

Petang itu Zarif hanya menunggu Aira di dalam kereta. Selalunya sebelum pulang dia akan tolong mengangkat beg atau dokumen yang Aira akan bawa pulang tetapi hari ni dia hanya menunggu di dalam kereta.

Kelihatan Aira dibantu oleh Kak Mira mengangkat segala dokumen-dokumen di lobi. Zarif segera membawa kereta ke lobi mendekati mereka.

"Kau kenapa Zarif turun awal sangat? Kesian Cik Aira angkat benda alah ni sorang-sorang." Kak Mira mencuit bahu Zarif.

"Emm...biar jelah!" Spontan jawapan Zarif dengan nada kuat. Kak Mira membeliakkan matanya apabila dia mendengar jawapan Zarif itu. Aira berpura-pura seolah tidak mendengar. Dia pun hairan Zarif hari ni angin tak tentu pasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience