EPISOD 48

Romance Series 4310

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aira tidak dapat tidur lena pada malam itu. Sejak siang tadi fikirannya agak serabut sehinggakan dia rasa kepalanya berdenyut-denyut. Aira menuruni anak tangga untuk ke dapur. Tekaknya terasa haus dari tadi lagi tapi akhirnya dia memberanikan jua dirinya untuk ke dapur.

------------------------------------------

Kelentang kelentung kedengaran bunyi dari arah dapur. Bunyi itu tidaklah kuat tapi agak mengganggu Zarif yang baru sahaja hampir hendak melelapkan mata di sofa ruang tamu. Pemandu bas yang memandu agak laju tadi membuatkan Zarif tidak nyenyak tidur di dalam bas.

Sebaik sahaja bas sampai di Hentian Bas tadi, Zarif kebuntuan ke mana arahnya hendak tuju. Hendak ke rumah Amirul tapi dia sudah tidak menyewa lagi dirumah itu. Zarif menyeluk kocek seluarnya dan dia terpandang kunci motornya yang melekat bersama kunci banglo Aira. Kunci yang tidak sempat di pulangkannya.Ya Aira masih isterinya jadi kenapa dia tidak sahaja pulang ke rumah isterinya kan?

Kelentang kelentung masih lagi kedengaran dan kali ini bunyi sudu mengacau air pula. Zarif yang masih terbaring di sofa hanya menantikan sahaja siapakah gerangan yang begitu asyik mengacau air itu. Tiba-tiba Aira muncul bersama 'mug' ditangannya.

"Awalnya bangun pagi." Tegur Zarif sebaik sahaja dia ternampak kelibat Aira.

"Oh my god!" Terkejut Aira. Dia hampir melepaskan mug ditangannya.

"Opss..sorry..sorry..." Ungkap Zarif setelah membuatkan Aira terkejut sebentar tadi.

"Zarif..." Nada yang agak manja terpacul dari mulut Aira. Dia segera berjalan menghampiri Zarif yang sedang baring di sofa.

"Ni bangun awal ke takleh tidur sebab rindu kat saya? " Soal Zarif sambil tersenyum. Aira hanya memandang Zarif tanpa sebarang kata-kata.

Dengan spontan Aira turut baring di sebelah Zarif. Kepalanya diletakkan dilengan Zarif yang kekar itu. Dia membelakangi Zarif kerana malu untuk menjawab soalan Zarif itu. Ya... Dia sememangnya rindukan Zarif.

Tindakan Aira itu sudah jelas membuatkan Zarif faham akan jawapannya. Zarif melingkarkan tangannya ke pinggang Aira. Aira dipeluknya dari belakang dengan erat. Terasa kehangatan tubuh Aira.

"I miss you like crazy!" Bisik Zarif perlahan ke telinga Aira lalu mencium leher dan belakang kepala Aira.

Mendengar ayat dan perlakuan Zarif itu maka Aira segera memalingkan badan dan wajahnya mengadap Zarif. Kini wajah Zarif hanya seinci sahaja dengan wajahnya. 

"I miss you too." Aira mengucup lembut bibir yang dirinduinya itu. Dia memeluk erat Zarif lalu melelapkan matanya.

Pagi itu akhirnya Aira dapat tidur dengan lena sekali di dalam pelukan Zarif walaupun hanya  beberapa jam sahaja lagi langit akan mulai cerah. Masing-masing yang dari tadi tidak dapat lelapkan mata dan akhirnya terbuai dengan mimpi indah masing-masing.

BEBERAPA JAM KEMUDIAN

"Lailahaillalah Muhammad Rasulullah.." Mengucap panjang Mak Imah apabila pagi itu ketika dia bangun untuk menyediakan sarapan dia terlihat Zarif dan Aira tidur berpelukan di sofa.

Zarif dan Aira terbangun daripada tidur apabila kedengaran suara Mak Imah yang nyaring itu. Aira mencuit-cuit bahu Zarif minta untuk bangun. 

"Zarif..Aira... Dekat rumah ni  saja ada banyak bilik tapi kenapa kat sofa ni juga kamu tidur?" Soal Mak Imah kepada Aira dan Zarif.

"Sorry Mak Imah!" Serentak Zarif dan Aira.

Aira segera menarik tangan Zarif dan mengajaknya sambung tidur ke bilik. Zarif melihat jam tangannya menunjukkan sudah pukul 6.45 pagi. Waktu syuruk pun dah hampir dekat.

"Kita solat Subuh sama-sama dulu ok sayang?" Zarif menarik tangan Aira sebaik Aira cuba untuk baring semula ke atas katil di biliknya. Aira mengangguk dan akur dengan ajakan suaminya itu.

"Aikk.. Kenapa tak siap lagi? Hari ni taknak pergi office ke?" Soal Zarif apabila dia menyedari Aira naik ke atas katil semula dan kemudian berselimut selepas mereka selesai solat Subuh berjemaah.

"Macam malas pulak nak pergi office hari ni. Nak sambung tidur jer rasanya." Aira mengeliat panjang.

"Mentang-mentang bos leh ikut suka je taknak datang kerja yer. Awak tau tak.. Kalau awak tak datang kerja.. Kak Mira akan jadi tidak keruan tau.. Dia jadi macam mak kucing hilang anaknya." Ujar Zarif. Dia teringat dulu kalau Aira tak datang atau lambat datang kerja mesti Kak Mira akan telefonnya bertanyakan Aira.

" Owhh really.. So I ni anak kucing la yer.. Meow.. Meow... " Aira mengesel-gesel mukanya ke lengan Zarif seolah-olah seperti anak kucing.

"Awak jangan.. Kang saya terkam jadi kucing jantan kang baru tau.." Zarif segera melompat ke atas katil. Aira ketawa berdekah-dekah.

"Zarif..geli laa.. geli.. Hahaha.. Adoii.. No.. No..."Aira menjerit dan gelak dengan kuat sekali apabila Zarif mengesel-gesel kumisnya ke muka Aira.

Mak Imah di dapur hanya menggeleng-geleng kepalanya apabila mendengar suara Aira menjerit dan kemudian ketawa. Sebelum ini banglo ini agak sunyi tetapi hari ini sebaliknya. Ceria dan meriah walaupun penghuninya tidak ramai. Mungkin ceria kerana gelak ketawa Aira.

"Aira ni ..kalau gelak tak reti nak control langsung volumenya." Ngomel Mak Imah di dalam hati.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi tetapi Aira masih melingkar lagi di atas katil bersama Zarif. Aira meletakkan kepalanya di dada Zarif yang bidang itu. Sesekali jarinya yang halus itu bermain-main di pusat Zarif. Sudah beberapa kali Zarif menepisnya kerana geli tapi Aira tidak endahkannya. Makin galak lagi adalah.

"Awak ni notty yer..Saya geli tau..." Zarif segera mengambil jari Aira lalu digigitnya perlahan.

"Boleh tak kalau lepas ni I panggil you Abang?" Soal Aira.

"Of course la boleh sayang bucuk Abang." Zarif mengucup jari Aira.

"Abang..abang...abang...." Aira menyebutnya berulang kali sambil tergelak kecil. Dia terasa janggal sebenarnya.

"Iyer...sayang..sayang...sayang...sayang abang."

Zarif mengelus-ngelus rambut Aira yang panjang itu lalu dikucupnya dahi Aira kemudian terus ke bibir mungil Aira. Aira membalas kucupan itu berulang kali. Akhirnya mereka hanyut di lautan asmara pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience