Kelihatan sebuah kereta BMW berhenti di luar pagar banglo Aira. Pak Hussien dari jauh sudah mengenali pemilik kereta tersebut. Sati, pengawal Nepal yang bertugas hari itu berkeras tidak membenarkan kereta tersebut masuk ke perkarangan rumah. Pak Hussein segera mendekati pondok pengawal tersebut.
"Pak Hussein... Aira ada tak kat rumah?" Soal Naim yang lengkap berpakaian seragam juruterbangnya.
"Maaf Encik Naim.. Buat masa ni Cik Aira tak mahu jumpa Encik Naim." Pak Hussien terpaksa menipu. Dia memang cukup tak berkenan si Naim tu. Lagi pun Aira sudah jadi isteri Zarif.
"Pak Hussein.. Please... Ade benda penting saya nak bincang dengan dia." Rayu Naim.
"Tak boleh Encik Naim.. Memang Cik Aira taknak jumpa Encik Naim. Pakcik mohon maaf sangat-sangat."
Kerana kesuntukkan masa untuk bertugas, akhirnya Naim segera beredar dari banglo tersebut. Pak Hussien pula segera masuk ke dalam rumah. Kali ni dia nak membawang dengan Mak Imah di dapur. Semenjak dia cuti sakit banyak perkara dalam rumah ni yang dia terlepas.
"Tadi sebenarnya Naim ada datang tapi saya bagitau Cik Aira taknak jumpa." Pak Hussien membertahu Mak Imah.
"Bagus la juga tu Sin.. Saya bimbang dia nak kembali balik dengan Aira je. Tak berkenan la saya si Naim tu.. Saya lagi kenan kalau Aira dengan si Zarif tu." Mak Imah bersuara.
"Sama la juga saya Imah.. Saya lagi berkenan si Zarif tu.. Elok budaknya..tapi masalahnya derang berdua ni tengah dingin tak reda lagi." Kopi di dalam cawan segera diminum Pak Hussien.
"Kamu nasihat la si Zarif tu Sin.. Buat la sesuatu dengan mereka ni." Mak Imah meminta Pak Hussein untuk membantu meredakan keadaan.
Tiba-tiba Aira muncul di dapur. Dia mencapai gelas lalu mengambil air kosong di mesin penapis air. Aira duduk di kerusi di hadapan Pak Hussein.
" Amboii.. Mak Imah dan Pak Hussein ni duk bercerita topik hangat apa hari ni?" Soal Aira.
"Topik apa lagi... Topik hal kamu dengan Zarif la..." Jawab Mak Imah.
"Alaa... Mak Imah ni buat saya teringat dekat Zarif pulak.Saya pun tak tahu bagaimana kesudahan kitorang ni. " Nada Aira sungul.
"Aira sayang Zarif tak?" Soal Pak Hussien.
"Ntah la Pak Hussien.. Saya tak tahu perasaan saya ni macam mana tapi apa-apa pun saya kena dapat kepastian daripada Zarif saya ni apa untuk dia. Saya taknak gantung tak bertali." Jelas Aira.
"Kalau macam tu lebih baik jumpa dia face to face dan tanya dia dengan jelas. Hubungan perkahwinan ni jangan di buat endah tak endah pulak. " Cadang Pak Hussien.
"Kita cari dia di USM esok boleh tak? Amirul pun dah bagi serba sedikit info pasal Zarif dekat saya." Pak Hussien angguk setuju. Apa yang dia boleh buat melainkan setuju sahaja apa yang majikannya perkatakan.
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang itu macam-macam yang dibualkan Aira dan Pak Hussien termasuklah kisah bagaimana dia dan Zarif boleh tertangkap.
"Cuba bagitau pakcik betul-betul, Aira sebenarnye suka dan sayang Zarif ke tak?" Soal Pak Hussien.
"Saya tak tahu Pak Hussien sebab saya dan dia tak pernah bercinta. Tapi satu jer saya nak bagitau pakcik.. Sejak dia dah lafazkan akad nikah hari tu memang saya cuba untuk terima dia dan serahkan zahir dan batin saya pada dia." Pengakuan Aira itu membuatkan Pak Hussien tersenyum.
" Ooo kalau begitu.. Cik Aira cubala ambik hati dia."
"Nak ambik hati macam mana... Jumpa pun susah.. Call tak angkat... Mesej tak reply. Kali ni saya tekad nak jumpa dia dapatkan kepastian akan hubungan kami ni. Masih suami isteri atau dia nak lepaskan saya." Tekad AIra.
"Kalau boleh biarlah hubungan kamu berkekalan. Zarif tu budak baik tau Aira. Rugi kalau kamu lepaskan dia."
"Bistu saya nk buat macam mana?" Soal Aira lagi.
"Zarif tu lelaki Aira.. Manusia biasa.. Apa salahnya kalau kamu goda dia. Kamu pun cantik orangnya.. Silap haribulan hanyut dia dengan godaan kamu tu.Iman lelaki ni kalau dengan orang perempuan boleh kalah jadinya. " Cadang Pak Hussien yang membuatkan mereka ketawa besar di dalam kereta.
----------------------------------------------
Zarif sedang mengadakan sedikit perbincangan dengan kawan sekelasnya di kafetaria.
" Zarif... Ada awek cari kau. Tadi dia cari kat hostel tapi aku bagitau dia suh cari kau dekat cafe." Bidin, roomate Zarif segera menelefonnya.
"Awek mana plak?Student sini jugak ke?"
"Entahla weh.. Yang pastinya awek tu cun dan seksi." Terang Bidin dengan penuh teruja.
"Haa... Oklah Bidin.. Kau jangan teruja sangat sebab awek tu cari aku dan bukan kau. Babai." Panggilan segera diletakkan.
Sebaik saja panggilan Bidin itu diletakkan tiba-tiba kedengaran nama Zarif dipanggil. Ya... Aira berjalan menghampiri Zarif yang sedang berkumpul dengan group discussion nya.
Terbuntang biji mata Zarif kerana terkejut dengan kehadiran Aira. Kawan-kawan yang lain turut memandang Aira.
"Zarif.. We need to talk!" Tegas Aira tapi dalam nada perlahan.
"Haa..." Zarif masih tidak percaya dengan kehadiran Aira itu.
"Sorry yer... I nak culik Zarif sekejap." Aira mendekati meja kawan-kawan Zarif itu sambil berseloroh hendak menculik Zarif. Sedikit senyuman di lemparkan kepada mereka itu. Ditariknya tangan Zarif lalu meninggalkan kafetaria itu. Kawan-kawan Zarif terkedu seketika dan masing-masing semuanya bertanda tanya.
"Aira...stop..stop.."
"No..taknak..I taknak stop..." Ditarik-tariknya tangan Zarif itu supaya mengikutnya hingga ke kereta.
"Ok.. fine saya jalan sendiri. Boleh tak jangan tarik-tarik.. Malu la.. Ramai yang duk tengok kita ni." Aira melepaskan tangan Zarif. Zarif mengikuti Aira dari belakang berjalan menuju ke kereta Vellfire putih.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta, Pak Hussein menekan pedal minyak kereta dan meninggalkan kampus itu. Mereka menuju ke Padang Kota Lama untuk menikmati rojak pasembur. Aira yang beria-ria sangat nak makan.
Pasembur Gani antara kedai yang pasembur yang glamour dan sedap dikalangan pelancong. Aira dan Zarif duduk di meja manakala Pak Hussein sedang membayar. Akhirnya sepinggan besar pasembur muncul. Aira begitu teruja.
"Aira.. Awak datang sini kenapa? Ada urusan kerja ke?" Soal Zarif sambil meletakkan pasembur ke dalam pinggan kecil.
"Tak lah... I datang ni sebab ada urusan rumahtangga." Spontan jawapan Aira. Aira merenung Zarif sambil tersenyum. Dia pun tak sangka boleh jawab macam tu.
"Ooo..." Zarif tak terkata mendengar jawapan Aira tu.
"Makan puas-puas tau Cik Aira.. Bukan senang kita nak datang Penang ni." Pak Hussein pula mencelah.
"Zarif.. You nak tak ni.. I tak suka janggut sotong tapi kalau janggut orang I suka la!" Aira meletakkan janggut sotong ke dalam pinggan Zarif sambil tersengih-sengih. Zarif bagai nak tercekik mendengar kata-kata Aira. Secara automatik Zarif memegang janggut halus dibawah dagunya. Pak Hussien pulak hampir nak tersembur air yang diminumnya.
Kereta dipandu Pak Hussein menuju ke jambatan Pulau Pinang. Zarif di dalam kereta mulai resah kerana pukul 4.30 petang nanti dia ada kuliah tetapi Pak Hussein tidak menghantarnya pulang ke kampus sebaliknya terus menghala ke jambatan Pulau Pinang. Kali ni dia rasa betul di culik oleh Aira dan Pak Hussein.
"Pak Hussein.. Nanti kita singgah kejap yer ke mall yang dekat ngan hotel.. Saya nak beli barang sekejap."
Zarif terlena di dalam kereta. Ikutkan Aira dia hendak berbincang dengan Zarif pasal hubungan mereka itu di dalam kereta tetapi mamat tu tertidur plak.
Kereta sampai dilobi mall. Kelihatan begitu ramai orang dan kereta disitu. Ada event apa hari? Pak Hussein menurunkan Aira dan Zarif disitu. Sebaik sahaja Aira berjalan menuju ke pintu mall tiba-tiba sekumpulan anak muda berlari sambil menjerit bagai terkena histeria...
Laaa rupanya pelakon popular dari Korea datang sebagai duta untuk produk jam tangan. Aira hampir terjatuh akibat dirempuh anak-anak muda itu. Zarif segera menarik lengan Aira. Aira mulai panik dengan situasi yang berlaku. Dia segera memegang tangan Zarif manakala Zarif menarik badan Aira betul-betul dekat dengan badannya kerana orang dibelakangnya mulai tolak menolak.
"Zarif..."Aira memegang tangan Zarif erat. Dia tidak mahu mereka terpisah dikalangan orang yang ramai itu. Tak pasal-pasal mereka terjebak dengan budak-budak ini.
Akhirnya mereka dapat melepaskan diri dari kumpulan anak remaja yang fanatik dengan pelakon Korea itu. Mana taknya.. Ji Chang Wook yang datang weh!
Share this novel