EPISOD 1

Romance Series 4310

Pagi itu hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Aira tidak dapat tidur dengan tenang kerana memikirkan daddy dan mummynya yang tidak kunjung tiba. Panggilan telefonnya semalam pun tidak terjawab. Hati Aira gundah. Tiba-tiba muzik lagu Dealova kedengaran di hujung meja.

"Eh, tu ringtone handphone aku tuh". Anak mata coklat Aira buntang memandang nombor yang tidak dikenali di skrin telefonnya.

"Hello!" Aira menjawab paanggilan dari nombor yang tidak dikenali itu.

"Boleh saya bercakap dengan Cik Aira Hawarina." Suara lelaki kedengaran di talian.

"Ye saya bercakap. Ni siapa yer?" Ujar Aira.

"Maaf ye cik. Saya Sarjan Hamid dari Balai Polis Bentong. Saya nak maklumkan kepada cik yang bahawa Tan Sri Ahmad Zainudin dan Puan Sri Mastura telah terlibat dalam kemalangan. Kedua-dua jenazah kini berada di Hospital Bentong. Mohon cik datang ke hospital untuk membuat mengecaman ye.Terima kasih." Aira tergumam ditalian dan tanpa disedari air matanya mengalir jatuh perlahan-lahan.

Aira tersandar di bucu katil sambil menangis teresak-esak. Pagi kelmarin dia baru bersembang dengan Puan Sri Mastura di telefon menyatakan kerinduannya kepada mummy dan daddynya. Hampir seminggu Tan Sri Ahmad Zainudin dan Puan Sri Mastura berada di Kelantan untuk urusan misi memberi bantuan kepada keluarga-keluarga miskin. Rupanya suara Puan Sri ditalian semalam adalah suara yang terakhir dapat didengari oleh Aira.

Aira segera bergegas lari menuruni anak tangga untuk mendapatkan Mak Imah. Makin lama makin kuat tangisan Aira. Mak Imah di dapur pun pelik kenapa pagi-pagi lagi Aira menangis dengan kuat sekali.

"Mak Imah...Mak Imah...Mak Imah.." Aira menjerit-jerit memanggil Mak Imah bagai terkena histeria.

"Ye Aira...Mak Imah kat dapur ni." Mak Imah berlari-lari mendapatkan Aira di ruang tamu. Mak Imah pelik.

"Cuba Aira bagi tau Mak Imah kenapa Aira menangis sampai macam ni?" Mak Imah kebuntuan.

"Mummy..daddy...accident Mak Imah!." Aira segera memeluk Mak Imah erat. Air matanya tak henti-henti mengalir.

"Ya Allah..." Mak Imah dan Aira berpelukan kesedihan. Terenjut-enjut badan mereka menahan tangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience