EPISOD 63

Romance Series 8446

Azman Architect Sdn. Bhd hari ini kecoh dengan amukan Azizul. Semua staff  diam dan masing-masing buat-buat sibuk dengan kerja. Mereka sudah sedia maklum dengan Azizul yang sejak menjak ini kerap mengamuk tak tentu pasal.

Dato' Azman yang sedang berjalan menuju ke bilik kerjanya terhenti seketika apabila dia terdengar Azizul menjerit-jerit seperti kena rasuk.

"What happen to you sampai dah macam orang gila ni?" Dato Azman menjengah ke bilik Azizul.

"Papa... Tan Sri Syed Ibrahim choose Prisma Wave Group... Not us!" Bentak Azizul sambil mengetuk meja.

"Then... You nak give up and jerit-jerit macam gila! Come on Zul.. Malu la staff tengok bos diorang macam ni."

"Mana I tak gila papa... I really need that project!"

"Zul... You kena terima kenyataan... Tan Sri tu lebih suka sentuhan idea Adam!" Kata-kata Dato Azman itu membuatkan Azizul menjadi semakin naik angin.

"Damn! Papa... You sebut nama dia lagi. Please stop it boleh tak? Sakit hati betul la kalau dengar nama dia!" Azizul meninggikan suara kepada Dato Azman.

"Adam deserves it!" Nama itu disebut lagi oleh Dato Azman.

"Papa... You memang saje nak sakitkan hati I kan? Panggg!!" Azizul menutup pintu dengan kuat lalu keluar meninggalkan Dato Azman keseorangan. Dato Azman mengeleng kepala melihat sikap baran Azizul yang semakin menjadi-jadi.

"Anak kurang ajar!" Ngomel Dato Azman lalu segera ke biliknya.

-------------------------------------------

Aira mengadakan perjumpaan kecil dengan kumpulan yang menguruskan projek Mercury Mall and Residents.

"Terima kasih kepada yang hadir. Hari ni I nak bagitau you all yang kita berjaya mendapatkan projek Mercury Mall and Residents tu. Tan Sri Syed Ibrahim sangat sukakan our idea." Mereka yang berada di bilik mesyuarat pada pagi itu bersorak kegembiraan apabila mendengar khabar itu daripada Aira.

" Congratulations to all for your work hard guys! So...Hari ni I akan belanja you all hitea dekat Shangri-La Hotel. See you there this evening ya! "  Tepukan menjadi lebih gemuruh apabila mereka mendengar kata-kata Aira itu.

"Alhamdulillah..." Zarif mengangkat kedua tangannya tanda bersyukur.

Perjumpaan ringkas itu akhirnya bersurai.  Aira memberi isyarat mata kepada Zarif supaya datang ke biliknya dan Zarif mengangguk kecil.

"Abang... Tahniah!" Aira yang menanti kehadiran Zarif dari tadi tersenyum lebar apabila Zarif masuk ke biliknya. Aira menarik tangan Zarif dan mengajak duduk di sofa.

"Thank you sayang sebab percayakan abang dan bagi peluang dekat abang untuk handle this project!" Zarif mencium jemari Aira dan Aira membalas kucupan di pipi Zarif.

"Actually... I just followed Pak Long punya advice. He really know and trust you!"

"Owhh really? " Soal Zarif.

"Iyer.. So.. Nanti Abang nak hadiah apa?" Soal Aira sambil memandang tajam ke anak mata Zarif.

"Ermm... Kalau abang cakap abang nak hadiah baby boleh tak?" Jawab Zarif dengan senyuman nakal.

"Abang... Kalau hadiah tu process nya lama... Nanti abang kena tunggu lebih 9 bulan baru hadiah tu deliver dekat you." Ungkap Aira dengan wajahnya merona merah.

"It's ok... I will wait and let's enjoy the process!" Sepontan jawapan Zarif.

"Abang...." Belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, Zarif mengeyitkan matanya kemudian bangun meninggalkan bilik Aira.

Anne yang menuju ke pantry terserempak dengan Zarif yang berjalan laju. Kemudian dia terlihat sesuatu di wajah Zarif.

"Zarif.." tegur Anne.

"Owh... Hai Anne!" sapa Zarif.

"Zarif... Laju sangat nak pergi mana tu?"

"Rushing skit sebab nak buat important call." Jawab Zarif.

"Zarif..tu..tu..pipi tu... Ade lipstick.. Cik Aira yang kiss ke? Amboiii... Advance yer!" Bisik Anne perlahan supaya tiada orang yang terdengar.

"Alamak... Yer ke? Thanks Anne!" Wajah Zarif merah padam apabila mendengar kata Anne itu. Dia segera menyapu kesan lipstik itu dengan tangannya dan berlalu pergi.

"Amboi Cik Aira... Zarif... Kena kahwin cepat ni! Mesti meletup gila.. Wedding of the year!" Kata Anne di dalam hati sambil tersenyum-senyum.

--------------------------------------------

"Assalamualaikum Pak Long!" Zarif memberi salam kepada Tan Sri Omar ditalian.

"Waalaikumsalam Zarif." Jawab Tan Sri Omar.

"Alhamdulillah..and thank you Pak Long sebab trust me to handle Mercury Mall and Residents tu. Aira bagitahu saya yang Pak Long advice her." 

"Yer...memang Pak Long advice her...I know you can do it. So please help her! How's the result? Dapat ke projek tuh?" Ujar Tan Sri Omar.

"Yerr...alhamdullillah dapat..tu yang call Pak Long ni." 

"Owhh...bagus..bagus...alhamdulillah...so next coming project akan menyusul...Pak Long nak you fight the Azman Architect Sdn Bhd tuh...jangan bagi langsung diorang menang segala projek yang ada kat KL ni." Kata Tan Sri Omar yang seolah-olah ada sedikit berbau dendam.

"But why?" Soal Zarif.

"Pak Long benci dengan anak Dato Azman tu..kurang ajar..and bapak dia pulak asyik back up jer anak dia!" Terang Tan Sri Omar dengan penuh emosi.

Zarif ditalian kebingungan dengan kata-kata Tan Sri Omar itu. Sepanjang dia bekerja di Azman Architect Sdn Bhd dulu, Dato Azman yang dikenalinya adalah seorang yang baik dan sentiasa memberi semangat kepadanya untuk bekerja. Dia hairan kenapa Tan Sri Omar ini sangat berdendam dengan Azman Architect Sdn Bhd itu.

"It's ok Zarif...just focus your work. Pak Long terlalu terbawa-bawa perasaan amarah Pak Long ni. If you free come to my office ye..Pak Long akan cerita segalanya nanti. Cakap dalam telefon ni tak puas la. Kirim salam dekat Aira yer." Tan Sri Omar segera menamatkan perbualan mereka.

"Ok Pak Long..Insyallah..." Jawab Zarif ringkas.

Sejak menamatkan perbualannya dengan Tan Sri Omar tadi, Zarif tidak senang duduk kerana memikirkan kata-kata Tan Sri Omar tadi. Dia akan  cuba menyelidik kenapa Tan Sri Omar begitu berdendam sangat dengan Azman Architect Sdn Bhd. Sepanjang dia bekerja di situ dulu rasanya syarikat itu tidak pernah pun membuat sebarang urusan dengan Tan Sri Omar. Dia cuma kenali Tan Sri Omar ketika itu adalah seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang pembinaan dan beberapa perniagaan import eksport kenderaan mewah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience