Pak Hussin yang sedang mencuci kereta di perkarangan banglo mewah itu hanya memerhatikan sahaja Porsche Cayenne putih milik Aira masuk melalui pintu pagar yang terbuka. Aira keluar dari keretanya dalam keadaan kaki terhinjut-hinjut. Pak Hussin mendekati Aira.
"Kenapa kaki tu Cik Aira?" Tegur Pak Hussin.
"Terseliuh Pak Hussin. Saya terjatuh semasa jogging tadi." Aira berjalan terhinjut-hinjut menuju ke pintu utama rumah. Pak Hussin mengekori Aira dari belakang.
"Sebenarnya Pak Hussin tadi kan Aira pun kena kacau ngan tiga ekor monyet tau masa kat Tasik Perdana tuh?" Aira menanggalkan sweater yang dipakainya.
"Haaa monyet?Dekat Tasik Perdana tu ada banyak monyet ke?" Pak Hussin terkejut. Aira tersenyum bila tengok muka Pak Hussin yang terkejut itu.
"Ye Pak Hussin..ada monyet kepala hitam tadi. Nasib baik ada ironman datang selamatkan Aira tau." Seloroh Aira.
"Ironman?" Pak Hussin mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu meninggalkan Aira kesorangan di sofa.
Tiba-tiba Aira terpandang sweater yang disangkutnya di kerusi tadi.
"Ermm Ironman tu nama apa yer? Camna aku nak pulangkan balik sweater mamat ni? Elehh sweater ni pun dah buruk.Lantak lah." Dibelek-beleknya sweater yang sudah kering itu menggunakan hujung jari telunjuknya.
" Mak Imah...Aira lapar la. Nasi goreng ada lagi tak?" Terhinjut-hinjut Aira berjalan mendapatkan Mak Imah di dapur. Kecur liurnya menahan lapar. Mak Imah tidak kelihatan di dapur. Aira membuka tudung saji di dapur lalu meletakkan sesenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.
"Haii Aira..sesenduk je ke?" tegur Mak Imah yang tiba-tiba muncul di dapur.
"Cukup la tuh..kang gemuk pulak Aira. Dah la baru balik dari jogging. Rugi je pegi jogging kalau makan bersenduk-senduk." Sedikit demi sedikit nasi goreng dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Mak Imah, kat atas kerusi kat luar tuh ada satu sweater. Boleh tak Mak Imah tolong basuhkan sweater tuh?" Aira memuncungkan mulutnya ke arah sweater yang tersangkut di kerusi meja makan utama.
"Sweater siapa ni Aira? Tak pernah Mak Imah tengok Aira pakai sweater ni. Bau pun bau orang lelaki ni." Mak Imah mencapai sweater tersebut lalu duduk di hadapan Aira.
"Ironman punya." Ringkas jawapan Aira sambil tersenyum-senyum.
"Ada-ada aje lah kamu ni Aira." Mak Imah menepuk bahu Aira lantas terus ke bilik dobi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aira memicit-micit kakinya yang terseliuh tadi. Minyak panas disapu pada kakinya yang terseliuh itu lalu diurut-urutnya. Sesekali dahinya berkerut menahan sakit.
"Cute juga mamat tadi tu." Aira berbicara di dalam hati. Dia seakan terlupa kekasihnya yang bernama Naim itu.
Naim dan Aira sudah bercinta hampir 3 tahun tetapi tanda-tanda untuk mendirikan rumah tangga langsung tidak kelihatan. Naim yang merupakan seorang juruterbang kerap kali sibuk dengan jadual penerbangan. Sebulan hanya beberapa kali sahaja mereka dapat bertemu. Aira pasrah dengan kesibukan kekasihnya itu.
"Dah la cute..sado plak tu. Tapi....ishh...apesal aku duk teringat mamat tu plak. Aira..Aira..come on..wake up...wake up.." Aira menepuk-nepuk dahinya.
Telefon bimbit di atas meja dicapainya. Ruangan galeri dibuka. Satu persatu gambar dilihat Aira sambil tersenyum. Naim..kekasih hati yang sudah lama tidak berjumpa. Telefon pun Naim sudah lama tidak hubungi Aira. Kali ini penerbangan Naim ke mana pun Aira tidak ketahui. Selalunya bila Naim tiada penerbangan baru Naim akan hubungi Aira. Tapi kali ini sudah hampir sebulan Naim mendiamkan diri. Aira hubungi Naim pun selalu masuk ke peti pesanan suara. Aira redha.
Tiba-tiba telefon berbunyi. Nama Naim tertera di telefon. Aira teruja untuk menjawab panggilan telefon itu.
"Hello...assalamualaikum baby sayang." Aira tersenyum ditalian.
Share this novel