Kesemua kakitangan di syarikat Azman Architect Sdn Bhd amat terkejut dengan kemunculan Datuk Azman setelah hampir setahun setengah dia menjalani rawatan di luar negara. Sehubungan itu satu mesyuarat tergempar diadakan baik meraikan sekembalinya Datuk Azman ke pejabat.
"Mana Adam?" Soal Datuk Azman kepada Azizul. Matanya liar mencari Adam.
Semua kakitangan menyapanya dan mengalu-alukan kehadirannya semula tetapi Adam tidak kelihatan. Datuk Azman masih memandang Azizul dan menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Azizul tetapi Azizul seolah-olah tidak dapat menjawapnya.
"Papa tanya kamu ni Zul..mana Adam?" Soal Datuk Azman yang masih menanti jawapan.
"Err..err...Adam sebenarnya dah berhenti?" Tergagap-gagap Azizul hendak menjawab soalan daripada papanya.
"Berhenti??!!Why?Kenapa kamu tak bagi tahu papa?" Bentak Datuk Azman di biliknya.
"Almost setahun dah dia berhenti dah so papa please forget Adam ok!" Azizul menjawab dengan nada yang agak tinggi lantas keluar dari pejabat papanya.
Datuk Azman pemilik Azman Architect Sdn Bhd yang hampir setahun setengah menjalani rawatan kansernya di luar negara. Azizul yang merupakan satu-satunya anak lelaki Datuk Azman yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikatnya di sepanjang ketiadaanya di Malaysia. Mohd Adam Zarif yang disebut Datuk Azman pula merupakan salah seorang pekerja yang disayangi oleh Datuk Azman. Seorang arkitek muda yang berkebolehan, rajin dan cerdik.
"Kamu tak nak bagitahu papa yer..its ok..i'll fine it sendiri nanti." Datuk Azman mengurut-urut dadanya sendiri untuk menahan kesabaran.
"Suzy...masuk sekejap. Ada benda yang saya nak tanya you." Soal Datuk Azman kepada Suzy yang merupakan Setiausahanya sebaik sahaja interkom ditekan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SETAHUN YANG LALU
Hari itu Adam terpaksa menyiapkan kerja-kerjanya yang hampir mencapai 'dateline' maka dia ambil keputusan untuk kerja sampai malam. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 9.00 malam baru dia sedari hanya dia seorang sahaja yang masih tinggal di pejabat.
"Sikit lagi nak siap ni. Pasni boleh balik dah." Adam berkata-kata di dalam hati sambil memicit-micit lehernya.
Paangg...kedengaran bunyi yang amat kuat seperti ada benda terjatuh membuatkan Adam terkejut. Dia mencari-cari dari manakah datangnya bunyi itu.
"Tolong Encik Zul jangan buat saya macam ni." Siti meminta simpati.
"Alaa sikit jer...boleh la..I nak tengok rambut you sikit jer..Mesti panjang dan cantik macam tuannya" Azizul cuba menyelak tudung Siti.
"Please..saya merayu sangat-sangat ni." Siti merayu dan menangis sambil menepis tangan Azizul.
Tiba-tiba pintu bilik Azizul dibuka dengan kuat kemudian satu tumbukan hinggap ke muka Azizul. Azizul jatuh tersungkur dan Siti segera bangun dari kerusi lantas berlari keluar.
"Apa ni Encik Zul buat perkara macam tu dekat budak praktikal kita?" Adam memicit-micit tangannya yang sakit kerana tumbukannya terlalu kuat tadi.
"Kau jangan nak menyibuk boleh tak?Tak guna punya sial." Azizul bangun dan cuba untuk membalas tumbukan Adam tadi tetapi Adam lebih cepat menepis dan membuatkan Azizul jatuh tersungkur untuk kali kedua.
"Sorry yer Encik Zul...saya memang terpaksa menyibuk sebab perkara yang Encik Zul buat ni salah. Kalau Siti tu report polis malu office kita tau!" Dengan lantang dan tegas Adam bersuara lalu meninggalkan pejabat Azizul.
Siti mengemas barang-barangnya di meja dengan tangisan. Adam pula segera ke tempatnya lalu menutup komputer dan mengemas mejanya untuk pulang. Adam mencari Siti untuk ketahui bagaimana keadaan Siti ketika ini. Kelihatan Siti di pintu lif sambil mengelap airmatanya.
"Siti..." Adam menegur Siti.
"Encik Adam...terima kasih yer pasal tadi." Siti berterima kasih kepada Adam.
"Sama-sama...Awak ok tak Siti?Dia ada apa-apakan awak ke sebelum tu?" Soal Adam kepada Siti. Siti Radiatul merupakan gadis praktikal yang kecil molek dan cantik orangnya.
"Dia tak sempat buat apa-apa...tapi...saya takut la Encik Adam." Kelihatan Siti agak trauma.
Pintu lif terbuka dan mereka masuk ke dalam. Sepanjang di dalam lif Siti hanya berdiam diri. Dia masih mengesat airmatanya yang perlahan-lahan turun.
"Dah la yer Siti jangan risau. Saya akan cuba bantu awak apa yang patut. Tapi saya nak tanya sikit boleh tak Siti?" Soal Adam.
"Apa dia tuh Encik Adam?"
"Saya ingatkan awak dah balik sebab dah lewat sangat. Awak buat apa dalam bilik Encik Azizul tuh malam-malam ni?" Soal Adam lagi dan tekun menunggu jawapan daripada Siti.
"Sebenarnya petang sekitar dalam pukul 6.30 tadi masa saya siap-siap nak balik tiba-tiba Encik Zul minta saya tolong dia buat semakan tentang dokumen projek dalam bilik dia. Dia cakap mata dia berpinar-pinar nak tengok dokumen tuh." Terang Siti kepada Adam sambil berjalan keluar dari bangunan Azman Architect Sdn.Bhd.
"Siti..awak kena ingat..awak tu student praktikal so awak tak patut kerja sampai malam. Next time kalau kena stay sampai malam awak kena mintak siapa-siapa teman or maklumkan je kepada saya." Bebel Adam yang juga merupakan supervisor Siti selaku pelajar praktikal di syarikat itu.
"Saya sebenarnya tadi kan serba salah..Sebab Encik Zul tu kan bos besar..so kalau ingkar arahan dia nanti dia gagalkan saya plak."
"Awak jangan risau la yer..insyallah lepas ni dia tak berani buat apa-apa kat awak dah..sebab kalau dia kantoi dia juga yang malu. Tapi kalau dia buat hal lagi awak bagi tau saya yer." Adam cuba untuk tenteramkan Siti.
"Terima kasih Encik Adam." Siti berterima kasih kepada Adam lalu melangkah menuju ke pondok hentian bas.
"Siti...Siti...meh saya tolong hantar awak balik." Laung Adam kepada Siti. Laungan Adam itu menghentikan langkah Siti. Tiba-tiba kereta Azizul berhenti dihadapan Siti. Siti dengan pantas berlari ke tempat kereta yang di parkir Adam.
Melihat keadaan Siti yang kelam kabut dan kereta Azizul yang berhenti itu maka Adam segera mengajak Siti masuk ke dalam keretanya. Dia segera menghantar Siti pulang ke rumahnya yang jarak jauhnya lebih kurang 15km. Di sepanjang perjalanan Siti diam membisu sahaja dan hanya kusyuk mendengar lagu-lagu yang dimainkan di radio sahaja.
Share this novel