Telefon Aira di dalam beg Zarif tidak berhenti-henti berbunyi. Zarif tidak endahkannya kerana dia tidak berani untuk mengangkatnya.
"Kenapa kamu tak angkat panggilan tu Zarif?" Isteri Pak Hussien , Mak Misah menegur Zarif.
"Biar jelah Makcik..sebab tu sebenarnya bukan telefon saya pun." Zarif menjelaskan.
"Tapi telefon tu asyik berbunyi je dari tadi. Makcik takut ada hal penting je." Mak Misah menepuk bahu Zarif apabila telefon tersebut berbunyi lagi.
"Yerlah saya angkat sekarang.Makcik pergi la pilih apa yang nak dibeli tu kang lambat pulak." Mak Misah memandang Zarif dan mengangguk-angguk kepalanya mengiyakan kata-kata Zarif.
Skrin telefon Aira kelihatan nama NAIM. Nama ni la yang dari tadi duk naik di skrin telefon Aira. Tanpa buang masa Zarif menjawab talian telefon itu.
"Hello.." Zarif bersuara.
"Hello..Woi kau ni siapa? Napa kau pegang telefon ni ha? Bukan ke ni nombor Aira kan?" Naim menjerit-jerit di talian.
"Call pastu nak menjerit-jerit.Kau tau tak bingit telinga aku!" Zarif mulai geram.
"Kau ni siapa sial? Aku nak cakap dengan Aira. Dah banyak kali aku call dia dari tadi tapi last-last kau yang angkat. Aku nak cakap dengan Aira."Naim menjerit lagi.
Ehhh mamat ni men'sial'kan aku pulak. Kurang ajar betul.
"Kau ni takde adab ke? Tak boleh ke cakap elok-elok dan bertenang. Aku ni abang Aira...ko ada masalah ke?" Zarif tersengih di talian.
"Kau tak payah nak tipu aku yer..Aira takda abang. Aku tau la!!" Naim mulai panas hati.
"Iyer..aku abang dia. Aku pegang telefon dia kejap. Nanti lagi 1 jam kau call balik. Nanti aku bagi phone ni dekat dia." Zarif cuba mententeramkan Naim.
"Ok takpe nanti lagi 1 jam aku call balik.." talian telefon dimatikan segera.
Siapalah mamat dekat talian tadi tu. Kurang ajar betul. Takan la boyfriend Aira kot? Aduss...mampus aku. Zarif menepuk-nepuk dahinya.
"Kamu ni dah kenapa Zarif? Pening kepala ke?" Tiba-tiba Mak Misah muncul dengan 2 beg plastik besar.
"Makcik dah siap ke? Meh saya tolong angkatkan." Zarif segera mengambil 2 beg plastik dari tangan Mak Misah.
Zarif dan Mak Misah segera meninggalkan pasaraya mini tersebut. Dari semalam lagi di berjanji untuk menemani Mak Misah ke pasaraya memandangkan Pak Hussien masih lagi tidak boleh memandu dan menunggang motosikal.
Keluarga Pak Hussein dan Mak Misah ini dah macam keluarganya sendiri. Jadi amat ralat bagi Zarif jika dia tidak dapat membantu mereka apabila mereka dalam kesusahan.
Sepanjang dalam kereta Zarif hanya berdiam seolah-olah sedang berfikir. Sekali sekala dia menepuk-nepuk dahinya. Mak Misah hanya memerhatikan sahaja gelagat Zarif.
"Kamu ni ok ker Zarif? Apa yang kamu sedang fikirkan tu?" Mak Misah menegur Zarif.
"Ehh..takda apalah makcik..saya ok jer?" Zarif memandang Mak Misah sambil tersengih.
"Nak kata ada masalah tapi duk sengih-sengih je..tp muka gaya macam ada masalah. Ehh pelik la kamu ni Zarif" Mak Misah menepuk bahu Zarif.
"Saya oklah Makcik...Haa dah sampai dah..saya turunkan Makcik dekat sini yer. Saya nak kena rushing ke hospital pulak ni. Hadi pun ade tu haa..boleh la dia tolong Makcik angkat beg plastik ni" Zarif memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Hadi.
"Panjang umur kamu Hadi. Mak baru nak call mintak tolong angkat barang tahu tahu kamu dah muncul." Sapa Mak Misah sebaik sahaja pintu kereta dibuka.
"Abang Zarif awal-awal lagi dah call Hadi suh standby kat bawah ni." Hadi mengangkat ibu jarinya kepada Zarif.
Zarif melambai lalu meninggalkan kawasan flat tersebut menuju ke hospital. Dia ada masa lagi 45 minit sebelum Naim menelefon Aira. Jika tidak...habislah dia....
Share this novel