2 BULAN KEMUDIAN
Dua minggu selepas peristiwa yang berlaku itu, Zarif telah menerima surat tawaran untuk menyambung master di USM, Pulau Pinang. Sejak menerima tawaran itu dia langsung tidak berkunjung ke banglo Aira. Dia amat sibuk dengan pelbagai urusan di universiti. Aira pulak begitu sibuk dengan urusan kerja dan projek syarikat yang saban hari asyik masuk je.
"Cik Aira...mana Zarif..dia dah berhenti ek?" Soal Kathy tiba-tiba kepada Aira.
"Yer dah berhenti dah. Pak Hussien pun dah kembali sihat. Esok or lusa dia dah start kerja balik." Jawab Aira. Dia pun hairan entah kenapa di Kathy tu sibuk sangat pasal Zarif.
"Owhh dah berhenti yer. Dia pun tak bagi tau kami dia nak berhenti. Tiba-tiba je berhenti plak. Tak sempat nak say good bye dekat dia." Aira merenung sahaja Kathy. Yer..renungan tajam.
"Yang you sibuk sangat pasal dia kenapa? Minat ke?" Aira cuba serkap jarang.
"Hehehe...adalah juga sikit minat kat dia. Baik, sopan, senyuman manis, ensem dan yang paling penting jaga solat. Adusss..." Tanpa segan silu Kathy tutur kata-kata itu dihadapan majikannya.
"Eiii berangan betul you ni...Dah..dah..pergi buat keje...Tak payah nak menggatal sangat." Kata-kata Aira itu telah mematikan lamunan Kathy.
"Gatal betul budak Kathy ni. Berani dia cakap macam tu depan aku." Aira berkata-kata di dalam hati. Tiba-tiba dalam dirinya ada sedikit perasaan cemburu muncul. Yer..semua orang tidak tahu tentang kes yang berlaku tempoh hari.
------------------------------------------------------------
"Pak Hussein..dapat contact Zarif tak?" Soal Aira kepada Pak Hussien yang sudah kembali berkhidmat dengannya setelah sekian lama cuti sakit.
"Pakcik ni jarang telefon dia sebenarnya tapi yang pasti pakcik pun dah lama tak nampak dia keluar masuk dekat rumah sewanya tu." Balas Pak Hussien yang sedang memandu ke pejabat.
"Owhh..dah lama tak nampak dia yer. Kawan dia si Amirul tuh masih duk situ lagi ke?" Soal Aira lagi.
"Kalau Amirul tu memang hari-hari pakcik nampak la. Cik Aira tak call Zarif ke?"
"Saya ni dah banyak kali call Zarif tapi tak berangkat. Saya tak sure dia memang taknak angkat panggilan saya ke atau dia dah tak pakai nombor telefon yang tu lagi." Aira membelek-belek telefonnya.
Memang Aira cuba menghubungi Zarif. Rekod panggilan dibuat kepada Zarif menunjukkan hampir saban hari. Aira mendengus kecil tetapi didengari oleh Pak Hussein.
"Pakcik...petang or malam karang boleh tak bawak saya jumpa kawan Zarif tu. Yang nama Amirul tuh. Dekat tak dengan rumah pakcik?"
"Owhh..Amirul tu...yer dekat sangat. Nanti pakcik bagitau Amirul ye Cik Aira nak jumpa dia."
Petang itu selesai sahaja urusan kerja Aira meminta Pak Hussien menghantarnya ke rumah yang didiami Amirul. Amirul pun sudah dimaklumkan oleh Pak Hussien yang Aira hendak bertemunya. Amirul memang sudah mengagak yang Aira pasti berjumpanya kerana hendak bertanya mengenai Zarif.
Sebaik sahaja Aira dan Pak Hussein sampai, Amirul mengajak mereka untuk masuk ke rumahnya. Di sini rupanya rumah yang pernah didiami Zarif sebelum ini. Bersih kemas tapi agak kosong mungkin kerana rumah bujang.
"Saya tahu Cik Aira datang sini sebab nak bertanya pasal Zarif kan?" Teka Amirul.
"Yer Amirul..I datang ni memang nak tanya pasal Zarif. Mana dia pergi yer? I call tak berangkat, mesej pun tak berjawab. I tahu dia memang ada baca mesej yang I hantar tapi dia sengaja buat bisu." Jelas Aira akan tujuannya ke mari.
"Maaf la Cik Aira...Zarif memang dah tak duduk sini dah. Dia sekarang ni sambung belajar ke USM. Dia memang tak bagi tahu apa-apa dekat Cik Aira ke?"
"Takda Amirul..dia senyap jer..Lepas nikah hari tu dia senyap jer...Langsung tak tanya khabar I. Kalau dia taknak dekat I ..I nak mintak dia lepaskan I jer..Jangan gantung I tak bertali ni."
"Ehhh...jangan la Cik Aira fikir camtu pulak!" Aira ...gadis cantik ini takan la si Zarif tu nak lepaskan macam tu aje. Amirul berkata di dalam hati sambil memerhatikan Aira yang membetulkan-betulkan skirtnya.
"Dah tuh?" Soal Aira dalam nada agak tegas.
"Saya rasa ada sebabnya tu. Jangan la macam tu..Maybe Zarif tu busy dengan study dia kot. Ala...dia pun baru daftar sebulan lepas so mesti dia tengah busy." Amirul cuba mententeramkan Aira sebelum Aira terburu-buru membuat kesimpulan.
"Nanti boleh tak you bagi details dekat I macam mana I nak cari dia dekat USM tu?" Aira mengharapkan agar Amirul dapat membantunya.
Share this novel