Kereta Porsche Cayenne diberhentikan di tepi jalan. Jalan di Sungai Dua itu terlalu sesak dengan bermacam jenis kereta. Musim cuti sekolah ni maka ramailah orang keluar menghabiskan masa bersama keluarga.
"Restoran tu kat mana Zarif?" Soal Aira.
"Restoran tu kat seberang jalan sana tuh." Zarif menunjukkan jarinya ke arah restoran mee udang yang dikatakan popular itu.
"Lor seberang jalan besar tu ke? Why not you pusing and parking je kat belah sana tu. Tak boleh ke?" Cadang Aira.
"Tak boleh Cik Aira...cuba tengok depan tu..jalan jem. Kalau kita pusing parking belah sana belum tentu ada parking." Zarif tidak endahkan cadangan Aira. Dia sudah lapar.
Enjin kereta dimatikan. Nak tak nak Aira kena ikut ajelah cadangan pemandunya itu.
"Ehh banyaknya kereta. I takut la nak lintas jalan ni. Jalan besar pulak tuh." Aira mula resah apabila kelihatan kereta berpusu-pusu dihadapannya.
"Jangan risau..bukan banyak pun kereta...Cik Aira kena..." belum abis Zarif berkata dengan pantasnya Aira segera memaut lengan Zarif. Lengan Zarif dipegang erat seolah-olah tidak mahu dilepaskannya. Zarif terasa cengkaman yang sangat kuat itu.
Akhirnya mereka sudah berada di seberang jalan. Banyak mata tertumpu kepada mereka. Ada yang tersenyum-senyum memandang mereka. Entah apa yang tidak kena ntah.
"Assalamualaikum. Ni cikgu Zarif kan?" tiba-tiba ada suara seorang gadis menyapa dari belakang.
"Waalaikumsalam. Ye saya!" Zarif segera memusing belakang ke aras suara tersebut.
"Saya la cikgu..Amelia..ingat lagi tak?" Amelia tersengih-sengih ke arah Zarif. Di samping Amelia kelihatan ibu, ayah dan adik-adiknya.
Zarif tersenyum dan mengangguk tanda hormat kepada kedua ibu bapa Amelia.
"Amelia bercuti dengan family dekat sini ke?" soal Zarif kepada Amelia.
"Ya cikgu. Cikgu tu...honeymoon dekat sini ke?" Senyum Amelia.
Mata Zarif terbuntang bulat mendengar soalan Amelia. Aira segera melepaskan tangannya dari lengan Zarif. Zarif tiba-tiba terasa cengkaman kuat dilengannya hilang.
"Eh..tak lah.." Zarif cuba menafikan tekaan Amelia.
"Maaf la ye cikgu. Kami ganggu cikgu pulak. Amelia jom kita balik. Adik kamu dah ngantuk ni." Ayah Amelia bersuara apabila dia memerhatikan Zarif seperti serba salah.
"Oklah cikgu. Ada umur panjang kita jumpa lagi ye cikgu." Amelia melambai tangan kepada Zarif. Zarif mengurut-urut dadanya tanda terlepas dari soalan pelik-pelik anak muridnya itu.
Share this novel