EPISOD 12

Romance Series 4310

Aira melangkah laju masuk ke dalam restoran meninggalkan Zarif apabila gadis kecil itu mula tanya soalan yang pelik-pelik. Zarif mencari-cari kelibat Aira. Akhirnya kelihatan Aira duduk dihujung penjuru sana sambil bermain-main telefonnya.

"You sebelum ni cikgu ke?" Aira tiba-tiba menyoal Zarif.

"Ermm..." Zarif menangguk tanpa menjawab panjang.

Pelayan restoran datang mengambil pesanan. Dua mangkuk mee udang dan dua cawan fresh oren di pesan oleh Zarif.

"I tak cakap pun nak makan mee udang kan? I dah kenyang makan dinner tadi." Aira menjenggil biji matanya apabila Zarif memesan 2 mangkuk mee udang tanpa bertanya kepadanya.

"Kalau mai sini tak sah kalau tak pekena mee udang." Zarif bersahaja dalam dialek utara. Aira hanya tersenyum sinis.

Dalam beberapa minit sahaja dua mangkuk mee udang sudah tersedia dihadapan mereka. Aira yang kononnya dah kenyang tetiba tertelan air liur apabila melihat udang di dalam mangkuk tersebut.

"Amacam..sure Cik Aira dah lapar balik kan?" Zarif tersenyum melihat gelagat Aira.

Aira mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia cuba untuk makan mee udang tu tetapi bajunya yang terlalu terdedah itu membuatnya tidak selesa apabila ada beberapa mata memerhatikannya. Apabila ditunduk kepalanya untuk menikmati mee udang tersebut rambutnya pun turut masuk sekali ke dalam mangkuk tersebut.

Zarif hanya memerhatikan Aira lalu tersenyum apabila kelihatan rambut Aira termasuk ke dalam mangkuk mee udang. Jelas kelihatan ketidakselesaan Aira itu. Zarif dengan spontan terus bangun lalu mengikat rambut Aira. Aira terkedu. Dadanya yang ditutupi rambut tadi jelas kelihatan terdedah apabila Zarif sudah mengikat rambutnya. Aira jadi serba salah.

"Nah pakai ni to cover your body." Zarif segera menanggalkan jaket denimnya lalu dihulurkan kepada Aira.

"Thanks." Aira menurut tanpa berkata apa-apa. Mee udang segera dijamahnya.

"Zarif you tau tak ni jaket yang ke berapa ada dekat I?" soal Aira sambil menghirup kuah mee udang dihadapannya.

"Entahlah Cik Aira." Jawab Zarif

"Boleh tak you panggil I Aira je..tak payah bercik-cik bagai." Arah Aira.

"Ok.Baik mam!" balas Zarif sambil membuat simbol OK mengguna jarinya.

Suasana di meja makan senyap. Masing-masing kusyuk menikmati mee udang. Dalam hanya beberapa minit mee udang sudah dihabiskan Zarif. Aira pula masih menikmatinya perlahan-lahan.

"Lepas ni Cik Aira nak ke mana?Balik hotel ke?" Zarif memecah kesunyian di meja makan.

"Apa kata lepas ni kita ke pantai..Batu Feringgi ke?ok tak?I ingat nak main pasir..esok pagi kita dah nak balik KL kan?" Aira mencadang.

"I follow boss!" Zarif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Selesai membayar, mereka segera menuju ke kereta. Aira seperti biasa masih takut untuk melintas jalan segera memaut lengan Zarif. Zarif hanya membiarkannya. Salah dia juga kerana parking kereta di seberang jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience