Hari ini Amirul bertekad untuk bertanya kepada Zarif. Sudah 2 hari Zarif tidak bekerja. Zarif duduk rumah asyik menonton televisyen dan berjoging pada sebelah petang.
"Kau tak dah tak kerja ke dengan Cik Aira kau tu?" Soal Amirul kepada Zarif yang begitu asyik menonton televisyen.
"Entah la weh.. Dia pun tak beriya panggil aku so maybe aku kalau aku tak datang kerja pun dia ok kot." Selamber jawapan Zarif.
"Pelik la aku dengan kau ni. Bos kau pun aku pelik. Nak kata bos macam bukan bos. Nak kata awek kau pun macam takde gaya."
"Dah.. Kau tak payah pening. Kau pegi jerla keje. Bos aku tu kalau dia perlukan aku pandai la dia call aku." Mata Zarif masih tertumpu menonton kartun Upin Ipin di televisyen.
"Citt... Berlagaknye weh.. Pigilah... Dah la.. Aku nak pegi keje la macam ni." Amirul mencuit bahu Zarif. Tiba-tiba telefon Zarif berbunyi.
"Haa.. Kan aku dah kata...Ni haa dia dah cari aku." Zarif memandang di skrin telefonnya tertera nama Aira.
"Pigilah weii.. Menyampah betui aku!" Amirul segera keluar rumah manakala Zarif hanya tersengih-sengih.
----------------------------------------------
Zarif dan Aira dalam perjalanan ke Melaka. Setelah mendapat panggilan telefon daripada Aira dia segera bergegas ke banglo Aira. Di dalam kereta masing-masing diam membisu.
"Zarif.. I'm sorry ok sebab tengking you that day." Aira memecah kesunyian.
"Owh.. Ok." Ringkas jawapan Zarif dan matanya fokus kepada pemanduannya.
Aira tidak keruan apabila Zarif acuh tak acuh sahaja membalas soalannya. Sejak hari kejadian tidur Aira tidak lena kerana kata-kata Zarif tempoh hari asyik terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Alaa..jangan la marah lagi..tengok tu buat donno je dengan I..I'm sorry...I'm sorry..." Aira cuba memujuk Zarif dengan nada manja dan perlahan ke telinga Zarif. Zarif segera memegang telinganya kerana secara tiba-tiba meremang bulu tengkuknya mendengar suara Aira itu.
Aira yang duduk di kerusi belakang hanya memerhati sahaja Zarif melalui cermin sisi pandang belakang. Aira cuba untuk melihat reaksi Zarif...ternyata Zarif tidak dapat menumpukan pemanduan dengan sepenuhnya. Aira hanya tersenyum puas kerana dapat menyakat Zarif.
Mesyuarat bersama dengan Encik Akbar Hassan Khan akhirnya tamat jam 1.30 petang. Encik Akbar mengajak untuk makan tengahari bersama di syarikatnya tetapi apabila Aira terkenangkan Zarif yang sedang menunggunya di dalam kereta, akhirnya dia menolak perlawaan tersebut.
"Zarif..I dah settle..nanti ambik I dekat lobi yer." Aira segera menelefon Zarif sebaik sahaja dia sudah berada di dalam lif. Beberapa minit kemudian maka muncul lah Zarif di lobi syarikat Akhbar Khan Sdn Bhd.
"Jom pegi makan...i nak makan asam pedas ikan, asam pedas daging, coconut shake, kuih keria gula melaka...boleh tak Zarif?" Soal Aira sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.
"Boleh..boleh...nanti kita cari..saya ni tak berapa familiar dengan jalan kat Melaka tapi no worries." Zarif segera menekan minyak kereta memulakan misi mencari kesemua makanan yang disebut Aira itu tadi.
Setelah masing-masing sudah kenyang tiba-tiba Aira bersuara.
"I teringin la nak naik Menara Taming Sari...you boleh tak bawak I pergi sana. Orang kata kalau datang Melaka ni kena la naik ke Menara Taming Sari tu." Permintaan Aira yang terakhir sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Zarif layankan sahaja permintaan bosnya itu.
Sampai sahaja di kaunter tiket Aira memesan 2 tiket dewasa. Zarif yang tidak mahu naik turut terjebak akhirnya. Sebaik sahaja mereka dibawa naik ke atas Aira segera menarik tangan Zarif. Dia mulai gayat apabila mereka sudah berada di puncak. Tangan Zarif digenggam kuat dan sesekali mata Aira tutup dan sesekali mata Aira terbuka mencuri memandang permandangan negeri Melaka dari atas Menara Taming Sari itu.
Zarif hanya tergelak melihat gelagat Aira gayat. Tangannya yang digenggam erat oleh Aira itu abis luka kerana cengkaman kuku Aira yang panjang. Apabila menara itu turun ke bawah, perlahan-lahan Aira tutup matanya dan sembamkan mukanya ke dada Zarif itu. Kali ini perasaan gayatnya lebih dasyat daripada ketika naik tadi. Jantungnya berdegup kencang bagai nak tercabut. Akhirnya mereka sampai ke tanah jua.
"Dasyat benar gayatnya...buat malu kat orang..budak kecik sebelah kita tadi tu releks jer tau." Zarif memerli Aira.
"I gayat la Zarif...dasyat juga rupa I yer kalau gayat. ..hahaha" Aira mentertawakan dirinya sendiri.
"Dah tu.. dah tau gayat tapi gatal nak naik sangat kenapa..?? Dah..jom kita balik!" Aira gelak kuat apabila mendengar soalan Zarif itu. Mereka segera berjalan ke tempat letak kereta untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Share this novel