Azizul tidak senang duduk apabila terkenangkan papanya mengatakan bahawa tadi dia terserempak dengan Adam. Setelah hampir 3 tahun nama Mohd Adam Zarif dia tidak dengar kini nama itu disebut kembali. Dan paling menyakitkan hati Azizul ialah papanya sendiri yang menyebut nama itu.
"Aku ingatkan karier kau dah mampus rupanya kau wujud balik Adam. Damn it!" Azizul menumbuk meja untuk melepaskan geramnya.
Puan Suraya yang sedang baring dikatil terkejut bunyi yang kuat dari bilik bacaan. Dia segera ke bilik bacaan untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan suaminya Azizul sedang mengosok-gosok tangannya yang merah itu. Dia tahu mesti suaminya mengamuk lagi.
"You ni dah kenapa nak mengamuk plak ni." Tegur Puan Suraya.
"Budak Adam tu muncul balik.Papa plak tak abis-abis duk puji dia.I stress la!" Bentak Azizul.
"Yang you sakit hati dengan Adam tu dah kenapa? Dia pun dah takde kena mengena dengan company papa kan?" Puan Suraya meninggikan sedikit suaranya.
"I sakit hati sebab bila Adam tu muncul kembali.. I tau mesti hidup I akan porak poranda."
"Kalau you tak buat pasal takde la nak porak poranda. Dia tak buat apa-apa pun tapi you yang panas hati tak tentu pasal!" Puan Suraya berleter kepada suaminya.
"Eh.. You dengan papa sama je suka lebih-lebihkan si Adam tu...," Pangggg... Pintu ditutup dengan kuat lalu Azizul keluar dari bilik bacaan meninggalkan Puan Suraya keseorangan.
Azizul benar-benar hairan. Entah ubat guna-guna apa yang si Adam tu pakai sampai papanya dan isterinya asyik melebih-lebihkan Adam. Padahal Adam tu bukan ada hubungan kekeluargaan pun dengan keluarganya. Bagi Azizul, Adam adalah hanya seorang budak muda yang mempunyai wawasan dalam hidup tetapi dalam masa yang sama telah menyusahkan dan menyakitkan hatinya.
---------------------------------------------
Aira sedang duduk dikatil sambil membaca buku manakala Zarif sedang melakukan senaman ringan menggunakan dumbbell. Senaman ringan rutin yang dilakukannya sebelum tidur.
"Abang... Dah nak abis dah ke exercise tu?" Soal Aira.
"Ermm... Sikit lagi..Kenapa sayang?" Zarif henti seketika apabila terdengar soalan Aira itu.
"Kalau dah abis meh sini meh.. Kita pillow talk kejap." Jawab Aira sambil menepuk-nepuk bantal disebelahnya.
"Ermm.. Ok.. Ok.. Dah abis dah la kalau macam tu.. Abang stop sekarang." Balas Zarif sambil tersenyum nakal.
"Lain macam senyum abang ni... Sayang ajak pillow talk jerla..."
"Alaa...kalau selain pillow talk pun ok jer..." Senyum Zarif yang semakin galak.
"Abang nih..." Merah muka Aira menahan malu.
Zarif segera ke tandas membasuh tangan dan muka kemudian baring di sisi Aira. Dicapai jemari Aira lalu dikucupnya jari halus itu.
"Ok sayang... Sayang nak cakap pasal apa ni.. Abang sedia mendengar ni." Zarif merenung Aira tajam.
"Abang.. Betul ke apa yang pegawai Tan Sri cakap semalam tu?" Soal Aira.
"Pasal apa... Yang mana?"
"Yang abang sebenarnya salah seorang arkitek Mercury Hotel tu. Betul ke?"
"Erm.. Yer sayang... I'm one of them." Jari jemari Aira runcing itu diusap-usap lembut.
"Wow... Hebat juga rupanya abang ni. I ingatkan dulu hanya seorang driver macho yang poyo... Dalam diam-diam rupanya arkitek yang hebat!" Aira begitu teruja mendengar pengakuan Zarif.
"Ye sayang... Abang sebenarnya dulu arkitek dekat Azman Architect Sdn Bhd tapi abang dah berhenti sebab ada alasan tertentu."
"Sebab apa? Tell me if you dont mind... Kita husband and wife so please no more secret!" Aira merenung mata Zarif dalam-dalam dengan penuh pengharapan. Tangannya mengusap-usap kumis halus diwajah Zarif.
Zarif tersenyum penuh keasyikan dengan sentuhan tangan Aira yang lembut diwajahnya itu. Dia mengangguk tanda akan menceritakan segalanya kepada Aira. Aira merapatkan badannya ke badan Zarif. Kini dia di dalam pelukan Zarif sambil mendengar penjelasan Zarif satu persatu.
"Kesiannya kat husband I ni.. Patot la masa awal-awal kita jumpa dulu abang ni garang sangat macam orang tengah stress je.."
"Ehh masa bila pulak abang garang? " Zarif meleraikan pelukannya lalu memandang Aira.
"Adalah.. Lupa lah tu... Abang.. You dah tua.. Byk benda dah lupa tau .Our first meet dekat Tasik Perdana tu..Remember tak?" Senyum Aira sambil mengimbas kembali detik pertemuan mereka.
"Ehh.. Mana ada tua la.. Baru 33 tau..Ermm...Ooo yang masa kat Tasik Perdana dulu tu.. Ye.. Abang ingat.." Zarif turut tersenyum.
"Abang.. Its ok walaupun dah tua..Walaupun nanti ada uban penuh di kepala... I will always with you.. I need you and you need me.. We need each other.. I only have you in my life.." Aira mengucup bibir Zarif pantas.
"Yes.. I need you too sayang.. Terima kasih kerana sudi terima abang as your husband walaupun abang ni bukan la jutawan pun." Aira pandang Zarif tajam. Dia geram apabila Zarif menuturkan kata-kata itu.
"Kalau I nak jutawan sekali pun senang jer I nak dapat tau...tapi I terima je mamat yang kononnya driver jadi suami I..melainkan kalau abang rasa you dah tak perlukan I!" Aira mencebik dan menunjukkan riak wajah sedih . Dia sebenarnya sudah mulai rasa terlalu menyayangi Zarif. Dia kini hanya mempunyai Zarif sahaja sebagai orang yang paling disayangi dalam hidupnya setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia.
"Ala..ala...jangan la merajuk sayang...I'm sorry ok. Abang sayang awak juga tau..I really need you...And now I really ...really need you sayang." Zarif senyum nakal sambil mengelus-elus rambut Aira. Diciumnya rambut Aira yang panjang dan wangi itu kemudian bibirnya terus ke leher Aira. Tangannya mulai membelai manja Aira. Aira yang begitu asyik membiarkan sahaja kelakuan Zarif itu. Malam itu Aira hanyut dalam belaian asmara Zarif.
---------------------------------------------
Pagi itu Zarif kelam kabut mempersiapkan dirinya untuk ke pejabat. Masing-masing terbangun lambat kerana aktiviti semalam. Zarif perlu awal ke pejabat kerana seawal jam 8.45 pagi dia ada mesyuarat bersama teamnya. Zarif meminta Pak Hussien menghantarnya ke stesen MRT yang terdekat. Pagi ini dia akan pejabat dengan MRT manakala Aira pula Pak Hussien akan menghantarnya ke pejabat. Almaklum la Boss kan... so datang lambat pun tak apa lah!
Aira mengenakan kemeja satin putih dan seluar slack warna merah jambu serta kasut tumit tinggi 2 inci. Rambutnya disanggul tinggi sehingga menyerlahkan lagi lehernya yang jinjang itu. Mekap pun hanya ala kadar dan tidak terlalu tebal.
"Good morning Cik Aira! " Tegur Kak Mira sebaik sahaja menyedari Aira muncul di pejabat.
"Morning.... What is my schedule for today? Any important appointment?" Soal Aira sebelum dia melangkah masuk ke biliknya.
"I'll check it first and let you know later ye Cik Aira." Jawab Kak Mira sambil menunjukkan buku biru ditanganya. Aira mengangguk kecil.
Beberapa minit kemudian Kak Mira masuk ke bilik Aira bersama secawan kopi o dan biskut. Dia tahu majikannya itu suka minum kopi dan cicah biskut. Kelihatan Aira sedang mencari-cari buku dirak buku.
"Cik Aira... Your coffee, biscuits and I akan bacakan schedule and things that you should do for today." Tegur Kak Mira supaya majikannya menyedari kehadirannya di bilik itu.
"Ok Kak Mira... Tolong baca I nak dengar."
"Schedule hari ni...Pagi ni takda apa just check the document to approve before proceed to client tapi petang nanti you ada appointment dengan Tan Sri Omar at his office at 2.30 pm. Yesterday Tan Sri yang minta I arranged it. Things to do today.... I rasa better you turunkan sanggul you tu Cik Aira." Kak Mira selaku PA nya membacakan satu persatu jadualnya tetapi ayat yang terakhir itu membuatnya tersentak.
" Ha... Kenapa... Nampak macam I orang tengah berpantang ke?" Soal Aira dalam nada gurau sambil tergelak kecil.
"Bukan Cik Aira... The problem is... Its too clear that love bite dekat belakang leher you tu." Jawapan Kak Mira yang tiba-tiba membuatkan Aira rasa seperti dipanah petir. Dia segera memegang lehernya.
"Isshh Kak Mira ni.. Memandai je.. Mana ada love bite.. Maybe I garu-garu gatal kot so tu yang tinggal kesan tu." Aira segera ke cermin untuk melihatnya tetapi tidak dapat kerana kesan itu berada di belakang lehernya.
"Come on Cik Aira... Akak ni dah kahwin tau so akak tau la macam mana rupa gatal biasa dan gatal luar biasa tu..." Jawapan Kak Mira itu membuatkan muka Aira tiba-tiba menjadi merah padam.
"Kak Mira... Bukan love bite la! " Aira cuba menafikan.
"Tengok tu muka you dah merah la Cik Aira. Cuba bagitau akak siapakah jejaka itu? Takan mamat pilot tu kot...setiap kali dia hantar bunga tapi asyik suh buang jer... So... Ni mesti boyfriend baru kan? Kena cepat kahwin la kalau gini Cik Aira. Halalkan cepat!. " Teruja Kak Mira dan dalam masa yang sama cuba mengorek jawapan daripada Aira.
"Akak... Busy body nya dia.. Dah.. Dah.. Go back to your place!" Aira mengarahkan Kak Mira keluar dari biliknya. Dia tak dapat menahan malunya dengan Kak Mira. Sanggul yang diikat tinggi itu segera diturunkan rambutnya untuk menutupi kesan itu. Aira tersenyum malu apabila teringatkan detik-detik semalam. Tak disangkanya akan jadi sebegitu rupa. Abanggg!!!
Share this novel