EPISOD 33

Romance Series 4310

"Zarif...Zarif...Zarif..." Sebaik sahaja matanya terbuka Aira segera keluar bilik menuruni anak tangga mencari Zarif. Dia takut Zarif meninggalkanya keseorangan di rumah itu.

"Kamu cari siapa Aira?Boyfriend kamu ke?Dah balik dah dia." Tiba-tiba Tan Sri Omar bersuara di ruang tamu. 

"Ehh...Pak Long nape tetiba datang sini pagi-pagi ni?" Soal Aira kepada Pak Longnya. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Jarang Pak Longnya akan datang ke rumahnya pada waktu pagi.

"Kenapa? Tak boleh ke Pak Long nak jenguk anak buah Pak Long time camni?" Soal Tan Sri Omar kembali.

"Nope...boleh je..cuma agak pelik. Pak Long tak masuk office ke hari ni?" Soal Aira.

"Lepas ni Pak Long pegi office la. Ni semalam Mak Imah call Pak Long , katanya kamu ada masalah. Tu yang Pak Long datang hari ni sebab semalam Pak Long on the way balik dari Melaka tak sempat nak datang sini. Apa masalah kamu Aira? Semalam Pak Long call kamu pun tak berjawab." Tan Sri Omar memerhatikan sahaja anak buahnya itu. Dia terpaksa bertanggungjawab ke atas Aira setelah adiknya Tan Sri Ahmad Zainudin  meninggal dunia.

"Ermmm...tak da apa-apa lah Pak Long. Everything is fine." Berkerut dahi Tan Sri Omar mendengar jawapan Aira.

"Everything is fine?? Are you sure nothing problem? Mak Imah beria-ria call Pak Long cakap kamu ada masalahla...emergency la...end up your answer is FINE!" Tan Sri Omar mencekak pinggang memandang Aira.

Tan Sri Omar agak curiga dengan jawapan Aira. Setelah semalam bukan main kecoh Mak Imah telefon dia bagai nak terbalik dunia akhirnya jawapan Aira pagi ini hanya FINE.

"Yerla fine kan..sebab your boyfriend stay here last night kan?" Duga Tan Sri Omar. Semasa dia sampai ke rumah tersebut dia berselisih dengan Zarif di pagar rumah itu yang membuatkan Tan Sri Omar bertambah curiga.

"No lah...tu Aira punya driver la Pak Long." Aira cuba meyakinkan Pak Long nya itu.

"Really..tu mamat yang kat hospital hari tu kan?" Soal Tan Sri Omar dengan penuh serius.

"Ermm... yer.." Aira mengangguk kepalanya dan matanya hanya tertumpu ke lantai.

"See...same guy...Pak Long tak suka Aira bawak balik lelaki ke rumah kalau takde sapa-sapa dekat rumah. Please ya! Please jaga nama baik family and nama arwah your daddy!" Tan Sri Omar mulai lebih tegas dan suaranya semakin tinggi. 

Aira hanya mampu berdiam. Sudah dijelaskan tapi Pak Longnya masih tidak percaya jadi dia tidak mahu bertekak dengan Pak Longnya kerana dia tahu bertapa tegasnya Pak Longnya itu. 

Tan Sri Omar dengan pantas segera meninggalkan rumah tersebut sebaik sahaja PA nya di pejabat menghubunginya. Aira berasa lega kerana dia tidak perlu mendengar bebelan Pak Longnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience