Pagi itu usai sahaja solat Subuh, Zarif sudah meninggalkan Aira di bilik. Aira masih tidur dan berselimut lagi. Mungkin keletihan kerana aktiviti semalam. Sebelum keluar bilik sempat Zarif mencium dahi dan pipi isterinya.
Pak Hussien sudah menanti dilobi hotel untuk menghantarnya pulang ke kampus. Memang dia kena keluar seawal pagi untuk menempuh jambatan Pulau Pinang itu. Jika lambat pastinya dia akan lambat ke kampus pagi ini. Kuliah pagi ini pada jam 9.30 pagi.
"Tidur lena tak semalam?" Pak Hussien memecah kesunyian di dalam kereta.
"Alhamdulillah lena."
"Semalam ada orang kacau bunyikan loceng lagi tak?" Soal Pak Hussein.
"Ada sekali jer.. Lepas saya keluar jenguk terus dah takde orang mengacau dah." Jelas Zarif.
"Kamu takde kena kacau ke? Kot-kot 'benda' tu marah kat kamu ke?"
"Isshh Pak Hussein ni... Takde lah.. Saya Ok jer semalam."
"Manalah tau kot-kot pontianak gigit kamu ke? Tu haa.. Leher tu merah dah macam kena gigit pontianak." Tegur Pak Hussien yang tiba-tiba membuatkan wajah Zarif merah. Pak Hussien tersenyum nakal sambil meneruskan pemanduaannya.
"Ohhh ni... Ni saya garu-garu tadi ni sebab gatal " Jelas Zarif sambil memerhati lehernya di cermin. Dia terpaksa tipu sunat.
Pak Hussein memberhentikan kereta di hostel Zarif. Masih awal lagi untuk Zarif ke kuliah jadi dia buat keputusan untuk pulang ke hostelnya dahulu. Sempat la dia menukar baju atau mengambil buku di biliknya.
"Terima kasih Pak Hussein..balik KL nanti tu bawak kereta hati-hati ye. Assalamualaikum." Zarif salam Pak Hussien lalu terus ke biliknya manakala Pak Hussien teruskan pemanduan pulang ke hotel semula.
-------------------------------------------------------------
Petang itu selesai kuliah jam 3.00 petang kelihatan Vellfire Putih nombor plate dikenali parkir di fakulti. Zarif yakin itu pastinya Pak Hussien dan Aira. Ya kelihatan Pak Hussien berdiri di luar Vellfire itu dan pastinya menunggunya. Zarif mendekati Pak Hussien yang leka bermain telefon tanpa menyedari kehadirannya.
"Tunggu saya ke tuh?" Sapa Zarif yang mengejutkan Pak Hussien.
"Yerla tunggu kamu la.Takan pensyarah kamu kot.Tu haa kat dalam tu.. 'mem' besar tu yang paling beria nak jumpa kamu tu." Pak Hussein memuncungkan mulutnya ke arah kereta.
"Assalamualaikum..."Zarif segera membuka pintu kereta dan kelihatan Aira sedang sibuk mengadap laptopnya. Menyiapkan kerja pejabat yang baru dihantar oleh Kak Mira melalui email.
"Waalaikumsalam..." Aira menjawab salam lalu menarik Zarif masuk ke dalam kereta.
"Kalau sibuk urusan office next time jangan la datang sini. Kan banyak hal office yang nak kena settle " Zarif mengusap-usap jemari Aira.
"Alaa..hal dengan you pun penting juga kan?" Aira pula mengusap-usap kumis halus Zarif.
"Ye..ye ..penting juga tuh." Jemari Aira dikucupnya.
"Zarif...jom la balik KL. Tak payah la sambung belaja..nanti kerja je la kat office I." Jelas kedengaran suara manja Aira itu.
"Mana boleh macam tu. Saya pun ada impian dan cita-cita saya."
"Tapi I rasa tiba-tiba tak boleh berjauhan dengan you la..."
"Aikk..pulak...sebelum ni ok jer kan?.." Zarif memandang Aira dalam-dalam.
"Sebenarnya sebelum ni pun tak ok..I tipu diri I..I buat-buat sibuk supaya I tak fikirkan you..tapi tak boleh..sebab tu lah I datang sini cari you. I dah terbiasa you selalu ada di sisi I then tiba-tiba you takda I rasa seperti kehilangan." Air mata Aira mengalir dipipinya.
"Janganla macam tu. Bersabar sikit yer sayang. Insyallah jika saya kelapangan saya balik KL yer." Zarif menyeka airmata Aira dengan jarinya. Kepala Aira diusap lembut.
Aira menyandarkan kepala di bahu Zarif disertai airmatanya. Zarif memujuk Aira dengan pelukan erat. Pak Hussein cuba menjenguk melalui tingkap yang terbuka sedikit. Cermin kereta yang gelap dan hitam memang agak sukar untuk dilihat dari luar. Pak Hussien tersenyum apabila terlihat Zarif memeluk Aira sambil memujuk Aira supaya tidak menangis. Aira memang anak yang manja. Bagusla dapat suami yang rajin dan pandai memujuk.
Pak Hussein membiarkan sahaja mereka berdua di dalam kereta. Tak nak kacau daun orang tengah mabuk cinta. Pak Hussein tersengih-sengih apabila dia mengenangkan Tan Sri Omar menelefonnya pada malam itu.
Malam yang ketika itu dia sudah lena dibuai mimpi tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi.Apabila melihat nama yang jarang menghubunginya di skrin telefon membuatnya kebingungan.
"Assalamualaikum Hussien.Maaf ye ganggu Hussien tengah tidur malam ni"
"Waalaikumsalam Tan Sri..Ermm takpa.. Ada hal apa tu Tan Sri?"
"Kamu kenal ke budak lelaki nama Zarif?"
"Ooo budak Zarif tu.. Kenal la.. Dia yang ganti saya memandu sekejap buat masa ni. Kenapa dengan dia?Dia ada buat hal ke?" Pak Hussien mulai panik apabila nama Zarif disebut Tan Sri Omar. Macam-macam yang difikirkan oleh Pak Hussein.
"Dia dengan Aira ditangkap khalwat. Saya ingat nak kahwinkan aje diorang ni. Kalau ikut mata saya budak tu nampak macam budak baik jer. Betul ke tekaan sy tu?"
"Astagfirullahalazim.. Kenapa sampai kena tangkap khalwat pulak budak-budak ni?Ada salah faham kot Tan Sri?" terkejut Pak Hussien mendengarnya.
"Salah faham apanya.. Dah terang-terang saya tengok sendiri gambar diorang tengah berpeluk. Pihak JAIS yang tunjuk. Tu yang saya decide nak kahwinkan aje diorg." terang Tan Sri Omar.
"Ooo nak kahwinkan diorang ke..? "
"Ye kahwinkan diorang. Saya tak rasa dia ni bukan sekadar driver kepada Aira.. So budak Zarif ni kalau saya kahwinkan diorang Hussien rasa ok ke? Dia ni budak macam mana?" Soal Tan Sri Omar untuk kepastian.
"Zarif ni memang budak baik dan bertanggungjawab. Saya pun sebenarnya Tan Sri dah anggap dia macam anak saya dah. Kalau Tan Sri nak kahwinkan diorang saya tak kisah cuma dia ni bukan lah orang senang dan berada. Saya takut dia tidak setaraf dengan keluarga Tan Sri." Jelas Pak Hussien.
" Saya ni kan Sin tidak la risau sangat bab tu.. Andai dia budak baik, beriman dan boleh jaga Aira sudahlah. Sejak arwah daddy Aira tu meninggal saya yang bertanggungjawab ke atas Aira tu. Andai dia dah jumpa orang sesuai untuk dia apa salahnya kan?" Panjang lebar pula penerangan Tan Sri Omar.
" Terpulang la kepada Tan Sri dan budak-budak tu. Tapi yang pasti si Zarif tu memang baik budaknya." Pak Hussien nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab rasanya Tan Sri Omar tu seperti sudah ada keputusan sendiri.
Tiba-tiba bahu Pak Hussien ditepuk oleh Zarif. Pak Hussien tersedar dari lamunannya sebentar tadi.
" Pakcik drive elok-elok yer. Kalau ngantuk atau penat berhenti rehat sekejap." Pesan Zarif kepada Pak Hussein. Lelaki yang separuh abad tapi masih gagah untuk memandu.
"Ala kamu jangan risau la. Insyallah pakcik bawak hati-hati."
"Nanti dekat KL tu pakcik tolong tengokkan Aira yer." Malu-malu pulak Zarif hendak menutur ayat itu.
"Iyer... Nanti pakcik tolong tengokkan buah hati kamu tu yer.Jangan risau lah" Pak Hussein menepuk-nepuk bahu Zarif manakala Zarif pula malu tersipu-sipu macam anak dara.
Share this novel