Petang itu Aira terlalu gembira sebaik sahaja dia menerima mesej daripada Naim. Buah hatinya yang sekejap tenggelam timbul ni membuatnya terlalu teruja untuk bertemu. Naim mengajaknya berdating malam ini. Naim akan menjemputnya di rumah malam ini. Kata Naim nak dating tempat jauh sikit tetapi lokasinya dirahsiakan.
Malam itu Aira mengenakan empire waist dress pendek paras peha berwarna merah jambu. Sekali sekala jumpa boyfriend mestilah hendak kelihatan cantik. Disolek wajahnya dengan warna yang sederhana agak tidak kelihatan keterlaluan di mata Naim.
Tepat jam 8.30 malam kereta BMW Naim meluncur masuk ke perkarangan banglo itu. Aira tersenyum lalu menghampiri kereta tersebut. Dari tadi dia berkobar-kobar menunggu kehadiran Naim
"Hai baby... Miss me?" Soal Naim sambil mengucup jari jemari Aira yang runcing itu.
"Of cos la miss you sayang." Jawab Aira dengan senyuman masih lekang dibibir munggilnya itu.
"Shell we...?" Naim asyik memerhatikan Aira yang sangat ayu pada malam itu.
BMW yang dipandu Naim menyusur masuk ke bandar membelah neon-neon lampu di bandaraya Kuala Lumpur itu. Naim akan bawa Aira makan malam istimewa di Marble 8 Steak House sambil menikmati permandangan KLCC dihadapan mata. Aira sangat teruja.Sudah lama Naim tidak membuatnya gembira sebegini.
"Do you like this place baby?" Selesai menikmati makan malam Naim segera duduk bersebelahan Aira. Naim mengusap-usap jemari Aira. Aira membiarkannya.
"Mestila..sebab hari ni I dapat dinner dengan you?" Balas Aira dengan senyuman manja.
Mata Naim tidak berkelip kerana asyik memandang buah hatinya. Rindu pun ada tetapi dalam kepalanya pelbagai persoalan masih menjadi tanda tanya. Aira begitu asyik sekali melihat kerlipan lampu dari KLCC itu. KLCC yang betul-betul dekat dipandangan matanya.
Pelayan tetamu dipanggil untuk menghantar bil. Setelah bil dibayar Naim mengajak Aira pulang. Aira hanya menuruti tetapi sebenarnya dia terasa masih awal lagi untuk mereka pulang. Rasa tidak puas lagi untuk berborak dengan Naim.
Semasa di dalam kereta Aira hanya diam sahaja. Naim pula fokus kepada pemanduan. Sesekali Naim menarik tangan Aira lalu digenggamnya.
"Awal lagi ni..takan you nak hantar I balik dah. You tau tak dah 2 bulan kita tak jumpa end up our dating today just like this!" Aira bersuara akhirnya.
"So you taknak balik lagi yer..Jom ikut I..kita boleh spent time lagi lama." Jari jemari Aira dikucupnya. Pedal minyak kereta ditekan kuat lalu BMW itu menyusur laju.
Hati Naim sudah tidak keruan dengan suara manja Aira, bau minyak wangi Aira dan malam itu Aira sangat seksi dimatanya. Tangannya mengelus perlahan paha Aira yang gebu itu. Aira merasai rimas lalu ditepisnya tangan Naim.
"Please Naim..you ingat I apa?" Tegas suara Aira.
"Come on Aira..bukan ke you suka? Kata nak spent time sama-sama kan!" Naim senyum sinis dan matanya masih fokus kepada pemanduannya.
"Ehh you nak bawak I pegi mana?" Aira mula risau apabila melihat Naim membawa kereta menuju ke lebuhraya dan bukannya ke laluan rumahnya.
"Kita spent night together kat tempat jauh sikit nak tak?" Jawab Naim
"No..no..I nak balik la sayang..esok I ade important meeting. Please send me back home!" Pecutan kereta Naim makin laju apabila dia mendengar kata-kata Aira itu.
"So your work is more important than me ya! Or you nak jumpa kekasih gelap you tu?" Naim menjerit kuat bagai orang gila. Barannya mulai menggila.
"Naim..apa yang you merepek ni?!" Jerit Aira.
"You ingat I tak tahu ke yang you ada jantan lain selain I!" Naim mulai seperti tidak waras.
Kereta BWM itu tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Malam minggu memang kereta tidak banyak di lebuhraya jadi Naim berhenti di tepi jalan sesuka hati tanpa memikirkan risikonya. Tali pinggang keledar dibukanya. Aira hanya terkedu dengan kelakuan Naim.
Dengan rakus Naim mencium bibir Aira. Tangannya menjalar ke seluruh tubuh badan Aira. Aira menolak keras dan meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tidak diendahkannya. Cengkaman tangan Naim di lengan Aira semakin kuat.Naim sudah tidak dapat mengawal nafsunya dan amarahnya.
Aira menangis dengan apa yang berlaku. Naim tidak pernah berkelakuan sebegini sebelum ini. Naim menindih Aira dan cuba mendekatkan wajahnya ke dada Aira yang gebu itu tetapi Aira kuatkan dirinya dengan menendang kemaluan Naim sekuatnya. Naim terasa senak dan Aira segera berlari keluar dari kereta itu. Dia lari sejauh yang mampu pada malam itu. Biar Naim tidak jumpanya lagi.
Share this novel