EPISOD 37

Romance Series 4310

Hampir sebulan kes tempoh hari berlalu tetapi Naim masih mendiamkan diri. Aira pun seolah-olah tidak endah peristiwa tersebut. Mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja maka dia hampir terlupa peristiwa itu. Pada fikirannya Naim tengah sibuk 'fly' entah ke negara mana pulak. Dia sudah biasa dengan situasi itu.

Petang itu ketika Aira sedang berenang tiba-tiba Naim menelefonnya. Selesai berenang baru Aira menyedari ada 'miss call' dan mesej daripada Naim.

Naim: Malam ni I nak jumpa you

Aira : Dekat mana?Pukul berapa?

Naim : Dekat Hotel Seri Pacific jam 9.00 malam

Aira : Ok. See you there. I drive sendiri nanti.

Naim : Ok

Jam sudah menunjukkan pukul 8.25 malam. Aira sedang mempersiapkan dirinya untuk berjumpa dengan Naim. Kali ini dia berpakaian lebih sopan dan tidak terdedah sana sini.

Ketika Aira sedang memanaskan enjin kereta, tiba-tiba motosikal Zarif muncul di perkarangan rumah. Aira segera keluar dari keretanya lalu menegur Zarif.

"Zarif.. Kenapa? I tak call you pun suruh datang." Soal Aira.

"Aira nak pegi mana tu malam-malam ni?" Soal Zarif sambil memandang jam tangannya.

"Malam-malam apenye.. Kan baru pukul 8.30 malam."

"Ala..malam la juga kan? Saya datang ni sebab rasanya macam tertinggal handphone kat dalam kereta kot." Jelas Zarif akan tujuannya datang ke mari.

Aira menjenguk ke dalam kereta dan ternyata memang ada telefon bimbit Zarif terletak betul-betul di atas kerusi depan sebelah kiri. Aira segera mengambil telefon tersebut. Zarif memakir motorsikalnya dan segera menghampiri Aira yang sedang menghulurkan telefon kepadanya. Pintu kereta belakang dibuka Zarif.

"Aira nak pergi mana malam ni? Meh saya hantarkan." Soal Zarif lagi apabila Aira masih tidak menjawab soalannya.

"Actually I nak pergi Hotel Seri Pacific. Naim nak jumpa.Dekat je pun .. Takpe I drive sendiri.. "

"Owhh jumpa Naim ke? Bahaya mamat tu.. Better saya yang hantarkan." Zarif segera masuk ke dalam kereta dibahagian pemandu. Aira akur lalu turut masuk ke dalam kereta itu.

Kereta dipandu Zarif akhirnya sampai di Hotel Seri Pacific. Perjalanan yang hanya mengambil masa 10 minit daripada kediaman Aira. Aira diturunkan dilobi hotel.

"Kalau dah settle dinner tuh call saya yer...or kalau ada apa-apa hal call saya tau!" Aira hanya mengangguk apabila mendengar pesanan Zarif itu setelah Zarif menurunkannya di lobi hotel.

Zarif memandu kereta ke Kampung Baru. Sementara menunggu Aira selesai makan malam bersama Naim, dia ingat hendak makan malam di Kampung Baru. Di Kampung Baru tu macam-macam makanan ada jadi tidak hairan lah setiap malam Kampung Baru itu akan dipenuhi dengan pelbagai manusia.

-------------------------------------------------------------

Kelihatan Naim sedang menunggu Aira di sebuah meja berdekatan dengan tingkap. Naim sedang kusyuk bermain telefon bimbitnya sampai tidak sedar kehadiran Aira.

"Naim..." Tegur Aira.

"Aira..how are you sayang..." Naim mendekati Aira lalu mencium jemari Aira. Aira membiarkan sahaja kerana itu rutin yang Naim akan lakukan setiap kali berjumpanya.

"Fine..kenapa hari ni baru you nak jumpa I?" Soal Aira dengan penuh rajuk.

"I'm sorry sayang with what happen before this. I betul-betul takut you marah..I tak dapat kawal perasaan I."

"Then...you buat bodoh aje macam takda apa-apa berlaku. Almost one month you senyap aja tau.." Bentak Aira.

"Sayang...kita baru je jumpa tau then you dah nak marah-marah I!" Naim pula tiba-tiba meninggikan suara.

"I tak tau apa nak jadi relationship kita ni Naim. I rasa macam I ni dah tak berharga untuk you. You tak appreciate I Naim. You fly pegi entah negara mana then sikit pun tak contact or tanya khabar I." Aira tiba-tiba beremosi.

"I'm sorry sayang..." Naim memegang jari jemari Aira dengan lembut.

"You dah berubah tau Naim. Tak macam Naim yang I kenal dulu yang caring, loving..but now i dah tak rasa semua tu ada dalam diri you.."

"Sayang..boleh tak jangan bagi I jadi serba salah...Apa kata kita makan dulu?" Naim cuma untuk meredakan keadaan.

Pelayan tetamu mengambil pesanan mereka kemudian berlalu pergi. Aira duduk dikerusi sambil memikirkan kata-kata yang akan dituturnya nanti. Masing-masing mendiamkan diri dan kemudian akhirnya Aira bersuara.

"Naim..bila kita nak kahwin? Dah 4 tahun kita macam ni. Tengoklah hari tu..you pun tak dapat control perasaan you tuh.." Tiba-tiba soalan Aira itu membuatkan Naim terasa seperti petir telah memanahnya.

"Come on Aira..kita enjoy la dulu..I tak ready lagi la sayang."

"Naim...dah 4 tahun tau kita macam ni..sometimes macam I pulak yang beria nak dengan you."

"You ni dah kenapa..dah gatal sangat nak kahwin kenapa?"

"Sampai hati you kata I gatal Naim!I nak relationship kita ni jadi halal.I dah letih macam ni.."

"Kalau you nak kahwin sangat..you pergi ajak mamat yang selalu dengan you tuh..Mamat poyo tu...I pun tak tau siapa dia tu tapi yang pasti dia selalu ada dengan you. Jangan-jangan dekat belakang I you skandal dengan dia." Aira terkejut dengan kata-kata Naim itu.

"You jangan berani nak tuduh I macam-macam yer Naim!" Aira mulai terasa panas satu badannya.

"I tuduh apanya..memang betul kan?Look here..."

Naim menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aira. Terpampang jelas di dalam telefonnya gambar Aira sedang memegang tangan Zarif. Kemudian Naim menunjukkan pula gambar seolah-olah Aira sedang memeluk Zarif. Kelihatan muka Aira di dada Zarif. Bulat biji mata Aira melihat gamba-gambar tersebut.

"No..no..this is wrong...You misunderstanding ni! " Aira cuba menjelaskan.

"Aira..this is not AI or super impose ye..this is real pictures...Any explain or you don't know how to explain it?" Naim memandang Aira tajam.

"Ni masa I dekat Melaka ni..I naik Menara Taming Sari...I tengah gayat masa tu..." Jelas Aira.

"No..I tak percaya...I tau dia memang skandal you..then you buat-buat tak paham pulak..You ingat I bodoh ke?This is bull shit!" Bentak Naim dalam nada keras. Ada beberapa mata memerhatikan mereka.

"Dia driver I la...Nothing special pun..."

"Don't make me mad ya Aira...You jangan nak bodohkan I...I kenal siapa driver you!" Makin keras suara Naim.

"I tak tipu you Naim..dia..." Belum sempat Aira menghabiskan penjelasannya Naim telah memotong kata-kata AIra.

"I rasa kita break off jerla our relationship ni Aira. You memang tipu I...Actually dah banyak kali dah I dapat info you keluar dengan dia tapi I diamkan aje...We break...and fullstop...I taknak dengar dah any explanation from you.."

"Naim!!"

"Yes...we break..." Tegas Naim lalu meninggalkan Aira keseorangan di meja itu.

Banyak mata memandang drama mereka tadi. Ada yang cuba mencuri dengar perbualan mereka tu. Maka tinggal lah Aira keseorangan menangis di meja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience