EPISOD 57

Romance Series 8446

Kathy amat teruja sekali apabila dia mengetahui bahawa Zarif telah menjadi salah seorang kakitangan di Prisma Wave Group. 2 tahun lepas, Zarif tiba-tiba menghilang dan berhenti menjadi pemandu majikannya. Dia tertanya-tanya ke mana pemergian Zarif itu.

Kathy pernah bertanya kepada Aira tetapi Aira seolah-olah cuba melarikan diri daripada menjawab soalan itu. Apabila dia bertanya kepada Pak Hussein, Pak Hussien cuma menjawab 'tak tahu'. Maka sejak daripada itu Kathy menokhtahkan sahaja soalan itu.

Kini setelah 2 tahun, akhirnya Zarif muncul. Baru dia ketahui rupanya Zarif menghilang kerana menyambung pelajarannya. Jadi misi untuk menawan hati Zarif lebih membuak-buak dalam diri Kathy kali ini tambahan pula Zarif makin lama makin kelihatan lebih matang dan maskulin.

"Hai Zarif...amboi lama menghilang tiba-tiba muncul..tau-tau jadi arkitek dekat company ni..." Kathy menegur Zarif di pantry.

"Hai Kathy...hehehe...surprise kan!" Zarif membalas dan tersenyum nipis disertai lesung pipitnya.

"Haa..tuhla suprise gila..bila saya tanya awak pergi mana dekat Cik Aira dan Pak Hussien derang leh jawab tak tahu...Sabar jerla.." Terang Kathy.

"Owhh really? Ermmm...sabar jelah yer kan.." Zarif membancuh air sambil tersenyum. Dia tersenyum kerana dia teringat betapa cemburunya Aira apabila Aira mengatakan bahawa Kathy tak abis-abis asyik bertanya pasal dirinya.

"Cik Aira sebenarnya tahu..tapi buat-buat tahu kan..Saja je dia tu kan.." Kathy melabuhkan punggungnya pada kerusi di hadapan Zarif.

"Owh...dia memang tak tahu..tak baik tuduh dia macam tu tau." Zarif tipu sunat. Dia cuba membela Aira.

Zarif yang sebenarnya tidak mahu siapa-siapa tahu ke mana dia menghilang ketika itu. Dia lebih selesa berkeadaan begitu kerana dia tidak mahu orang mencarinya supaya dia boleh memberi tumpuan kepada pembelajaraan sepenuhnya.

Zarif dan Kathy berbual dan tergelak-gelak di pantry. Dah lama tak jumpa jadi macam-macam yang hendak dibualkan. Aira yang berjalan melalui pantry itu menjenguk seketika apabila dia terdengar suara garau lelaki yang dikenalinya itu.

"Kathy.. You dah abis minum ke? Nanti dah abis minum tu datang kat bilik I sekejap ye. Ada benda I nak discuss dengan you." Nada serius Aira itu membuatkan Kathy serba salah.

"Ehh.. Belum lagi... Ermm.. Cik Aira nak air tak? Saya tolong buatkan." Pelawa Kathy.

"Owh.. Boleh juga.. I nak hot chocolate ye. Make it very hot!." Jawab Aira lalu duduk di kerusi sebelah Zarif. Zarif memandang Aira sambil tersenyum. Dia tahu Aira cemburu melihat dia dan Kathy di pantry. Tangannya mencari-cari tangan Aira dibawah meja. Diusap-usap tangan Aira itu sebagai tanda supaya Aira bersabar.

Sebaik sahaja air coklat siap dibancuh untuk Aira, Kathy segera meninggalkan pantry itu. Pandangan Aira terhadapnya amat menyeramkan. Dia tidak tahu kesalahan apa yang dilakukannya sehinggakan Aira kelihatan serius pagi itu jadi lebih baik dia meninggalkan pantry itu segera.

"Ok Cik Aira saya gerak dulu ye. Nanti saya pergi kat bilik Cik Aira yer.. Cik Aira jangan lama-lama kat sini tau.. Kang saya pegi bilik Cik Aira.. Cik Aira takda plak." Dengan slumber Kathy menutur kata-kata itu kepada Aira dan berlalu pergi.

Terbuntang biji mata Aira mendengar kata-kata Kathy. Berani Kathy kata begitu kepadanya. Matanya memandang Zarif tetapi Zarif hanya tersengih. Ishh.. geramnya dia kepada Kathy lalu diramas-ramasnya lengan Zarif yang kekar itu untuk melepaskan geramnya. Zarif membiarkannya sahaja dan gelak terbahak-bahak melihat kelakuan Aira itu. 

"Alahai comelnya isteri abang ni kalau jealous." Zarif menutur ayat itu dan tersenyum.

"Syuhhh... Nanti orang dengar la." Aira segera menutup mulut Zarif dengan jarinya. Zarif dengan pantas mengigit manja jari Aira itu.

"Abang!!" Aira menampar perlahan lengan Zarif. Zarif pulak asyik tergelak-gelak dari tadi melihat gelagat Aira.

Beberapa orang staff kehairanan dengan bunyi gelak yang tak henti-henti dari pantry itu. Kathy turut kehairanan apakah yang dilakukan oleh Cik Aira sehingga membuatkan Zarif gelak sebegitu rupa? Kalau nak diikutkan tadi muka Cik Aira bukan main serius dan menakutkan sahaja tapi sebaik sahaja dia meninggalkan pantry itu Zarif gelak seolah-olah ada benda lucu yang berlaku.

--------------------------------------------

"Apasal Zarif yang baru masuk kerja sama macam aku ni dapat handle projek high profile tu.. Aku plak kena handle projek rumah kedai je.." Fadil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Kathy.

Amboii.. Baru je keje sebulan si Fadil ni dah macam-macam pulak. Dia mempertikaikan projek yang diuruskan oleh Zarif.

"Kau ni sengal ke apa? Kau tu memang dah sah projek tu kau kena manage.. Yang si Zarif tu baru nak hantar draft... Lulus tu belum tentu lagi." Terang Kathy kepada Fadil.

"Alaa... Aku tau Cik Aira tu pilih bulu.." Fadil masih tidak puas hati.

"Fadil.. Kau tu boleh tak jangan duk pertikai orang.. Masing-masing ada kelebihan kan. So ada sebab kenapa Cik Aira bagi kau projek ni dan dia projek tu." Kathy cuba positifkan Fadil.

Kathy segera ke tempatnya. Malas dia nak layan perangai si Fadil tu. Baik dia fikirkan pasal design rumah Datuk Fuad tu. Datuk Fuad yang akan membina sebuah banglo di kawasan perumahan elite itu telah memaklumkan inginkan sebuah rumah yang berkonsepkan rumah Melayu.

Datuk Fuad lebih mempercayai Prisma Wave Group untuk membina rumah impian isterinya kerana dia merupakan salah seorang sahabat kepada arwah Tan Sri Ahmad Zainudin yang pastinya mengetahui kredibiliti syarikat itu dalam memenuhi kehendak pelanggan.

"Baru je kerja dah poyo plak mamat ni. Sabar jerla." Ngomel Kathy.

Jam menunjukkan pukul 1.05 petang. Kalau ikutkan masa untuk makan tengahari. Kathy berjalan melalui ruang pejabat Zarif. Kelihatan Zarif masih kusyuk dengan kerja-kerja melukis pelan mengguna komputer.

" Zarif.. Time for lunch... " Kathy mengetuk pintu bilik Zarif.

"Owhh.. Time lunch dah ke? Owh.. Ok.. Ok..." Zarif melihat jam tangannya. Ketukkan pintu dari Kathy itu telah membuatkan Zarif tersedar dari kekusyukan menyiapkan kerja-kerjanya.

"Iyer.. Dah lunch dah.. Jom lunch sama nak tak?" Ajak Kathy.

"Its ok Kathy. Awak pergi la lunch. Ajak la siapa-siapa.. Kak Mira ke Fadil ke... Saya ada plan lain ni." Awal-awal Zarif menolak demi menjaga perasaan Aira.

Suasana pejabat ketika itu sudah lengang kerana ramai kakitangan sudah keluar makan tengahari. Zarif ke bilik Aira dan ternyata Aira masih di mejanya mengadap skrin komputer.

" Sayang.. Time lunch skang ni. Nak lunch tak?" Zarif mengejutkan Aira yang kusyuk dengan kerja-kerjanya.

"Abang.. Kalau bab makan sayang tak leh elak.. Nanti gastrik. Jom abang kita lunch kat cafe depan tu." Aira mencapai beg duitnya lalu segera berjalan menuju ke arah Zarif. Zarif menghulurkan tangannya dan disambut Aira. Masa pejabat kosong boleh la mereka pegang-pegang tangan jika kakitangan dah ramai jangan harap la. Hanya CCTV jerla yang menjadi saksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience