EPISOD 51

Romance Series 4310

"Assalamualaikum abang..dah tidur ke?" Kedengaran suara Aira ditalian. Zarif mengosok-gosok matanya berulang kali sambil memandang jam tangannya.

"Waalaikumsalam..sayang..nape tak tidur lagi ni?" Soal Zarif dalam nada yang paling perlahan. Dia tidak mahu teman sebiliknya terdengar perbualannya.

"Sayang tak leh tidur la abang...asyik mimpi arwah mummy dan daddy jer.."

"Owh..gini..sayang pergi ambik wuduk..pastu cuba baca 3 Qul dan kemudian baca Ayat Kursi...boleh tak?" Zarif segera bangun perlahan-lahan dari katilnya dan berjalan menuju ke balkoni.

"Abang...Sayang sebenarnya tak hafal lagi Ayat Kursi..." Sayu suara Aira ditalian.

"Ya Allah...Aira..dalam usia begini masih tak hafal Ayat Kursi..Ermm banyak yang aku kena didik isteri aku ni." Ngomel Zarif di dalam hati.

"Haloo..abang...are you still there?Ke dah tidur?" Aira memanggil-manggil Zarif apabila Zarif membisu ditalian.

"Ermm..ye sayang..i'm still on the line. Abang tengah pikir ni macam mana nak bagi sayang lena tido ni.Nak abang nyanyi nursery rymes ke?" Usik Zarif sambil mengaru-garu kepalanya untuk berfikir.

"Dah laa..abang dah mamai ni..pergi la tidur.Ok abang. Miss you."

"Ok sayang..miss you too..jangan lupa baca 3 Qul." Talian dimatikan dan Zarif menuju ke katilnya semula. 

"Bini ke makwe kau yang call tu?" Soal Bidin yang terjaga dari tidur. Dia memandang jam tangannya menunjukkan sudah jam 3.00 pagi.

"Ermm..." Ringkas jawapan Zarif lalu menyambung semula tidurnya.

Ermmm...jawapan daripada Zarif itu membuatkan Bidin pula yang tidak lena tidur. Bidin agak curiga dengan teman sebiliknya ini. Terlalu berahsia macam-macam perkara daripadanya kecuali perkara berkaitan dengan pelajaran mereka.

Mana Bidin tak curiga...Setiap dua atau tiga minggu mesti Zarif akan pulang ke Kuala Lumpur. Asal balik dari Kuala Lumpur je muka mesti ceria. Pastu makin hari makin segak,kemas dan handsome je sahabatnya itu. Bidin pun jeles kalau makin hari makin handsome je si Zarif. Bila tanya apa rahsianya...katanya kena selalu gembira dan ceria. Dan paling cliche lagi jawapan Zarif ialah muka kena selalu berwuduk.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

"Khamis ni class Dr Adha takde tapi dia akan buat pada hari Rabu malam. Jadi...Khamis dan Jumaat kita free so aku ingat nak ajak kau balik kampung aku. Abah aku call bagitau durian kat kampung aku banyak dah luruh so dia ajak aku balik makan durian. Ko nak ikut tak? Durian kampung aku sedap-sedap tau." Ajak Bidin.

"Khamis dan Jumaat ni kita free yer...Aku ingat nak balik KL la.Cuti panjang tu..rugi tak balik KL." Jawab Zarif sambil memandang reaksi Bidin.

"Kau ni tak abis-abis balik KL..Macam ada bini kat KL jer..Cuba kau terus terang dekat aku." Bentak Bidin. Kalau ikut umur Zarif ni tak salah pun kalau dia dah kahwin. Zarif yang berusia 29 tahun dan 4 tahun lebih tua daripada Bidin dan boleh dikategorikan pangkat abang kepada Bidin.

"Ermmm..yer Bidin..sebenarnya aku memang balik KL sebab nak jumpa isteri aku." Jawapan Zarif itu membuatkan Bidin terkejut.

"La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah... Kau cakap ni betul ke tipu?"

"Lor.. Tadi tanya.. Bila aku jawap tak percaya pulak.. Terpulang la..."

Bidin mendekati Zarif. Dia mendekatkan mukanya ke wajah Zarif untuk memastikan kata-kata Zarif itu betul atau sebaliknya. Orang cakap kalau nak tahu orang itu tipu atau pun tak , apabila orang itu bercakap kita kena pandang mata dia.

"Hahaha.. Kau ni dah kenapa Bidin?Dekat-dekat dengan aku ni..Kang aku cium baru tau.." Zarif cuba acah-acah untuk mencium Bidin. Bidin dengan pantas melarikan diri.

"Aku nak check kau cakap betul-betul ke main-main... Tapi nampak gayanya main-main ni.." Duga Bidin yang pastinya tidak tepat. Zarif hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata Bidin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience