Selesai bermain futsal pada malam itu Zarif, Amirul, Adi, Ikmal dan Fendi mengambil keputusan untuk lepak-lepak di kedai mamak yang berdekatan dengan gelanggang futsal yang mereka main tadi.
Trut.. Trutt... Trutt... Telefon bimbit Amirul berbunyi. Amirul segera menyambut panggilan itu apabila tertera nama Pak Hussin di skrin telefon. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Ada kecemasan ke?
"Assalamualaikum Amirul. Kamu ada dengan Zarif ke?" Pak Hussin ditalian dengan nada agak cemas.
"Haa aa yaa. Zarif ada dengan saya ni." Zarif automatik memandang Amirul apabila kedengaran namanya disebut.
"Boleh bagi telefon dekat dia sekejap tak.. Pakcik nak cakap dengan dia sekejap." Amirul segera menghulurkan telefonnya kepada Zarif.
"Assalamualaikum Pak Hussin. Ada apa tu? Napa tak tido lagi ni Pakcik?" Soal Zarif kepada Pak Hussin ditalian.
"Waalaikumsalam.. Aduss kamu ni.. Kamu buat apa.. Kenapa tak angkat panggilan.. Dari tadi pakcik call kamu. Rasanya dah 20 kali kot." Terkejut Zarif mendengarnya lalu dia segera mengeluarkan telefon dari begnya. Ya! Memang ada 20 miss call.
"Ya Allah banyaknya miss call. Maaf pakcik tadi saya tengah main futsal. Memang tak sedar la bunyi call masuk. Ada apa tu pakcik?" Zarif mulai panik.
"Aira tu.. Aira... Tadi ada orang call pakcik dia cakap jumpa Aira nangis-nangis dekat highway PLUS menghala ke utara." Terang Pak Hussin dan dia pun dalam keadaan panik.
"Haaa!!!" Suara Zarif yang kuat itu telah mengejutkan Amirul, Adi, Ikmal dan Fendi. Mereka serentak memandang Zarif.
"Tulah.. Pakcik nak kamu pergi tengok dia kejap kat sana. Napa sampai jadi macam tu. Kamu paham-paham jela keadaan pakcik sekarang ni tak dapat la nak membantu sangat." Jelas kedengaran suara kekesalan Pak Hussin itu.
"Ok.. Ok.. Baik saya pergi sekarang." Zarif segera mematikan talian.
Amirul, Adi, Ikmal dan Fendi masih memerhatikan Zarif. Perbualan Zarif di telefon tadi benar-benar membuatkan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
"Mirul... Nanti ko balik dengan Ikmal yer. Aku ada perkara urgent ni nak kena buat ni. Helmet ko pun aku pinjam jap. Nak balik pun dekat je kan.. Insyallah takde roadblock." Amirul terkedu. Belum sempat dia berkata apa-apa Zarif dah berlari ke motosikal lalu meninggalkan sahabatnya yang kebingunggan itu.
----------------------------------------------
Lokasi keberadaan Aira tidak jelas untuk Zarif mencari tetapi dia cuba untuk mencari ke laluan lebuhraya PLUS. Motosikal ditunggangnya itu melepasi Plaza Tol Jalan Duta.
Zarif tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku? Kenapa Aira menangis di lebuhraya pada malam hari ni? Motosikal ditunggang dan matanya juga turut liar mencari kelibat Aira. Tiba-tiba hujan pula turun dan waktu malam ini membataskan lagi tumpuan mata Zarif.
Akhirnya dari jauh kelihatan seperti seorang perempuan dan seorang lelaki di pondok berteduh untuk penunggang motosikal. Zarif segera berhenti disitu, lagi pun dia ingin turut berteduh seketika sementara menunggu hujan reda.
Sah itu Aira! Kenapa dia menangis? Mana kereta dia? Kereta dia rosak ke? Macam-macam persoalan pula yang difikirnya. Zarif segera menghampiri Aira yang sedang menangis sambil berpeluk tubuh itu. Aira tidak menyedari kehadiran Zarif.
"Aira!" Tegur Zarif.
Sebaik sahaja mendengar suara yang dikenalinya itu, Aira segera bangun lalu berlari dan terus memeluk Zarif. Makin kuat pula tangisan Aira. Zarif membiarkan pelukan itu jika itu yang dapat mententeramkan Aira.
"Encik ke yang saya call tadi tu?" Tiba-tiba lelaki yang berada di situ menyapa Zarif.
"Ehh.. Bukan.. Tadi tu orang lain." Jawab Zarif.
"So.. Encik ni siapa? Pakwe dia ke?" Soal lelaki itu. Zarif hanya mengangguk dan menggeleng kepalanya. Lelaki itu pening dengan jawapan Zarif.
"Apa kes sebenarnya ni?" Zarif pula menyoal lelaki itu. Aira masih diam membisu. Pelukan Aira masih tidak dilepaskan.
"Entahla encik.. Saya pun tak tahu. Saya mula-mula nampak dia jalan kaki sorang-sorang dekat highway ni. Risau juga sebab malam kan dan perempuan pulak tu.. Nak tegur tak berani tapi saya tegur la juga.. Last-last dia cakap nak pinjam telefon nak call driver dia." Jelas lelaki itu.
"Ooo.. Terima kasih banyak-banyak yer. Itulah malam-malam ni bahaya bagi seorang perempuan ." Ucap Zarif kepada lelaki itu.
"Tulah bahaya. Saya dari tadi tanya dia kenapa tapi dia taknak cakap. Asyik nangis je.. Pastu cuma cakap nak tunggu driver dia datang." Jelas lelaki itu lagi.
"Oo takpe..takpe.." Zarif menangguk-angguk kepalanya.
"Hujan dan nak beransur berhenti ni. Encik pun dah sampai. So saya gerak dulu ye. Encik selesaikanla apa yang patut dengan sebaiknya ye. Assalamualaikum." Lelaki itu menepuk bahu Zarif lalu bersalam dengannya sambil tersenyum sinis. Mesti dia ingat ni konflik suami isteri atau pakwe makwe.
Share this novel