Penerbangan Naim kali ini adalah ke Paris. Kali ini dia akan berhenti selama 2 hari. Untuk mengisi kesunyian dan pastinya Karina akan bersedia untuk menemaninya. Hari itu Naim dan Karina berjalan-jalan di bandar Paris dari siang sampai ke malam.
"Kapten..are you ok if I stay with you tonight?" Soal Karina dalam keadaan menggoda.
"Ok..tapi tomorrow early morning please leave my room yer..I taknak orang lain sedar." Naim mengelus-ngelus rambut Karina yang ikal tu.
Karina tersenyum kegembiraan. Kali ini dia berharap agar dapat menewaskan Naim. Sudah lama dia menaruh hati kepada Naim tapi dia rasa dia seolah-olah hanya tempat untuk mengisi kekosongan Naim sahaja.
Naim ke bilik air membersihkan diri manakala Karina menonton televisyen sambil memikirkan apakah pelan yang dia harus lakukan untuk mendapatkan Naim?
Karina menghulurkan Naim segelas air sebaik sahaja Naim keluar dari bilik air. Naim yang hanya mengenakan bathrobe ketika itu agak seksi dimata Karina. Tanpa berfikir apa-apa Naim meneguk air yang diberikan oleh Karina itu. Karina hanya tersenyum.
Selang beberapa minit, tiba-tiba badan Naim mulai panas. Nafsunya juga mulai menggelodak seperti seekor kuda. Karina yang sedang menonton televisyen dilihatnya seperti seolah-olah sedang berbogel dihadapannya. Tanpa berfikir apa-apa Naim mendekati Karina lalu mengendong Karina ke katil. Satu persatu pakaian di badan Karina ditanggalkannya dengan kasar. Karina membiarkannya dan hanya tersenyum. Malam itu Karina menjadi hidangannya untuk melepaskan nafsunya yang tiba-tiba sahaja memuncak.
------------------------------------------
Pak Hussein yang menanti Aira dalam kereta dari tadi mulai tidak senang duduk. Jam sudah menunjukkan 8.00 malam tetapi Aira masih tidak turun. Beberapa orang kakitangan syarikat semua sedikit-sedikit meninggalkan bangunan itu. Pak Hussein mengambil keputusan untuk naik semula ke atas memandangkan Magrib sudah lama masuk waktu.
Di pejabat itu masih ada beberapa orang staff yang tinggal menyiapkan kerja masing-masing. Fuhh lega Pak Hussein..Dia ingatkan hanya Aira sahaja yang masih tinggal di pejabat rupanya masih ramai lagi staff.
Usai sahaja solat Magrib Pak Hussien berehat di tempat yang disediakan untuknya itu. Dia memerhatikan sahaja perangai dan gelagat staff di situ. Macam-macam peel. Aira pula berjalan ke hulu ke hilir. Sekejap keluar dari biliknya sekejap ke tempat staff dia. Tiba-tiba telefon Pak Hussien berbunyi.
"Assalamualaikum Pak Hussein." Kedengaran Zarif memberi salam.
"Waalaikumsalam Zarif.Haa..ada apa telefon pakcik ni?Rindu pakcik ke?" Seloroh Pak Hussien.
"Ehhh...terer la Pak Hussein ni..memang saya rindu sungguh kt pakcik ni."
"Bertuah la pakcik kalau kamu betul rindu kat pakcik. Cakap jerla rindu kat bini kamu tuh kan?" Duga Pak Hussein.
"Hehehe..yerla pakcik tu pun saya rindu juga. Pakcik kat mana tuh? Kenapa bunyi kecoh sangat tuh?"
"Sebenarnya pakcik masih kat pejabat ni. Bini kamu tu sibuk bebenar..kata nak balik awal..bila pakcik tunggu kat kereta tak muncul-muncul jadi pakcik pun naik la ke atas semula." Terang Pak Hussein.
"Owwhh..sibuk ke dia?Ada projek nak kena final la kot tuh..patut la saya call tak angkat-angkat."
"Itulah..busy sangat dia tu..ke hulur ke hilir sampai berpinar bijik mata pakcik duk tengok." Pak Hussien hanya mampu menggeleng kepala melihat situasi pejabat pada ketika itu.
"Ermm..takpelah pakcik..saya call Aira kemudian la. Ok pakcik...jangan lupa pesan dekat Aira tu suh makan yer nanti sakit perut pulak. Assalamualaikum Pak Hussien." Zarif menamatkan perbualan mereka.
Pak Hussein segera ke bilik Aira. Di dalam biliknya kelihatan dua orang staff sedang berbual sambil menunjuk-nunjuk di atas sekeping kertas di hadapan mereka. Mungkin arkitek syarikat bercerita mengenai kerja mereka. Pak Hussein segera menyapa Aira sebaik sahaja Aira memanggilnya masuk.
"Cik Aira...maaf ganggu...Cik Aira nak makan apa-apa tak? Nanti pakcik pergi belikan? Dah malam ni..nanti sakit perut pulak kang.." Soal Pak Hussein.
"Takpe Pak Hussein..sikit lagi je kerja-kerja ni nak abis." Jawab Aira sambil membelek-belek pelan di atas mejanya itu.
"Betul ni taknak makan? Pakcik ni tolong sampaikan pesanan suami kamu je ni!" Pak Hussein segera berjalan keluar. Tanpa sengaja Pak Hussein terlaung kuat kata-kata itu di hadapan pintu. Semua staff di dalam bilik Aira itu terkedu mendengar kata-kata Pak Hussein tadi. Aira yang terdengar turut terkedu. Secara automatik semua staff memandang Aira.
"Ermmm...I betulkan kata-kata Pak Hussien tu..bakal suami yer.." Aira segera cover line.
"Fuhh...lega..ingatkan Cik Aira dah kahwin tak jemput kami.." Kata Kathy. Masing-masing semua ketawa kelegaan dan begitu juga Aira.
Semua kakitangan memang tidak mengetahui Aira sudah berkahwin senyap-senyap kerana peristiwa tempoh hari. Aira belum bersedia untuk memaklumkan kepada staff akan status sebenarnya.
Share this novel