EPISOD 3

Romance Series 4310

Pagi minggu ini selalunya Aira akan ke Tasik Perdana untuk berjogging. Walaupun setiap hari Aira sibuk bekerja tetapi apabila hari minggu Aira tidak akan lupa rutinnya. Aira bersiap mengenakan sehelai seluar legging hitam dan sehelai 'tank top' putih. Rambutnya diikat tinggi seperti orang tengah berpantang. Aira pantas menuruni anak tangga.

"Mak Imah ..Aira pergi dulu tau." Mak Imah di dapur terkedu.

"Abis tu sarapan ni sapa yang nak makan?" Mak Imah berlari-lari anak menuju ke pintu utama untuk mendapatkan Aira.

"Nanti balik Aira makan lah..Aira pegi jogging jerlah." Aira terus menuju ke arah Porsche Cayenne Putih yang berada di pakir. Pintu pagar automatik terbuka. Aira terus memecut keretanya ke Tasik Perdana.

Ramai orang kelihatan di Tasik Perdana. Ada yang datang bersama anak-anak. Ada yang datang bersama isteri.Ada yang datang bersama suami. Ada yang datang bersama kawan-kawan. Ada yang datang bersama kekasih. Tetapi yang pastinya Aira datang bersendirian.

Aira memulakan langkah lariannya. Dari satu kawasan ke satu kawasan diredahnya.Tiba-tiba tanpa disedari Aira terpijak ranting kayu yang agak tebal rupanya. Aira terjelepuk jatuh terduduk. Kakinya terseliuh dan punggungnya terasa kebas. Aira memicit-micit kaki kanannya.

"Hai cik adik terjatuh ke?" Tiga orang pemuda yang melalui kawasan itu menegur sambil tersenyum-senyum. Aira memandang dan tersenyum.

Tiba-tiba salah seorang dari pemuda tersebut menghampiri Aira. Dimain-mainnya rambut Aira. Dua orang pemuda lagi hanya membiarkan aksi sahabatnya itu sambil tersenyum nakal. Aira terasa pemuda tersebut makin dekat dengannya. Tanpa disedari bahunya dicuit. Aira mula rasa tidak selesa. Tiga orang pemuda ini rupanya cuba mengambil kesempatan. Kawasan Aira jatuh itu agak jauh dari orang ramai. Aira tidak dapat bergerak kerana kakinya terseliuh.

"Eh ..korang ni dah melampau la!" Aira bernada tegas.

"Hai cik adik..nak kami tolong jangan la marah-marah pulak." Salah seorang pemuda bersuara. Seorang lagi pulak asyik bermain-main dan memintal rambut Aira. Seorang lagi pulak memandangnya dengan penuh nakal.

"Pegilah!!" Aira menepis kasar tangan salah seorang pemuda tersebut yang cuba untuk mencuit dagu Aira.

"Woiii...woiii..woiii....!!" Satu suara kedengaran dari jauh. Kelihatan seorang pemuda berlari mendekati mereka. Makin lama makin dekat. Aira menarik nafas lega.

"Apa korang ni buat weh??Jangan buat pasal kat tempat public ni boleh tak?Kang aku belasah korang nak ke?" Pemuda berbadan sasa itu menunjuk penumbuk kepada tiga orang pemuda tersebut. Pemuda-pemuda tersebut mengangkat tangan kemudian beredar.

"Kenapa cik?" Pemuda berbadan sasa itu bertanya.

"I terjatuh tadi. Tak nampak pulak ada ranting kayu besar so I terpijak lah." Ujar Aira.

"Mak aihh...Ranting kayu punya besar ni takan tak nampak kot? Ni mesti sambil berlari sambil main telefon kan?" Teka pemuda tersebut sambil tersengih-sengih.

"Hello...tolong jangan serkap jarang yer." Aira menjeling tanda tidak setuju dengan jawapan pemuda tersebut.

"Budak-budak tadi tu buat ape dekat cik?Cik ok tak?" Pemuda itu menunjuk jari telujuknya ke arah kaki Aira.

"Monyet-monyet tadi nak ambik kesempatan dekat I lah...ni kaki ni terseliuh so I tak boleh nak jalan sangat ni." Balas Aira sambil memicit-micit kakinya untuk minta simpati.

"Mana monyet-monyet tu tak kacau cik...cik nak pegi jogging pun seksi sangat dah kenapa? Bukan je monyet..siamang, kera,musang pun nak join jugak kalau macam tu." Aira disindir.

"Eh..u ni sempat lagi sindir I yer. Ni nak tolong I ke tak ni?" Berkerut dahi Aira menahan kesakitan.

"Kalau nak saya tolong boleh..tapi saya tak suka jalan dengan perempuan seksi." Dicampaknya sweater ke arah Aira.

"Kenapa plak campak sweater ni?Euww...basah..masam." Aira mencampak kembali sweater tersebut kepada pemuda tersebut.

"Pakailah...cover body you tu. Saya tak suka jalan dengan perempuan seksi!" Sweater tersebut dicampak kembali kepada Aira. Aira memakai sweater itu dalam keadaan paksa rela. Basah dan masam semuanya ada.

"Haaa macam ni lah." Pemuda itu tersenyum dan menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Dibantunya Aira bangun dan kemudian dipapahnya Aira. Aira diam membisu.

"Cik nak saya bawak cik sampai ke mana ni?" Aira jalan terhinjut-hinjut. Tangannya merangkul pinggang pemuda tersebut.

"Bawak I ke parking kereta tu. Tak jauh dah ni. Nak dekat sampai dah." Pemuda tersebut mengangguk tanda faham. Dia hanya menuruti langkah Aira. Langkah mereka terhenti bila Aira berhenti di Porsche Cayenne Putih.

" Ok you.. dah sampai dah.Thank you very much yer." Pintu Porsche Cayenne dibuka. Aira terus masuk ke dalam perut kereta tersebut.

"Cik boleh drive ke ni?" Dalam hati pemuda itu mengagumi kemewahan kereta tersebut.

"Its ok. Don't worry. Anyway thank you..thank you very much ya." Berulang-ulang kali Aira mengucap terima kasih kepada pemuda tersebut. Tangan kanannya dilambai kepada pemuda itu lantas terus meluncur keluar dari tapak letak kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience