Porsche Cayenne putih berhenti betul-betul di depan lobi Hotel The Light. Penyambut tetamu segera membuka pintu kereta. Aira segera melangkah keluar dari kereta. Zarif membantu penyambut tetamu hotel meletakkan beg-beg di atas troli yang disediakan.
"Cik Aira tunggu kejap yer 'abang' nak parking kereta kejap." Zarif tidak sedar yang dia tersasul.
"Abang?" Berkerut dahi Aira mendengar Zarif membahasakan dirinya 'Abang'.
"Apa??" Zarif memandang Aira sambil menjungkit-jungkit bahunya kebingungan.
"Sah mamat ni tengah angau lepas sembang dengan makwe tadi sampai tak sedar apa yang dia cakap." Ngomel Aira didalam hati.
Aira segera ke kaunter untuk urusan Check In. Dua kad kunci bilik berada ditangan Aira. Aira melabuhkan punggungnya di sofa lobi hotel sambil menunggu Zarif.
Beberapa minit kemudian Zarif muncul dengan kaca mata hitam sambil mengikat rambutnya yang panjang paras bahu. Dah macam mafia pulak bila tengok. Tapi sekali tengok macam Can Yaman pelakon Turki tu pun ada jugak. Aira memerhatikan sahaja gerak langkah Zarif. Kalau ada muzik sah-sah keluar muzik cerita Rajinikanth berjalan.
"Nah ni kad bilik. Room number 311." Aira menghulurkan kad bilik apabila Zarif mendekatinya.
"Ok.thanks. So malam ni apa tugasan saya yer Cik Aira?" soal Zarif sambil menyambut kad bilik yang dihulur Aira.
"Malam ni I ada dinner dengan company TSJ Holding di ballroom. So you boleh la keluar gi mana-mana. Tak payah tunggu I ok. Malam ni you free and easy." Senyum Aira. Zarif menangguk lalu melangkah menuju ke lif.
Zarif menghantar Aira hingga ke bilik 416. Aira hanya tersenyum melihat Zarif terkial-kial mengangkat beg yang banyak.
"Tulah I suruh panggil budak angkat beg suh bawak naik atas tapi you taknak. Ni la dia akibatnya kalau degil." Perli Aira.
Mereka sudah sampai ke bilik 416. Aira hanya meminta Zarif meletakkan beg di hadapan pintu. Dia mengucapkan terima kasih lalu melambai tangannya kepada Zarif. Zarif hanya mengangguk lalu pantas menuju ke biliknya.
Selamat membaca..
Share this novel