Aira masih menangis tetapi beransur perlahan. Dia rasa lega dan selamat apabila Zarif berada disisinya. Dia masih memeluk Zarif. Kehangatan badan Zarif itu telah mengurangkan kesejukkanya. Zarif segera mendail nombor telefon Pak Hussin.
"Waalaikumsalam..." Salam Pak Hussin dijawab.
"Macam mana... Dah jumpa ke?" Soal Pak Hussin yang agak risau dengan majikannya itu.
"Alhamdulillah.. Dah jumpa dah.. Ada je kat sebelah saya ni." Jelas Zarif.
"Kalau camtu kamu bawak dia balik yer. Kat rumah tu Mak Imah pun takda. Sekuriti pun takda sebab dalam proses tukar kontrak lain." Risau sungguh Pak Hussain.
"Ok..Baik Pakcik.." Jawapan ringkas Zarif sebelum menamatkan perbualan mereka.
------------------------------------------
Hujan pun sudah berhenti tetapi baki titisan hujan masih dirasai. Aira masih lagi memeluk Zarif. Dia hampir terlena. Dia rasa selesa dan selamat.
"Aira.. Aira.. Nak duk macam ni berapa lama lagi? Nak balik tak?" Aira mengangguk lalu melepaskan pelukannya apabila terdengar kata-kata Zarif itu.
"Dah.. Dah.. Jangan nangis lagi ye. Kalau dah ready nak cerita kat saya apa yang dah berlaku tadi nanti cerita lah yer." Air mata Aira dilap oleh Zarif dengan jarinya.
Zarif menghulurkan baju hujannya kepada Aira. Dalam keadaan pakaian yang seksi dan pendek itu pastinya Aira akan sejuk dan tidak selesa jika membonceng motornya. Zarif turut memakaikan Aira topi keledar sebelum mereka bergerak pulang.
"Pegang elok-elok tau?Jangan tidur yer nanti terjatuh pulak." Pesan Zarif kepada Aira. Aira lantas memeluk pinggang Zarif. Zarif terasa kuatnya pelukan itu. Hampir senak dibuatnya. Dah la dia tengah lapar.
Zarif dan Aira membelah malam itu dengan titisan hujan yang halus dan airmata Aira. Telinga Zarif masih kedengaran tangisan Aira yang sayup-sayup itu. Entah apa yang sedih sangat Aira malam ini. Zarif mengharapkan agar Aira bercerita kepadanya apa yang telah berlaku.
Akhirnya mereka sampai ke banglo agam itu. Nasib baik Aira pernah memberi kunci pendua kepada Zarif. Katanya senang nanti Zarif nak keluar masuk rumah ni jika apa-apa hal berlaku nanti.
Zarif menemani Aira hingga ke biliknya. Aira kelihatan lemah sekali. Kakinya menaiki anak tangga pun agak perlahan. Zarif hanya memerhatikannya dari belakang. Apabila sampai di muka pintu Zarif membantu Aira membuka pintu tersebut.
"Masuklah dan mandi yer. Mandi air panas suam yer agar release semuanya. Jangan lupa basahkan kepala tau sebab tadikan kena hujan." Pesan Zarif kepada Aira ibarat seperti seorang abang kepada adiknya. Aira hanya mengangguk kepalanya tanda faham.
Sebelum Zarif keluar dari bilik Aira, Aira menghulurkan kepada Zarif tuala, kain pelikat dan sehelai tshirt untuk disalin memandangkan Zarif turut basah kuyup kerana terkena tempias hujan tadi.
"Nah...pegi la tukar baju..tapi jangan balik dulu tau." Pinta Aira.
"Ok..saya ada di bawah yer." Zarif menuruni anak tangga. Dia pun sebenarnya tidak rasa selesa kerana dia juga basah ditambah pula kesejukan angin malam tadi pun masih terasa sampai ke tulang.
Hampir sejam Aira di dalam bilik. Zarif masih menunggu Aira tapi tak turun-turun maka dia pun naik ke atas. Kedengaran Aira menangis-nangis lantas diketuknya pintu bilik Aira.
"Aira.. Are you ok?" Soal Zarif dari luar bilik Aira.
Aira tidak menjawab soalan Zarif itu malah makin kuat kedengaran tangisannya. Tanpa peduli akan dimarahi, Zarif dengan segera masuk ke bilik Aira itu. Kelihatan Aira duduk di atas katil sambil memeluk kakinya.
"Aira.. Cuba bagitau saya apa yang dah terjadi tadi? Kalau asyik menangis je dari tadi ini takan selesai masalah." Tegas Zarif.
"Sebenarnya..sebenarnya...Naim cuba rogol I dekat highway tadi." Tergagap-gagap Aira menerangkan sambil mengalir air matanya.
"Haa...Naim nak rogol awak!Jom kita buat report polis sekarang!" Tegas Zarif dan terkejut dengan jawapan Aira.
"No..no...biar jela. I taknak nanti karier dia terjejas. Lagi pun i ok je...Cuma terkejut dan sedih je" Aira cuba untuk tenangkan dirinya sendiri.
"Adoiii macam ni punya gaya kata ok !" Zarif agak terkejut apabila Aira masih lagi cuba untuk membela Naim.
"Iyer...I ok!" Aira mengesat air matanya. Dia berpura-pura lega.
"Ok yer?! Kalau ok..kalau camtu saya balik dulu la." Zarif segera untuk melangkah keluar dari bilik Aira. Tiba-tiba Aira mencengkam lengan Zarif dengan kuat. Zarif tersentak.
"Please jangan balik. I takut..takde siapa kat umah ni. I takut Naim tiba-tiba datang!" Aira memandang Zarif dengan muka sedih yang penuh ketakutan.
"Ehh...kata tadi ok tapi kenapa takut plak? Awak tak ok kan sebenarnya Aira?" Soal Zarif kepada Aira. Mata Zarif tertumpu kepada lengan Aira. Kelihatan biru lebam. Mungkin sebab bergelut dengan Naim tadi.
"Ye..I tak ok tapi I pura-pura ok. I masih takut lagi!" Aira memandang Zarif lalu mengalirkan semula air matanya.
"Dah.. dah.. ok...Awak tidur la yer. Saya tak balik. Saya tidur kat ruang tamu bawah je. Nanti kalau ada apa-apa menjerit je tau." Zarif secara spontan membaringkan Aira. Aira hanya menuruti dan sedikit terkejut dengan kelakuan Zarif yang begitu mengambil berat tentangnya itu. Zarif mencapai selimut lalu menyelimutkan Aira. Tanpa berkata-kata Zarif terus keluar dari bilik itu.
Malam itu Aira tidak dapat melelapkan matanya. Dipusing kanan kemudian ke kiri pula tetapi matanya tetap tidak dapat lelap. Pelbagai perkara yang difikirkannya dan akhirnya Aira terlena juga.
Share this novel