EPISOD 18

Romance Series 4310

Tan Sri Omar segera ke hospital sebaik menerima panggilan telefon daripada Mak Imah. Menurut Mak Imah anak buahnya itu Aira Hawarina telah dimasukkan ke hospital.

"Aira..Aira sakit apa ni sampai kena tahan dekat wad ni.?" Tanya Tan Sri Omar kepada Aira yang sedang terbaring  di katil.

"Ala takda apa la Pak Long. Maybe Aira penat sangat kot." Aira agak terkejut apabila Tan Sri Omar melawatnya di hospital setelah sekian lama dia tidak jumpa Pak Longnya.

"Kalau ada apa-apa bagi tau Pak Long yer. Aira kena ingat ye.. Pak Long, Mak Long, Eza dan Ezal je keluarga yang Aira ada sekarang ni." Bebel Tan Sri Omar.

"Iyer.. Iyer.. Aira tahu Pak Long. Ni Pak Long datang sorang je ker?" Soal Aira. Dia cuba untuk menghentikan bebelan Pak Longnya.

Tiba-tiba pintu diketuk. Zarif terus meluru masuk lalu tunduk hormat dan melemparkan senyuman kepada Tan Sri Omar. Tan Sri Omar membalas senyuman kepada Zarif lantas memerhatikan gerak laku Zarif.

"Saya balik dulu yer. Kalau ada perlukan apa-apa bagitau saya yer." Zarif meletakkan termos air panas di atas almari kecil bersebelahan katil Aira lalu cuba untuk meninggalkan bilik itu dengan segera.

Zarif tidak mahu menganggu perbualan antara Aira dengan Tan Sri Omar. Baru dia tahu Tan Sri Omar seorang tokoh korporat yang tersohor itu adalah Pak Long Aira.

"Wait.. Jangan balik lagi! " Lantang suara Aira. Dengan spontan dia menarik tangan Zarif sebelum Zarif keluar meninggalkan bilik tersebut.

Zarif terkedut dan terkejut dengan tindakan Aira. Tan Sri Omar turut terkejut dengan kelantangan suara Aira tadi. Tan Sri Omar memandang tajam ke arah tangan Aira dan Zarif. Aira segera melepaskan tangan Zarif yang digenggamnya itu.

"Ok.. Ok... Kalau macam tu saya tunggu dekat luar je ye." Zarif pantas melangkah keluar.

"Siapa tu? Boyfriend kamu ke Aira? Bila nak kenalkan dekat Pak Long?" Tan Sri Omar cuba meneka.

"Ehh.. Bukan lah Pak Long. Dia sebenarnya...." Tiba-tiba deringan telefon Tan Sri Omar telah menghentikan penjelasan Aira. Tan Sri Omar menjawab panggilan telefon tersebut. Sesekali kepalanya mengangguk.. Sesekali kepalanya menggeleng-geleng.

"Nampaknya Pak Long kena balik office dulu la Aira. Ada hal urgent plak kat office tu. Nanti kalau dah discharge bagitau Pak Long yer.. Nanti Pak Long datang tengok kamu dekat rumah pulak tau" Tan Sri Omar tergopoh-gopoh meninggalkan Aira sebaik tangannya di salam Aira.

Aira berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu. Pintu dibuka. Dia cuba mencari kelibat Zarif. Tidak kelihatan. Tiba-tiba Zarif muncul di hadapannya. Bagai nak luruh jantungnya terkejut.

"You ni hantu raya ke?Tiba-tiba je muncul depan I.." Aira mengurut-ngurut dadanya.

"Eh terkejut ke?Sorry ye Cik Aira..Saya dah nak balik ni tapi Cik Aira suruh saya tunggu pulak. So ada benda nak suruh saya buat ke? Saya rasa saya dah macam panda ni berjaga dari semalam tak tido-tido" Soal Zarif sambail menenyeh-nenyeh matanya.

"I rasa esok maybe I dah boleh balik. Tapi ada benda I nak mintak you tolong. Boleh tak you tolong ambik telefon I dekat rumah. I rasa boring la takde handphone kat tangan ni. Please!!" Aira merayu kepada Zarif.

"Oooh ingatkan ape yang penting sangat.Rupanya suh bawak telefon. Insyallah kalau saya tak buzy saya hantar la malam nanti. If not esok jerla ye.Lagi pun esok dah boleh balik kan?" Zarif menuang air kosong ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Aira. Aira menyambut cawan tersebut dengan jelingan geram.

"Kalau taknak bawak sudah la!" Bentak Aira lalu tiba-tiba air matanya mengalir perlahan.

"Lor dah nape tetiba minah ni nangis pulak. Tetiba sensitif pulak. Aku tersalah cakap ke?" Ngomel Zarif dalam hati. Zarif serba salah apabila dia melihat Aira menangis. Segera dihulur kepada Aira tisu. Aira mengambil lalu mengesat air matanya.

"Dah pergi la balik. I nak rehat ni.Letih rasanya." Aira segera menarik selimut. Zarif kebingungan dengan tingkah laku Aira yang tiba-tiba menjadi sensitif.

----------------------------------------------------------------------------------------

Zarif memakir kereta di bawah garaj. Kelihatan Mak Imah sedang berdiri dihadapan pintu utama.  Zarif segera berjalan ke arah Mak Imah.

"Macam mana dengan Aira?Doktor cakap apa?" Soal Mak Imah.

"Aira ok jer. Doktor cakap dia gastrik. Tapi lepas ni kena sentiasa berhati-hati sebab nanti effect banyak kalau tak jaga." Jelas  Zarif.

"Ermm memang Aira jarang makan sejak kebelakangan ni. Mak Imah tengok dia pun makin kurus. Mak Imah pun tak tahu kenapa?" 

"Apa yang dia risau sangat tu Mak Imah sampai kurang makan?" Soal Zarif sambil membetulkan jaket di badannya. 

"Entahlah...sejak Tan Sri dan Puan Sri meninggal 6 bulan lepas memang Aira dah kurang makan. Mungkin takda orang teman dia makan kot." Teka Mak Imah.

"Boleh jadi jugak la kan." Zarif mengangguk tanda setuju dengan jawapan Mak Imah.

"Kamu tu Zarif..bila bawak Aira tu kalau time makan bawak je dia pegi kedai makan kalau tak sempat sampai ke rumah." Mak Imah mencuit bahu Zarif minta Zarif lakukan apa yang dikatakannya.

"Insyallah Mak Imah...Oh ya..Boleh tak Mak Imah tolong ambilkan telefon Aira. Dia mintak saya hantar dekat dia hari ni. Saya ingat malam karang baru saya sempat pergi hantar dekat dia. Lepas ni saya nak kena tolong isteri Pak Hussein sebab dah janji dengan dia hari tu."

"Oo..kejap ye nanti Mak Imah tolong ambilkan.Rasanya ada kat dalam bilik Aira tu." Mak Imah segera melangkah laju ke bilik Aira. 

Beberapa minit kemudian Mak  Imah menyerahkan kepada Zarif telefon Aira. Zarif segera menyimpan ke dalam begnya lalu segera meninggalkan banglo tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience