EPISOD 58

Romance Series 8446

Hari ini hujan turun tak berhenti-henti sejak subuh tadi lagi. Aira dan Zarif sedang bersarapan manakala Pak Hussien hanya duduk menunggu untuk menghantar mereka ke pejabat.

"Lebat sungguh hujan hari ni. Dari tadi tak berhenti mesti jalan jem teruk hari ni." Teguran Zarif itu telah mematikan lamunan Pak Hussien.

"Haa tulah.. Jalan mesti jem.. Silap haribulan ada kawasan yang banjir." Sahut Pak Hussien pula.

"Kalau macam tu boleh ke pakcik tolong hantar kami ke stesen MRT kat depan tu nanti kami naik train je." Pinta Zarif.

"Ehh... Takan Cik Aira nak naik train kot..nak ke dia?" Tanya Pak Hussien.

"Saya ok jer.. Janji Abang Zarif ada dengan saya." Tiba-tiba Aira bersuara dari belakang.

"Mentang-mentang Abang dia ada.. Dah taknak naik dengan pakcik dah.." Senyum Pak Hussien.

"Eh.. Bukan camtu pakcik.. Saya takut jalan jem.. Nanti sampai office lambat. Hari ni ada client nak datang office. Lagi pun Abang Zarif ada sekali so nanti pakcik datang ambik masa balik je ye." Jelas Aira dan Pak Hussien mengangguk tanda faham.

Ini adalah pertama kalinya Aira menaiki MRT ke pejabat. Suka betul dia naik MRT bersama Zarif. Pagi itu MRT terlalu ramai orang kerana ramai yang mengambil keputusan untuk naik MRT bagi mengelak kesesakan lalulintas di waktu hujan turun tak berhenti sejak awal pagi lagi.

Banyak mata memandang pasangan yang sama cantik dan sama padan ini. Zarif dengan gaya maskulinnya dan Aira yang sangat cantik dan bergaya seperti seorang model. Yang lelaki memandang Aira tak berkelip manakala yang perempuan pula memandang Zarif sambil tersenyum-senyum.

Apabila MRT sudah sampai ke destanasi yang hendak dituju, akhirnya Zarif dan Aira turun dari MRT tersebut dan berjalan perlahan-lahan menuju ke pejabat Prisma Wave Group. Stesen MRT tersebut terletak berdekatan dengan pejabat mereka, jadi tidak hairan la jika ramai staff Prisma Wave Group ke pejabat dengan hanya menggunakan MRT.

"Good morning Cik Aira. Ehh.. Zarif pun ada.. Good morning!" Sapa Anne apabila kelihatan Aira dan Zarif sedang menunggu lif di lobi.

"Good morning Anne." Balas Aira dan Zarif pula hanya tersenyum sebagai tanda membalas ucapan Anne itu.

Pintu lif terbuka dan mereka segera masuk ke dalam lif. Memandangkan ramai staff kelam kabut mengejar waktu 'tumbprint' maka lif ketika itu begitu padat dengan orang.

"Sayang masuk ke dalam sikit." Bisik Zarif perlahan ke telinga Aira sebelum pintu lif tertutup.

Tanpa disedari rupanya Anne turut terdengar bisikan itu. Mula lah Anne menduga macam-macam. Dikerlingnya Zarif dan Aira melalui pantulan cermin di dalam lif tersebut. Kelihatan Aira berdiri betul-betul rapat dengan Zarif dan berpegangan tangan walaupun hanya hujung jari kelingking.

-----------------------------------------

Aira begitu tekun mengadap skrin komputer sementara menanti kliennya datang. Dia meneliti beberapa contoh reka bentuk bangunan-bangunan di luar negara yang boleh dijadikan inspirasi kepadanya untuk projek- projek akan datang.

"Cik Aira.. I know your father very well. I kenal dia lama dah. We are study at the same university. I know how smart his works so I hope you also can give the brilliant design just like him." Aira teringat perbualannya dengan Tan Sri Syed Ibrahim di telefon tempoh hari.

Aira difahamkan bahawa untuk projek Mercury Mall and Residents ini didapati akan ada 3 buah syarikat yang akan bertungkus lumus untuk merebut tender bagi projek itu. Prisma Wave Group mempunyai masa 2 bulan untuk menyediakan draft rekabentuk dan pelan yang menarik untuk dibentangkan kepada Tan Sri Syed Ibrahim.

"Cik Aira.. Client kita tak dapat datang hari ni sebab dia cakap stuck dalam banjir so dia minta postpone to the next day. Ok tak Cik Aira?" Kak Mira masuk ke bilik Aira lalu memaklumkan hal tersebut.

"Ok Kak Mira. Yes.. please set it next week jelah. Akak... Boleh tak panggil Zarif datang sini sekejap?" Pinta Aira.

"Baik Cik Aira." Ringkas Kak Mira dan terus berlalu keluar untuk memanggil Zarif.

Zarif muncul ke bilik Aira bersama secawan kopi memandangkan tadi dia dari pantry membuat kopi. Sebaik Kak Mira menyampaikan pesanan Aira itu maka dia terus ke bilik Aira.

"Ye Cik Aira.. Panggil saya ke mari kenapa yer?" Soal Zarif lalu menghulurkan cawan yang mengandungi kopi kepada Aira di sofa.

"Jap.. Jap.." Aira menuju ke almari yang mengandungi biskut dan kemudian kembali semula ke sofa tadi bersama beberapa paket mini biskut.

"Ye sayang.. Kenapa panggil abang?" Soal Zarif dan terus menukar percakapannya dalam keadaan tidak formal.

"Kaki sayang lenguh la abang. Berdiri lama dalam train dan jalan banyak kot tadi." Terang Aira.

"Alahai.. Tak strong langsung Cik Aira ni! Camna nak naik train dengan abang lagi nanti." Jawab Zarif lalu mencuit hidung Aira. Dia segera duduk disamping Aira lalu memicit-micit betis dan kaki Aira. Aira merasa lega dan kemudian disuapnya ke mulut Zarif biskut yang dicicah kopi.

Tangan Zarif ligat memicit-micit betis kiri dan kanan Aira sehinggakan Anne tiba-tiba meluru masuk ke bilik Aira bersama sejambak bunga. Zarif pantas mengalihkan tangannya dengan memegang senaskah majalah dihadapannya.

"Opps.. Sorry Cik Aira. Saya ingatkan Kak Mira ada kat dalam ni sebab tempat dia kat luar tu kosong. Rupanya Zarif.. Ermm...Ni ha Cik Aira.. Bunga untuk you." Anne segera menghulurkan bunga tersebut kepada Aira dan kemudian memerhatikan reaksi Zarif.

Ternyata ternampak perubahan reaksi wajah Zarif apabila Aira menyambut bunga yang dihulurkan oleh Anne itu. Anne dapat mengagak itu raut wajah cemburu.

" Ok lah Cik Aira kalau takda apa-apa saya keluar dulu yer. Discussion kita tadi dah habiskan." Zarif bangun dari sofa dan terus keluar dari bilik Aira dan menuju ke tempatnya.

"Siapa bagi bunga ni Anne?" Soal Anne.

"Ntah la Cik Aira. Cuba tengok kot-kot ada kad terselit." Aira membelek-belek bunga tersebut mencari kad yang dinyatakan Anne itu.

"Anne.. You nampak ke tadi?" Soal Aira kepada Anne dan kemudian Anne mengangguk.

"Please keep it secret ok!" Pinta Aira kemudian menujukkan tanda zip mulut kepada Anne. Anne mengangguk dan tersenyum kemudian berlalu pergi.

" Aku dah agak dah mesti diorang ni ada apa-apa ni. Alahai romantiknya Zarif tolong urutkan kaki  Cik Aira dan yang Cik Aira pulak tolong suapkan Zarif biskut.Ala.. Ala... Ala... Sweet couple!" Anne tersenyum-senyum sendirian apabila teringatkan adengan romantis tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience