Zarif mula rasa boring kerana tiada apa-apa aktiviti yang dia boleh lakukan di pejabat itu melainkan bermain telefon bimbitnya. Pada awalnya dia memang rasa mengantuk tetapi apabila Aira mintanya naik ke pejabat matanya terus tidak mengantuk. Kerana takut Aira mencarinya di parking nanti maka Zarif naik juga la ke pejabat.
Zarif seperti terasa ada mata yang memandangnya dari tadi. Dia mulai rasa tidak selesa dan tidak keruan. Rupanya gadis yang menunjukkan tempat kepadanya tadi yang asyik memandangnya. Dia lupa bertanya nama gadis itu. Zarif segera berjalan ke tempat kerja gadis itu.
"Cik..Cik..nama cik apa yer?" Soal Zarif.
"Orang kat sini panggil saya Kathy. Nape? Nak pergi tandas ke?" Kathy memandang Zarif sambil tersenyum.
"Ehh..tak la..buat masa ni saya ok lagi." Zarif tergelak kecil.
"Tapi kalau awak nak ke tandas awak boleh jalan terus lepas tu belok kiri. Kat situlah tandas." Terang Kathy kepada Zarif. Zarif hanya mengangguk kecil. Dia dah terlupa apa yang dia hendak tanya kepada Kathy tadi lalu dia segera kembali ke tempatnya.
Setelah hampir 1 jam, akhirnya Aira menamatkan mesyuarat pada pagi itu. Aira segera keluar dari bilik mesyuarat diiringi Kak Mira. Aira berhenti di meja Kathy.
"Driver I ada datang sini tak Kathy?" Soal Aira kepada Kathy yang sedang kusyuk memandang skrin komputer.
"Ada..ada..dia ada kat meja Pak Hussin tuh." Jawab Kathy sambil menunjuk ke arah meja Zarif. Aira terus melangkah ke meja Zarif. Kelihatan Zarif sedang nyenyak tidur.
"Owhh tengah tidur rupanya." Aira segera cuba untuk meninggalkan meja itu dan tiba-tiba Zarif terbangun. Kelihatan Aira di hadapannya.
"Dah cover tidur ke?" Soal Aira kepada Zarif yang sedang membetul-betulkan rambutnya.
"Dah...Alhamdulillah." Jawab Zarif ringkas.
"You lapar tak?Jom pergi lunch..I dah lapar ni." Ajak Aira. Zarif hanya mengangguk kepalanya lalu segera bangun dan mengekori Aira menuju ke ruang pejabat Aira.
Aira mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari biliknya. Aira memberitahu kepada Kak Mira yang dia akan keluar makan tengahari seketika. Kak Mira dan Kathy hanya memerhatikan sahaja gerak geri Aira dan Zarif.
"Kak Mira.. Betul ke tu driver Cik Aira? Ke boyfriend dia?" Kathy yang dari tadi pening menjawab teka teki yang diciptanya sendiri. Kathy dan Anne memang orang paling busy body di pejabat itu.
"Driver dia la.. Boyfriend dia lain. Tapi akak ingat-ingat lupa la rupa boyfriend dia." Kak Mira segera mengadap komputernya tetapi Kathy masih tidak berganjak.
"Akak sedar tak..selalunya bila time lunch Cik Aira mana nak keluar..kalau dia nak makan samada saya or Anne yang akan tapaukan." Kathy masih ligat memikirkan teka tekinya itu. Kak Mira memandang tajam.
"Kau ni dah kenapa fikirkan hal ni.Ishhh...budak ni ..akak tarik telinga kang..." Kathy segera berlarinya ke tempatnya sambil tersengih-sengih.
Masing-masing di pejabat khusyuk mengadap komputer dengan tugasan masing-masing. Tiba-tiba Kak Mira berjalan ke meja Kathy. Sebenarnya fikirannya asyik teringat kata-kata Kathy tadi. Betul la..hari ini bossnya Cik Aira kelihatan lain daripada biasa.
Share this novel