EPISOD 62

Romance Series 8446

"Captain... Boleh tak I nak cakap sikit dengan you?" Soal Karina kepada Naim yang sedang sibuk membetulkan kasutnya.

"Cakap jerla sekarang. Hal apa?" Tanya Naim.

"No.. Not here. Maybe somewhere yang jauh sikit dari orang." Bisik Karina kepada Naim. Naim memandang Karina dan mengangguk.

"Minah ni nak cakap apa lagi? Takan nak goda aku lagi kot?" Hati Naim berkata.

Hari ini Naim berjaya mendaratkan kapal terbang di KLIA dengan penuh tepukan gemuruh dari anak kapal dan penumpang. Kali ini dia mendarat kapal terbang dengan lancar dan baik sekali. Satu persatu penumpang meninggalkan perut pesawat dan kemudian disertai anak kapal. Karina melangkah laju mengejar Naim.

"Captain... Nanti balik boleh tak you tumpangkan I ke kondo I? Nanti boleh la kita discuss sikit." Tanya Karina sambil memanjangkan langkahnya mengejar Naim.

"Kalau I kata tak boleh macam mana?" Jawab Naim tapi dengan senyuman sinis.

"Alaa.. Please Captain.. I nak discuss benda penting dengan you ni."

"Cakap sekarang jerla!" Pinta Naim dalam nada yang tinggi.

"No.. Not here and not now!" Karina pula menyahut dengan nada tinggi.

"Ok fine.. Jom pegi ke kereta I." Karina mengekori Naim hingga ke parkir kereta. Kereta Naim meluncur keluar dari parkir KLIA dan menuju ke kondo Karina.

"Now you dah dalam kereta I dan takde siapa dah.. So cuba bagitau apa benda yang secret sangat nak bagitau I sampai nak kena jauh dari orang tu?" Naim fokus pada pemanduannya.

"Captain... I'm pregnant!" Karina memberitahu dengan penuh ringkas.

"What?? So apa kena mengena dengan I plak?" Soal Naim dalam nada yang tinggi.

"Ada kena mengena sebab it's our baby?"

"What the hell are you talking about? Our baby konon.. Entah-entah your baby dengan mana-mana laki then nak claim cakap our baby pulak! Damn it! " Bentak Naim lalu memukul-mukul stereng kereta. Naim memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Yes.. Ini anak you!" Karina menjerit-jerit di dalam kereta.

"Look here Karina... I dengan you dulu pun you memang dah tak virgin so for sure you bukan dengan I je kan? " Naim memandang tajam Karina.

"Ini memang anak you Naim! Dalam 2 tahun ni I memang setia dengan you je. I love you Captain Naim!" Karina mengambil tangan Naim lalu diletakkan ke perutnya.

"Arrgghhh mengarut!!" Naim meneruskan pemanduaannya tanpa berkata apa-apa. Suasana di dalam kereta ketika itu hanya sepi sehinggalah akhirnya kereta itu berhenti di lobi kondo Karina.

Karina keluar dari kereta Naim itu dengan air mata yang bercucuran. Naim langsung tidak memandang Karina semasa Karina keluar dari keretanya. Dia sebenarnya kebingungan dengan kata-kata Karina tadi. Hendak percaya atau sebaliknya. 

"Kenapa aku tak boleh nak terima Karina itu tapi dalam masa yang sama aku memerlukan Karina! Damn...what feeling is this?" Stereng kereta diketuk-ketuk berulang kali sehingga tayar kereta hampir terpesong laluannya.

Naim berperang dengan perasaannya. Memang dia akui sejak kebelakangan ini Karina yang rajin melayannya...makan dengannya..berjalan-jalan dengannya dan kadang kala menjadi temannya untuk berbual dan tidak dinafikan kadang-kadang hingga ke tempat tidur. Tetapi hatinya tidak kepada Karina. Hatinya terhadap Karina itu kosong. Perasaan cintanya masih kepada Aira.  Sejak putus dengan Aira dia baru merasakan Aira adalah gadis yang terbaik yang dia tidak harus lepaskan. Gadis dikenalinya  itu sudah hampir 5 tahun tapi sayang kerana ego dan barannya dia telah melepaskan Aira.

"Tak guna punya Naim... Aku ingatkan dengan pregnant anak kau ni.. Kau akan lebih sayang aku.. Rupanya sama je.." Karina tak puas hati dengan sikap tak endah Naim itu.

"Sia-sia sahaja aku sayang kau.. Layan kau.. Teman kau.. Tapi kau sikit pun takda rasa sayang dan tanggungjawab dekat hati, perasaan dan baby yang aku kandung ni." Karina menangis kesal tapi dalam masa yang sama dia sakit hati dengan Naim.

Karina akan beri pilihan dan peluang kepada Naim. Karina mencapai telefonnya dan kemudian menghantar mesej kepada Naim.

Karina : You nak terima I and baby ni or I akan bagitahu big boss you rape me sampai I pregnant? And then your carrier will end...

Apabila Naim membaca mesej ugutan Karina itu dia mulai mengamuk. Cawan yang dipegangnya itu segera dilemparnya hingga berderai.

"Damn!! Berani dia ugut aku..tak guna punya Karina!" Bantal kecil di sofa ditumbuk-tumbuk untuk melepaskan geramnya.

----------------------------------------------

Aira dan Zarif ke tempat kerja secara berasingan pagi ini. Sekali sekala Zarif akan menaiki kereta bersama Aira kemudian Pak Hussin akan turunkan Zarif ke stesen MRT berdekatan supaya tiada staff mengesyaki mereka.

"Hai Zarif.." Tegur Anne di dalam MRT.

"Ehh Anne...hai..good morning." Zarif membalas sapaan Anne.

"Mana Cik Aira..sorang je ke hari ni?" Soal Anne sambil tersengih.

"Mana la saya tau...dia dekat rumah dia lah..Selalu pun saya sorang je kan.. Lagi pun.. Takan la dia nak naik train.. Driver dia kan ada." Jawab Zarif seolah-olah tidak mengetahui apa-apa.

"Zarif...I know already..Saya janji saya akan tutup rahsia ni." Ungkap Anne sambil mengangkat tangan kanannya tanda untuk menyimpan rahsia.

"Haaa...really...so senyap tau..biar pecah di perut jangan pecah dimulut...if not... you are fired!" Zarif mengeyit matanya kepada Anne. Anne hanya tergelak dengan kata-kata itu.

Zarif dan Anne asyik bersembang sementara menunggu MRT berhenti di stesen yang berdekatan dengan pejabat mereka.  Zarif dan Anne  berjalan seiringan menuju ke pejabat Prisma Wave Group.

"Anne..awak naik dulu la..saya nak singgah beli breakfast jap kat cafe depan tu." Anne hanya menangguk dan terus menutup pintu lif. 

Zarif ke cafe di depan bangunan pejabat untuk membeli sandwich. Pagi ini dia terasa lapar pulak padahal sebelum keluar ke pejabat dia sudah bersarapan pagi bersama Aira di rumah. Mungkin banyak bercakap dengan Anne tadi membuatkan dia lapar kembali.

Sekembalinya dia ke pejabat, kelihatan Anne sedang mengemas-ngemas meja kaunter. Di tangan Zarif ada tiga bungkus sandwich telur. 

"Cik Aira dah sampai ke?" Tanya Zarif kepada Anne.

"Ohhh...your buah hati belum sampai lagi yer Encik Zarif. Awak kena sabar tau..." Usik Anne.

"Syuhhh...Anne....please...jangan sebut kang orang dengar." Zarif menjegilkan matanya kemudian menghulurkan Anne dua bungkus sancwich.

"Wow...ape nih...rezeki di pagi Jumaat ni!" Anne menyambut bungkusan sandwich itu.

"Untuk awak la...satu untuk awak dan satu lagi untuk .."

"Satu lagi untuk saya la kot.." Tiba-tiba Kathy muncul dan menyampuk perbualan Anne dan Zarif.

"Erkk...yer...satu lagi untuk Kathy.." Zarif acuh tak acuh menjawab.

"Ohhh really...thank you Zarif." Kathy begitu teruja dengan pemberian Zarif itu. 

Zarif hanya mengangguk kemudian terus ke ruang kerjanya. Kathy tersenyum memandang sandwich itu manakala Anne pula hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya yang tengah angau. Anne dapat mengagak sandwich satu lagi tu sebenarnya Zarif nak minta dia berikan kepada Cik Aira.

Zarif ke pantry membancuh kopi o panas. Aira yang hendak ke bilik Zarif terus singgah ke pantry itu apabila kelihatan Zarif turut ada di situ.

"Abang tolong buatkan I kopi o panas juga boleh tak?" Aira segera mendekati Zarif. Suara Aira itu telah membuatkan Zarif terkejut. 

"Cik Aira nak kopi o panas juga yer...meh abang tolong buatkan." Zarif mencuit hidung Aira memandangkan hanya mereka berdua sahaja di situ.

Setelah air siap dibancuh, Aira melabuhkan punggung di kerusi sebelah Zarif. Mereka bersembang-sembang seolah-olah tiada masa untuk bersembang di rumah sehinggakan Kathy tiba-tiba muncul di pantry. Kathy agak terkejut kerana sejak kebelakangan ini Cik Aira rajin sangat muncul di pantry. Selalunya Kak Mira yang akan buatkan air dan kemudian hantar ke bilik Cik Aira. Mata Kathy memandang Zarif yang duduk betul-betul dekat dengan Cik Aira. Dia melemparkan senyuman nipis kepada mereka berdua.

"Abang... Eh.. Zarif...sandwich telur ni untuk I ke?" Soal Aira apabila dia terlihat sandwich telur dihadapan Zarif.

"Taklah...ni untuk saya...kalau Cik Aira nak...kita kena share lah! half..half..." Zarif menghulurkan separuh sandwich telur kepada Aira. Kathy memandang tajam.

"Sedap la sandwich ni...beli kat mana? Next time jangan lupa belikan untuk I jugak tau Zarif.. Kathy.. you pernah try tak sandwich ni? Makan separuh ni tak cukup la. Sedap... kan Kathy?"  Kathy mati kata dan hanya mengangguk kecil dengan kata-kata Aira itu. Tangannya ligat membancuh milo panas dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Aira dan Zarif di pantry itu.

Beberapa minit kemudian pantry itu bergegar lagi dengan gelak tawa Aira. Aira ini kalau gelak memang tak reti perlahan jadi semua staff memang sudah sedia maklum. Entah lawak apa yang di buat oleh Zarif sehinggakan Aira gelak sebegitu rupa.

-------------------------------------------

"Anne... Aku rasakan aku macam dah terjatuh cinta la dekat Zarif tu. Kalau aku ngorat dia ok tak?" Kathy cuba tanya pendapat Anne.

"Kau ni.. Mentang-mentang baru dapat sandwich dari Zarif terus jatuh cinta plak." Ujar Anne.

"Sebenarnye dah lama ada perasaan tu tapi aku simpan... Kali ni aku tak tahan dah pendam sorang-sorang so tu yang aku bagitau kau tu. Aku tengok Zarif tu makin lama makin ensem, macho dan berkarisma plak.. Adoii!" Kathy meluahkan kepada Anne.

"Makin ensem dan makin karisma tu memang aku akui la.. Tapi aku rasa baik kau lupakan hasrat kau tu sebab aku rasa dia dah berpunya la." Ujar Anne.

"Haaa... Betul ke?Macam mana kau tahu?" Kathy seolah tidak percaya kata-kata Anne itu.

"Aku tau sebab aku pernah nampak dia dengan seseorang." Anne cuba meyakinkan Kathy.

"Haaa...really!? Awek dia ke? Cun ke? Siapa lagi cun..aku ke dia?" Bertubi-tubi soalan Kathy.

"Iyerr...awek dia kot. Kau ngan perempuan tu jauh langit dari bumi tau.. So better kau jangan berharap sangat nanti kecewa. " Anne memberi gambaran kepada Kathy kerana dia tidak mahu Kathy kecewa kelak.

"Alahai... Sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai.. Inikan pula tengah bercinta. Apalah sangat! " Kedegilan Kathy yang tak dapat disangkal.

"Degil la kau ni. Aku cuma bagitau jer.. Terpulanglah kepada kau.. Jangan bermain dengan api.. Takut termakan diri.. Nanti kecewa frust menonggeng baru padan muka kau." Anne mengingatkan Kathy.

"Aku tak akan putus asa!" Laung Kathy dan kemudian terus berlalu ke ruang kerjanya meninggalkan Anne.

"Nasib kau la Kathy.. Kalau kau tahu sure kau terkejut beruk." Kata Anne di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience