"Aku tengok Tan Sri Omar tu layan kau baik jer yer.." Amirul segera mendekati Zarif yang sedang menonton televisyen.
" Haa aa.. Yer.. Aku pun tak sangka.. Semalam bukan main macam singa aku tengok tau. Aku pun kecut masa tu weh."
"Itu maknanya dia terima kau jadi keluarga dia. Kau ingat orang kaya ni nak ke kita yang tak berapa berduit ni kahwin dengan anak dia. Selalunya orang kaya ni akan kahwin sesama diorang je." Amirul menjelaskan kepada Zarif akan kehidupan orang kaya.
"Aku sebenarnya takut juga sebab aku dan Aira ni tak sekufu dan setaraf."
"Takpelah.. Kau cubalah mana yang termampu. Kalau ada jodoh.. panjang la jodoh korang tu. Kau rasa Aira tu ok ke? Tadi diam je dia.. Buat tak tahu je dengan kau." Amirul memang sedar kelakuan Aira siang tadi.
"Biar jelah.. Dia pun terkejut la weh.. Mana taknya kena kahwin paksa."
"Tak suka betul dia dengan kau ye. Aku perhati je tadi.. Kalau leh dia macam langsung taknak tengok muka kau tau." Luah Amirul akan situasi yang dia perhatikan siang tadi.
"Benci sangat ke dia dekat aku ek..? Kalau dia benci kenapa dia ajak aku kahwin?" Soalan Zarif itu membuatkan Amirul hampir tersembur air nescafe yang diminumnya.
"Apa?!" Amirul dengan spontan menepuk peha Zarif.
"Sebenarnya kan... Malam kitorang kena tangkap tu dia ada ajak aku kahwin. Ke sebenarnya dia yang buat plan kitorang kena tangkap khalwat ni?" Duga Zarif.
"Ishh kau... Kau ni siapa ha sampai dia plan nak buat macam tu.. Jutawan ke.. Artis ke.. Nak kata kaya memang tak kaya.. Nak kata hensem.. Boleh la skit." Cuit Amirul sambil tersengih-sengih.
"Memang aku akui yang aku ni hensem... Hahaha" Lagak Zarif sambil tergelak.
"Pigi lah.. Perasan... Hensem pun hensem la tapi yang pasti malam ni abang dah terlepas malam pertama..Rugi wooo... Haha..." Usik Amirul lalu berlari masuk ke biliknya sebelum di apa-apakan Zarif.
----------------------------------------------
"Benci betul Zarif dekat aku. Dah la tadi main blah je tinggalkan aku. Ni malam ni langsung tak call aku." Aira bermonolog.
Siang tadi selepas dia menukar pakaian, dia berehat sebentar di atas katil kononnya nak baring-baring sekejap.. Akhirnya dia terlelap sampai ke Maghrib. Apabila dia turun sahaja kelibat Zarif dan kawannya Amirul sudah tidak kelihatan.
Apabila menyedari Zarif sudah pulang, Aira segera ke biliknya dan menangis sepuas-puasnya. Dia kesal akan apa yang berlaku. Salahnya juga kerana memeluk Zarif malam itu. Zarif pun satu kenapa tidak menolak?
Mak Imah mengetuk pintu bilik untuk mengajak Aira makan malam pada malam itu. Aira membuka pintu bilik dengan lemah lalu menuruni anak tangga. Mak Imah mengekorinya dari belakang.
"Dah la Aira.. Jangan menagis. Dah itu takdir yang Allah tentukan untuk kamu berdua jadi kita manusia ni kena la redha." Ujar Mak Imah sambil menyendukkan nasi kepada Aira.
"Mesti Zarif benci dengan Aira kan Mak Imah?" Aira mengesat airmatanya.
"Tak kot.. Insyallah.. Kamu berdua pupuk la kasih sayang sesama kamu. Cinta lepas kahwin ni okla juga kan.. Hehe" Mak Imah ketawa kecil.
"Ala Mak Imah ni... Kalau dia sayang saya takda la dia tinggalkan saya sorang-sorang malam ni." Aira memandang Mak Imah dengan anak matanya yang berkaca dengan airmata.
Share this novel