"Cik Aira tunggu dalam kereta sekejap ye. Saya nak pergi check out sekejap." Aira mengangguk kepalanya lalu menghulurkan kunci bilik kepada Zarif.
Aira memerhati Zarif jauh. Sebelum keluar dari pintu hotel kelihatan Zarif sedang bersembang sambil tersenyum-senyum ke arah kakitangan hotel yang ayu dengan uniform hotel.Zarif melambai tangan kepada kakitangan hotel tersebut.
"Amboi..amboi happynye dia jumpa awek hotel." Perli Aira sebaik sahaja Zarif masuk ke dalam kereta. Zarif hanya tersenyum manis.
"Alamak ..napa sweet sangat senyuman mamat ni." Aira berkata perlahan sambil mengurut-ngurut dadanya.
"Apa dia Cik Aira?Cik Aira cakap apa tadi? saya tak dengar la..slow sangat cakap tadi." Zarif mengenakan kaca mata hitam lalu meneruskan pemanduannya.
"Eh mamat ni dengar ke aku cakap tadi?ke dia memang tak dengar atau buat-buat tak dengar." teka Aira dalam hati. Aira segera berpura-pura tidur untuk mematikan soalan Zarif tadi.
"Halloo Cik Aira!Halo...halo..." Zarif memandang ke belakang melalui cermin sisi menunggu jawapan daripada Aira.
Aira meneruskan lakonannya berpura-pura tidur dan akhirnya dia benar-benar tertidur.
----------------------------------------------
Hampir 1 jam perjalanan akhirnya mereka berhenti di Hentian Rehat Gunung Semanggol. Aira terasa kereta tidak bergerak lalu dia segera membuka matanya.
"Oh dah sampai sini yer." Kata Aira di dalam hati. Kelihatan Zarif sedang meneguk air sambil membelek-belek telefonnya.
"Mana air untuk I?" Tiba-tiba Aira menepuk bahu Zarif dari belakang. Zarif terkejut dan hampir tersembur air yang diminumnya.
"Oh tuan puteri dah bangun rupanya!" Zarif menghulurkan secawan kopi panas kepada Aira.
"Ingat juga you dekat I yer...Ingatkan you minum sorang-sorang." Aira menyambut secawan kopi yang dihulur oleh Zarif.
"Mana boleh lupa dekat Cik Boss saya ni." Zarif tersenyum sambil memandang Aira melalui cermin sisinya. Aira mencuri pandang Zarif melalui cermin sisi dihadapannya itu.
"Adus..dia senyum lagi..Kenapa makin manis aku tengok senyuman mamat ni...Naimm...help me!!" Aira menjerit nama Naim di dalam hati sebagai ingatan untuknya yang dia mempunyai kekasih bernama Naim.
"Shall we go now?" Soal Zarif sebelum dia meneruskan perjalanan.
"Wait Zarif! I nak pergi toilet. Boleh tak you tolong I? takan i nak jalan dengan kaki berbalut ni?" Aira menunjukkan kakinya yang berbalut akibat terkena kaca semalam.
"Erm..ok..ok...jom lah!" Zarif segera membuka pintu kereta untuk Aira. Aira segera memaut lengan Zarif. Zarif membiarkan sahaja kerana dia tahu Aira perlukan bantuannya untuk berjalan.
Zarif segera membawa Aira menuju ke tandas perempuan. Mereka berhenti di pintu tandas OKU. Aira memandang Zarif dalam-dalam.
"Cik Aira..buat masa ni you adalah OKU..so better guna tandas ni yer!" Senyum Zarif sambil memandang lantai. Dia takut memandang jelingan Aira kerana dia tahu Aira pasti akan memarahinya dengan usikannya itu.
"Ermmm...." Panjang Aira berfikir.
"Nak masuk ke tak?takan saya nak kena bawak masuk ke dalam jugak kot?" Ujar Zarif
"Ehhh jangan...ok..ok..i masuk." Aira segera masuk ke tandas OKU dengan kaki terhinjut-hinjut.
Zarif menunggu Aira di luar pintu tandas OKU. Tiba-tiba kedengaran Aira menjerit dari dalam tandas.
"Aira... Are you ok? Nape pulak tu?" Zarif menepuk-nepuk pintu tandas.
"Ada lipas!!" Pintu dibuka dan Aira memuncungkan mulutnya ke arah lipas tersebut.
"Haaa... Hahaha" Terbahak-bahak Zarif gelak melihat gelagat Aira yang takut kepada lipas.
"Alaa.. Jahat la you ni Zarif gelakkan i!" Muncung Aira lalu mencubit lengan Zarif.
"Aduhh!" Zarif mengosok-gosok lengannya yang dicubit Aira tadi.
Mereka segera berjalan menuju ke kereta lalu meneruskan perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur.
Share this novel